missing u

missing u

Tuesday, July 31, 2007

Kelantan Indah khabar dari rupa

Tersenyum sendirian bila dipelawa oleh yati untuk join puspanita opis lama gi jalan-jalan keKelantan. Apalagi bayaran nya hanya RM60 murah tu. Tersentuh juga hati ni dah setahun 3bulan berpindah keopis baru tapi kwn-kwn masih merindui diri ini. Last year dia bawa gi Langkawi tahun ni ke Kelantan. Masa dalam bas dia org tanya next year nak gi maner. So saya kata tlg lah jgn buat trip yang menghabiskan duit carilah tempat yang tak payah shopping, semua yang ada terkekeh-kekeh ketawa. Ewit mek siam kedah kata i dah habis 8ratus rusni pulak beli yg branded aje bawa duit beribu-ribu so dia jadi ceti utk yg putus duit termasuklah saya pinjam rm100 sebelum jumpa mesin ATM. Memangpun bajet cuma rm300 tapi shopping punya pasal nak minum pun dah takde duit...(nafsu wanita semua nampak semua nak beli).Yang mengelikan hati dia org ketawakan saya kerana tak sempat nak beli cadar belang harimau (memang dah diidamkam) coz tgn penuh tak leh nak pengang. So sape yang beli kene kutuk bab ceramah cakar harimau Ustazah Bahiyah tapi lepastu semua kata ehhhhhhh ade yang bawah umur ni tak leh citer apelagi riuhlah satu bas. dalam bas ade 36 org hanya 4org lelaki termasuk 2 driver. Yang lelaki senyap aje kami lah yang memekak minta gi semua tempat. Dari Opis kul 10.30mlm Jumaat sampai Paloh Inn Kul 9pagi. checkin kul 10.30pg dah keluar gi rantau panjang lepas lunch gi pasar siti khatijah malam lepas maghrib gi pasar mlm wakaf Mek Yeh. Geram gak bila tawar menawr tak dapat kurang. Esok nya Ahad balik gi Pengkalan Chepa kilang kuih segera, masa blik bas pancit pulak dah terlalu berat agaknya. Singgah Pasar Payang kat KTrengganu sampai jam 5ptg. Masa kat KT nampak plat kete TAJ tersenyum sendirian lagi coz teringatkan TJ apa lah khabar dia masa tu. Hati ni teringin nak beli baju batik tapi bila tgk harga makoiii mahalnya paling murah rm260 hingga rm 450 bila fikir balik kalau beli baju biasa blh dpt byk so lupakan aje hajat tu. Pelik lah knpa nak jual mahal sgt baju batik kat Kelantan dan KT. Kemeja lelaki pun harga mahal juga mcm baju wanita ingat nak beli utk TJ tapi tak jd juga(acah aje saiz TJ pun saya Tak tahu heehe ) Saya hanya beli rantai dan gelang kristal warna hijau aje kat pasar payang habis shopping lepastu teruskan perjalanan dinner kat Cerating kul 10mlm dari Cerating sampai umah kul 3.30pgi. Bila barang dah masuk kete tayar kete pulak pancit nasib baik blh jalan terus gi Shell pam tayar pulak. Tapi pelik sampai harini tayar ok. Penat nya baru terasa hari Isnin memang dah tau dah penat so memang pun cuti haritu relax kat umah aje buat taik mata. Apapun terimakasihlah yati dan semua kawankawan yang masih sudi membawa diriku ini bersama-sama kenangan ini teramat indah bagiku.

Monday, July 30, 2007

sekuntummawarmerah

sekuntum mawar merah
sebuah puisi
Segumpal harapan
dengan sebait bahasa pujangga
Kusimpan selalu namamu dalam ingatan
Pada musim bunga cinta.
cinta...
terimalah aku seadanya...
Wahai senja
kau tundukan cahaya mentari
Puisi puisi ku
hanyalah catatan
perjalanan pengembara
Yang merindu cinta dalam hayalan
Dan senja tak akan pernah leka
mentari akan pasti terbit kembali
disetiap pagiku

Tuesday, July 24, 2007

Alhamdulillah tercipta jua blogku

Alhamdulillah

walau pun dalam terkial-kial dapat juga ku pelajari membina blog ku ini, bagi yang dah pandai memang tiada masaalah tapi bagi ku begitu payah untuk memahami nya namun kerana kuat hati ini untuk memiliki blog sendiri ku cuba dan cuba hingga terhasillah sekuntummawarmerah ini.
Walaupun kini ku boleh tersenyum tapi hatiku masih terkilan kerana banyak yang ini diingin diletakkan didalam blog ku ini aku masih gagal untuk melakukan nya. Tadi ku cuba untuk meletakan blog ini supaya boleh di view oleh org lain tapi usaha ku jua gagal... hai begong nya diriku ini. Begitu juga sebelum ini setelah blog ujud bila nak buka balik tak jumpa password. nak marah pun kene marah gan diri sendiri kenapa lah lembabnya diriku ini. kadang-kadang dalam usaha ku mencari semula password ku tersenyum sendiri sambil mengutuk-gutuk kenapa tak leh guna password itu.. pelik nya sedangkan dalam semua hal itulah password yang ku gunakan.
Hari ini password dah ok tapi tak ada idea nak buat mukadimah dlm blog..hehee takde blog nak blog dah ade semua idea dah terbang melayang. Masa nak tidur malam masa tu lah puisi-puisi mula terukir tapi mata pulak nak lelap so tak tulis bila nak ingat semula faham-faham aje lah mesti tak ingat. hampeh betul..
Apapun dalam sibuk-sibuk gan keje kat opis ni sempat juga buat mukadimah walau seadenya dan kepada diriku ku ucapkan tahniah kerana terciptanya jua blog ini. Buat kerol yang membantu ku ucapkan terima kasih kerana ilmu yang dicurahkan masih diperlukan...