missing u

missing u

Tuesday, July 24, 2007

Alhamdulillah tercipta jua blogku

Alhamdulillah

walau pun dalam terkial-kial dapat juga ku pelajari membina blog ku ini, bagi yang dah pandai memang tiada masaalah tapi bagi ku begitu payah untuk memahami nya namun kerana kuat hati ini untuk memiliki blog sendiri ku cuba dan cuba hingga terhasillah sekuntummawarmerah ini.
Walaupun kini ku boleh tersenyum tapi hatiku masih terkilan kerana banyak yang ini diingin diletakkan didalam blog ku ini aku masih gagal untuk melakukan nya. Tadi ku cuba untuk meletakan blog ini supaya boleh di view oleh org lain tapi usaha ku jua gagal... hai begong nya diriku ini. Begitu juga sebelum ini setelah blog ujud bila nak buka balik tak jumpa password. nak marah pun kene marah gan diri sendiri kenapa lah lembabnya diriku ini. kadang-kadang dalam usaha ku mencari semula password ku tersenyum sendiri sambil mengutuk-gutuk kenapa tak leh guna password itu.. pelik nya sedangkan dalam semua hal itulah password yang ku gunakan.
Hari ini password dah ok tapi tak ada idea nak buat mukadimah dlm blog..hehee takde blog nak blog dah ade semua idea dah terbang melayang. Masa nak tidur malam masa tu lah puisi-puisi mula terukir tapi mata pulak nak lelap so tak tulis bila nak ingat semula faham-faham aje lah mesti tak ingat. hampeh betul..
Apapun dalam sibuk-sibuk gan keje kat opis ni sempat juga buat mukadimah walau seadenya dan kepada diriku ku ucapkan tahniah kerana terciptanya jua blog ini. Buat kerol yang membantu ku ucapkan terima kasih kerana ilmu yang dicurahkan masih diperlukan...

No comments: