missing u

missing u

Thursday, December 13, 2007

Warna berbeda - Teman

teman
hadirmu mu berbagai warna
putih, ungu, biru dan kuning
teman
walau zahirnya kita berbeda
namun kita punya hati
sekeping hati
yang mulus
ingin disayangi
ingin menyayangi
namun teman
takdir menentukan
hati kita
mekar berseri
atau layu terkulai
dan
kita hanya perlu redha

Wednesday, December 12, 2007

MAHA KARYA CINTA


Maha Karya Cinta

Begitu berat melangkah
melihat kau bersamanya
adakah aku yg salah
atau hanya helah saja
ku masih mencintai diri mu
bila kau menjauh
ku rindu kau bagaikan udara
yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
tanpamu ku lemah
pasti aku tak berdaya
kerna kau maha karya cinta ...
biarpun kau tidak mahu
menerima kasih daku
ku kan setia bersama mu
sehingga ke akhir waktu
ku masih menyayangi diri kamu
bila kau berlaluku rindu ..
kau bagaikan udara
yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
tanpamu ku lemah
pasti aku tak berdaya
kerna kau maha karya cinta
kau takkan dapat aku lupakan
kerna kau lah punca cinta kita
mengajar aku erti bahagia
kembalilah ..
terimalah pesan daku
yang akan terus menunggu

Tuesday, December 11, 2007

mawar unggu dari teman



indahnya mawar unggu ini
sejuk mata memandang
terima kasih teman
membenarkan ku memetik mawarmu
kau mawarku
pujaan kalbu
ratu hati beta
mawar hadirmu penuh dengan seribu kenangan
ujudku kerana kamu
yang kini entah dimana
menyepi tanpa berita
masih adakah rasa kasihmu
padaku
seperti dulu dulu?
atau telah kau lemparkan
semua kenangan indah kita
dan kini
hanyut bersama sepi dihati
aku masih disini
menanti mu

novel ohhh novel

Seronok nya rasa bila dapat printer baru yg siap dgn scanner lagi. Jenis Samsung SCX-4200. Apa lagi dapat lah scan novel novel yang dah dibaca spanjang bulan november hingga minggu ni. Jap lagi nak pulang semua novel ni kat libary. Semenjak setahun lebih ni dah tak beli novel coz blh injam kat libary aje. walaupun byk buku lama tapi kalau belum baca apa salahkan nya kan. So novel Mencari Kekasih ni mawar dah citerkan sebelum ni kisah cinta setia seorg wanita hingga keakhir hayatnya.


Novel Untukmu Hana ni seronok jugak citer nya berkenaan seorg anak angkat yg dibesarkan oleh sepasang suami isteri yg berjawatan Doktor dgn kemewahan bila diberitahu dia anak angkat dia berusaha menjejeak ibu angkatnya di kampung dgn cara tersendiri. Novel ni kisah semasa menuntut kat U dan kisah menaruhati ketika zaman sekolah rendah, terpisah dan terjumpa kembali kat U. tapi yg dicintai telah ada BF. Bila tamat U masing masing berkeja tapi akhirnya dia baru sedar yg dicintainya bukan gadis itu tetapi teman rapatnya. seronok baca masa endingnya.



Kisah student yg kene tangkap basah dan terpaksa berkhawin demi menjaga maruah keluarga. Bagaimana kesabaran seorang lelaki yg menjadi suami tetapi hanya untuk berpura-pura. Tetapi akhirnya kerana kesabaran kasih sayang dan cinta itu ujud juga dan setelah bermacam macam halangan mereka bersatu menjadi suami isteri yg sebenar.



Novel ni xboring nak baca coz cerita nya juga menarik kisah seorg gadis yg hendak membalas dendam kerana dikecewakan tetapi akhirnya menerima takdir dan berbahagia dgn teman yg setia menanti terbukanya hati untuk menerima kasihnya.


Sunday, December 2, 2007

sesuci putih kelopakmu

Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun terluka namunku merindu
Kerana cintaku tiada akhirnya
Walaupun kau telah menghancurkannya
Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun sengsara namunku masih sayang
Kerana cintaku mewangi dan harum
Walau tercampak di mana jua
Andaiku tiada, andaiku pejam mata
Biarku abadi, cinta yang setia ini
Biarpun kau jauh, sambutlah salamku
Kerana aku masih menyayangimu
Tidak pernah aku membenci dirimu
hehehe mawar syok sendiri aje