missing u

missing u

Sunday, August 3, 2008

SAYANG........


Sayang...............
inginku temani dikau
bersama kelukaanmu
bersama kepiluanmu
bersama kesakitanmu
jua bersama penderitaanmu
agar dapat ku ulis
airmta mu yang terus mengalir
Sayang.........
dikejauhan ini
hatiku merintih mengenang mu
hatiku merintih mengenang nasib mu
hati ku merintih mengenang betapa deritanya diri mu
Sayang ........
ingin ku bersama mu
berkongsi duka hati mu
seperti kita bersama dulu
namun...kita kini telah terpisah jua
kerana kita ditakdirkan
tidak serasi untuk bersama
Sayang...........
kau tetap dihatiku...


Friday, August 1, 2008

minggu lepas.....

Walaupun demam mawar dipaksa oleh kakak ikut dia gi kenduri kawin kat Kg Johan Setia Kelang. Nak tahu kenduri kawin sape? hahaaaa anak buah Dato' Jalaluddin Hassan pelakon juga anak buah Dato' Musa Hassan Ketua Polis Negara....dan Cucu perempuan Dato' Hassan Azahari ...mungkin ada yang kenal kot....nama pengantin perempuan nya Illy Nadia Abdul Rahman

Ni gambar pengantin gan adik beradik dia, mereka ni 4 beradik aje.
Ni gambar nadia comel kan kan
Lepastu mawar gi kenduri kawan mawar... wowwwww bestnya.. Sophia yang melangsungkan perkhawinan dgn Pegawai Tentera Laut... (teringin gak nak cari tentera jadi teman hidup heheee). Upacara perkhawinan ini siap dgn iringan tentera berpedang.....walau pun buat kat rumah tetapi sambutan nya cukup meriah. Tentera laut yang segak seramai 10 org mengiringi pengantin dari kereta masuk kedalam rumah. ...


Wah... mesti murah rezekikan.. bila isteri tinggi dari suami...shopia macam model ayu betul....

Memang cantik kan...pengantin ni.....

Tuesday, July 15, 2008

harini mawar demam

emmmmmmmmmmmm arini mawar demam coz dah 2minggu keje xrest langsung...masa mawar buat n3 ni dah 5 biji mawar mkn paracetamol tapi masih rasa sejuk lagi... dulu ade tempat nak mengadu antar msg ke caling caling ke.. tapi skrg takde tempat nak mengadu..wawawawaaaaaaaaa takpe lah biar lah demam sorang sorang nak mengadu pada maksu dia malu pulak.. yalah org dah tak suke nak buat cammaner kan... apepun mawar tetap rindu......

Thursday, July 10, 2008

SEPI


mawar nak gi tegok filem sepi tapi xde kawan nak ajak lagipun minggu ni sabtu ahad mawar kene keje..agak nya mesti bestkan citer ni..... nantilah hari rabu depan cari geng gi tgk ....

Wednesday, July 9, 2008

oggix & cbox xleh buke


Terasa sepi aje hari hari bila mawar buke blog ni, dah lah xde muzik yang berdendang cbox dan oggix pun xleh nak buke dah kene blok. So mawar minta maaf lah xdpt nak bls. Sekarang mawar sedang membilang hari untuk ditukarkan keunit lain bersama 5org staff dibawah mawar. Dulu mawar jaga lebih 20 org skrg tinggal 5 org aje. kalau sekarang mawar bertugas ditingkat 6 xlama lagi mawar kan berpindah ketingkat 5 sedih sgt. Paling sedih pengarah mawar yg best tu xdpt satu unit gan mawar dia ditempatkan diunit perjanjian habis lah peluang mawar nak dpt cemerlang tahun ni. Dan dengan KPP baru dan 3 Pengarah baru diatas mawar xtaulah ape akan jadi. Tapi unit mawar yg baru ni byk keje dan mawar akan selalu gi keje luar. Mawar harap blog mawar xbersawang lepas ni..... ape-ape pun jika ada yg sudi tinggalkan jejak tgglkn lah diruang komen kat bwh ya...bye jumpa lagi...

Tuesday, July 8, 2008

Kepadamu Kekasih

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini


SEPINYA HATI INI


Kini kesepian melanda hati ku, ku cuba memujuknya hati ku ini namun yang mampu ku lakukan ialah tidur semahu mahunya. Bila rindu datang menyapa, ku masuk kebilik air dan ku jirus seluruh tubuhku agar kesejukkan rindu yang mengegar hati ku membeku,
Hanya Kau Yang Mampu
Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Hanya Kau Yang Mampu

Tika lagu ni berkumandang bait bait lagu ini amat menyentuh perasaan ku. Biarlah luka lama ku berdarah kembali. ku tak menyesal mengenali mu dan yang ku kesal kau pergi meninggalkan ku. pergilah jika itu mahu mu cuma jangan lah kau marah pada ku lagi, sesungguhnya tuduhan mu amat memedihkan walaupun bagimu ianya dapat memuaskan hatimu. Ku tak tahan dengan semua itu lalu ku mohon berundur diri bagi mengelakkan kepedihan hati menjadi parah. Padamu sayang, ku mohon ribuan ampun dan maaf dan kau harus tahu, mengenali mu dan menyayangimu dulu dan sehingga kini telah mengisi ruang ruang kosong dihatiku. terima kassih kerana pernah menyayangi ku dulu.....kau tetap dihatiku.. biar sepi terus menemani ku dan lenaku tetap bertemankan kenangan yang terindah buat ku...