missing u

missing u

Friday, September 26, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITHRI

MAAF ZAHIR BATIN

DINGIN DIPERIGI WAKTU PAGI
BERKOKOK AYAM DITENGAH LAMAN
AIDIL FITHRI MENJELMA LAGI
TAMATLAH UJIAN BAGI YANG BERIMAN

KETUPAT DILETAK DI KAIN KASA
RENDANG DILETAK TEPI MAK SITI
ANDAI ADA TERSILAP BAHASA
MAAF DIPINTA MENYUSUN JARI

ADAT JAUH KATA MENGATA
ADAT DEKAT PUJI MEMUJI
KALAU ADA TERSILAP KATA
MAAF DIPINTA SEPULUH JARI

SUNGAI DISUSUR SEHARI HARI
DALAM GELAP MENANGKAP IKAN
SAYA MENYUSUN SEPULH JARI
SALAH DAN SILAP HARAP MAAFKAN



Thursday, September 25, 2008

Majlis Khatam Quran PUSPANITA

Semenjak dua tahun mawar berkerja kat opis ni dah 2 kali mawar dapat menghadiri Majlis Khatam Quran anjuran PUSPANITA walaupun mawar tak sempat nak bertadrus bersama-sama mereka

yang ini majlis Khatam Quran ajuran Puspanita Jabatan yang dibuat di Surau aras 5
Perserta khatam Quran dari semua bahagian dijabatan mawar

Ustazah muda dari Jakim yang mengetuai bacaan Alquran dan doa...

Ini pulak Majlis Khatam Quran Bahagian Mawar. Harini Pengerusi baru Baru Puspanita turut hadir berserta dua timbalan dan mawar jadi MC. fikir punya fikir mawar gi kat blog Sis kasih ...(so sis kasih mawar minta kebenaran ambik puisi sis kasih dan mawar bacakan dlm majlis tadi)

Ramadhan menyaksikan...
permulaannya penuh rahmat,
pertengahannya penuh barokah
dan akhirnya penuh maqfirah Allah....
semoga kita semua berada di dalam rahmat Allah..
melihat kerana Allah,
bercakap kerana Allah,
berbuat sesuatu kerana Allah,
berjalan kerana Allah
malah segalanya kerana Allah....
apa yang kita buat adalah dengan izin Allah.
Apa saja yang datang,
apa saja yang pergi,
apa saja yang ada di sisi
adalah kerana anugerah dan keizinan Allah......
SisKasih
Hajjah Rauha baju biru kat hujung sana yang mengetuai bacaan...masyaallah merdunya suara dia. Bacaan doa nya punya menyayat hati...
So esok mawar dah mula bercuti sihingga hari raya. Mawar apply cuti 8hari konon nak habiskan cuti yg baki 34 hari. tapi xtahulah kalau mawar boring mawar datang keje. tapi kalau kakak mawar buat plan bagus gi muar, n.sembilan dan tanjung karang mawar akan ikut dia...kalau takda mawar datang keje.... so byeeee

Berbuka puasa di residence Hotel Uniten

Malam tadi berbuka kat Unite gan kawan-kawan dari JHDN, JKR dan JPM makan sama-sama tapi bayar sendiri sendiri hheheheee

Sambil makan ada penyanyi dari Indonesia so kita pilih 3 lagu lepastu bagi lah duit kopi RM20
tapi kat Hotel Concorde 2minggu lps ada gak penyanyi Dr Rusli bgi RM50 hheeee


Pemandangan dalam dewan makan kat luar pun ada murtabak, nasi beriani gam gan kambing bakar dan macm-macam lagi.
Ni tah gambar sape saje snap kan org yg menyanyi aje...

Ni terjumpa pulak si Mansor, nazrul, saidi dan En. Sam dari opis lama.... so gi meja diorg borak borak snap gambar mansor..huhuhu...selera betul dia. sebelah dia nazrul budak trengganu


Kat hotel ni ada gimik pulak.. ada pelayan bawak basikal tua bagi kacang dan muruku..tgklah berebut rebut nak kacang. makannya tidak tapi sbb dia bungkus mcm india jual kacang putih so..masuk dlm handbag aje balik umah baru makan...
Air batu campur...tapi teh tarik dia sedap sgt mawar minum 3 gelas alaaaaaaa gelas kecik aje
Kta hotel ni kalau gi makan bawak mak/ayah atau saudara yg umur dia 55tahun keatas dpt diskaun ikut umur. kalau umur 60 dpt diskaun 60%... ha ni berita baik kan so sesiapa nak belanja kawan kene bawak eskot umur 55tahun keatas so dpt diskaun... itu aje tip yg mawar dapt.


Wednesday, September 24, 2008

Arnab......sape nak bela

Anak arnab ni kawan mawar punya..
Dalam masa empat bulan ni arnab yg sepasang dah jadi byk. bulan pertama lahir 7 ekor 4hidup 3 mati. masa ni anak sulung agaknya dia tak reti lagi. Bulan kedua lahir lebih sepuluh ekor 7 ekor hidup. bualn ketiga 5 ekor hidup dan bulan lepas 4 ekor hidup.


Rupanya arnab memang beranak setiap bulan. mula mula mawar rasa nak bela jugak tapi fikir punya fikir xjadilah. Mahal belanjanya sangkar gan botol susu nya dah RM 400 makanan dan rawatan klinik lagi...huhuhu tak sangguplah... baik beli baju dapat pakai...

Cari benda tersembunyi heheee

Ni gambar kwn opis menjahit manik dibaju lepas tu mawar nampak so sila cari gambar tersembunyi....
ia itu kanta pembesar...heheeee si rosie ni orgnya kelakar, mawar pun usik lah bila nampak kanta pembesar warna biru depan dia. rupanya dia jahit manik guna kanta pembesar..............

SEPANJANG BULAN RAMADHAN TAHUN INI

Salam Ramadhan... lama mawar tidur dibulan ni bukan ape mawar selalu tak sihat. Sholat Tarawih dapat buat minggu pertama aje. minggu kedua byk yg demam bila lepas berbuka puasa.
Apapun mawar ni dapat juga berbuka puasa bila ada jemputan.

Ni gambar berbuka puasa di Marriot Hotel bersama CIMB tu gambar En. Rosli Manager CIMB
meja ni penuh gan makanan malu sungguh coz mereka ni ambik byk2 lepas tu takleh nak makan...huhuhuhu malu nyaaaaa
Ni gambar bos baru mawar En. Ghopran gantikan En. Bob dia masuk 1 September kat lobby hotel marriot

Ni pulak icecream mawar makan kat hotel Concorde pada minggu pertama bos opis lama mawar belanja
macam tahun lepas gak.

Ni kotak tamar isinya tiga ulas, tahun lepas kaotak nya empat segi..
ni mawar makan udang goreng butter with brown sugar.. ambik keropak lagi

Ni bos lama mawar Dr. Rosli...yang belanja kami makan..kali ni mawar sorang aje wanita yg joined

gambar Mansor gan anak nya...comel dan bijak budaknya


Ni En Suding (sam) Pengarah PM dan student Dr. Rosli dar Indonesia Bapak Gunawan buat PHD guna biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi alaaaa gambar student Iran lupa nak scan...nama dia Sina buat PHD guna duit sendiri...Masa ni penyanyi sedang menyanyikan lagu dangdut , Dealova dan ...kat meja kami. seperti biasa lepas 3lagu Dr. Rosli bagi RM50 kat dia org.
Hari ni khamis 25 September mawar akan bebuka puasa di Resident Hotel...gan kawan-kawan baik 4 org aje.

Thursday, September 4, 2008

shoutbox kene block lagi heheee

Access forbidden!
You don't have permission to access the requested directory.

There is either no index document or the directory is read-protected.
Error 403


hahaaaaa ini yg ditulis dln kotak shoutbox mawar...
sehari aje blh baca wuawuawuaaa naggis laaa........