missing u

missing u

Tuesday, May 27, 2008

Netball di SUK Ipoh

Penat sungguh lepas balik dari ipoh ni, mawar gi hari jumaat dan balik hari ahad kul 3 ptg spai umah. Sapai Ipoh hari jumaat kul 2ptg checkin kat hotel kul 2ptg berkumpul gi Taipin buat lawatan kat muzium Ngah Ibrahim. mungkin ada yg ingat dimana tulang Ngah Ibrahim dibawa dari singapura dan dikebumikan di halaman rumah beliau. Selepas melawat muzium Ngah Ibrahim mawar gi kilang memproses kayu arang arang dan makan malam di Kuala Sepetang. Tapi gambarnya dlm HP xsempat nak transfer kat PC lagi.

Ini bangunan SUK Perak yang maner MB nya dari PKR....
Ini Makam Ngah Ibrahim di Taiping Perak


Gambar bawah Pertunjukan tarian semasa dinner yg di berikan oleh SUK Perak yg dihadiri oleh Bendahari Negeri Perak dan Tim. Ketua Pengarah Mawar Dato Dr Ismail Alias. Mlm tu Bendahari menyanyikan lagu Widuri dan boss mawar menyanyikan lagu diambang sore lupa nak snap gambar dia org. Ini penari Kebudayaan negeri perak dah 3 bulan xde keja masa lunch dan dinner kami ni baru dia dpt buat persembahan. Bendahari perak kat jgn bagi tau MB ya sambil bergurau. hehheee sian dia org kan...

Ini bilik hotel tempat tidur mawar kat Ipoh

Ini Pasukan Bola jaring mawar baju biru (sponsor tu ) yang dpt tempat corok heheeee
5 perlawanan semuanya kalah


Melepak selepas lunch.........
Ini Pasukan dart yang dapat tempat kedua..mamat mamat baju pink...
Nanti mawar baut n3 dinner di Kuala Sepetang dan Kilang Kayu arang.. yeyeee

Wednesday, May 21, 2008

SUKAN ANTARA BAHAGIAN

Hari Jumaat ni mawar akan ke SUK Ipoh untuk Sukan antara Bahagian. Mawar jadi pengurus pasukan Bola Jaring. Tapi mawar tak main coz mawar penah patah pengelangan tangan masa main netball kat opis lama. 4bulan mawar MC . Dijangka 4 buah bas untuk games gollf, bola jaring dan dart. Bertolak kul 9pagi dan sampai kul 3petang akan diadakan lawatan ke Muzium Kota Ngah Ibrahim dan Kawasan Hutan Paya Laut ( Mangrove Forest ) Matang, Kuala Sepetang. Kami akan berada di Ipoh 3 hari aje dari Jumaat hingga Ahad. Games netball hanya pada hari Sabtu aje. Tahun lepas Bahagian mawar dapat naib johan tapi tahun ni xkot coz semua pemain baru dan semalam latihan nampak mcm xpandai aje. nampaknya mcm kalah aje..tapi tak taulah..tgk nasib. semua bahagian pun pemain baru coz kebanyakan pemain lama sedang mengandung heheheeee.
Mawar dapat baju sponsor untuk netball dari tauke yang supply bunga orkid kat opis ni. huhuhuhu mesti bestkan teringat pulak masa gi taman negara dulu masuk hutan sampai keair terjun makan tengahari kat situ best sungguh. xsabar rasanya nak sampai Kuala Sepetang ni. harap harap dapat mkn mee udang...fuyohhhhh.
tunggu nanti nestweek mawar buat n3 gambar masa main netball. byeeee

PAKU DI DINDING HATI MU...


PAKU DI DINDING HATIMU..
Ada seorang yang sangat pemarah.
Dia tidak dapat mengawal kemarahannya
walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari,
bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?"
tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah,
kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini,
bagi melepaskan kemarahan mu"
jawab ayahnya.
Pada hari yang Pertama sahaja,
pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku
pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu,
setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati,
adalah lebih mudah mengawal kemarahannya
dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah,
walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya
mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah
dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu,
pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari,
dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut
dan berkata
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku,
tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut,
tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah,
ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka,
sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah,
tak kesah berapa kali kau memohon maaf
dan menyesal atas perbuatam mu,
namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa
dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar,
berkongsi suka dan duka
dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
"Maafkan saya
sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang
di dinding hati anda."
"ALLAH did not promise that life would be easy,
but HE did promise to go with you..every step of your life,
with HIM by your side."

Sunday, May 11, 2008

Sukan Paralempiad ke xiv

Minggu lepas mawar memang sibuk sikit. 28 - 30 April mawar exam lagi. hancus coz tak leh jawab kertas soalan Perlembagaan Malaysia. Lepas exam hari rabu mawar konon nak berehat gi port dickson sampai hari Ahad tapi kakak mawar cal suruh balik coz nama mawar dah masuk dalam sukarelawan Temasya Sukan Paralimpiad Malaysia Ke XIV. So petang Jumaat mawar dah sampai umah kakak mawar kul 4.30 dah gi UPM perasmian perkampungan Temasya sukan. Lepas tu mawar ditugaskan jaga protokal kat bahagian Pingpong. Tapi pingpong start hari selasa so kakak mawar bawak mawar jaga Gold Ball sukan untuk orang rabun dan buta diBangi
Mawar duduk ditengah..heheee saja pakai topi tutup sikit malu ehhhh duduk diatas stage sambil tgk org buta main goal ball.
Majlis perasmian dibuat di Staduim Bukit Jalil oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri (ayah penyanyi Dafi )
sedih sangat hati ni pilu bila melihat betapa ramainya rakyat malaysia yang cacat yang berbagai bagai bentuk didalam stadium yang besar tu. Nampak tak stadium kosong aje tiada sambutan dari orang ramai.
VIP jemputan pun tak datg so kami urusetia penuhkan tempat vip didalam stadium.

Ni Pasukan Pulau pinang yang menjadi juara sukan gold ball untuk org buta/rabun. bolanya ada loceng so mereka kena tangkap bila pihak lawan membaling bola tersebut. setiap pasukan terdiri dari 3org.
Pemain goldball dari negeri sembilan, mereka nakal nakal betul siap kutuk kutuk rakan lagi. yang geli hati ni mereka pakai topeng bila nak mula games ada yang nyanyi lagu kumpulan Amuk. ada pulak yang bunyi kuda, ayam dan anjing.

Urusetia sibuk menutup mata pemain sebelum pemainan dimulakan.
Pemainan ini dinamakan Boccia kat bukit kiara. macam pemainan bowling padang tetapi persertanya yang paling kesian. Ini pemain selangor masa main air liornya meleleh leleh. Hati siapa tak hiba dan sedih. Mcm ni dia boleh guna tgn tapi pemain sebelah paginya hanya guna kepala untuk baling bola. rugi masa tu mawar xdtg. Sukan ni mawar cadangkan KS boleh sertai jgn marah ya KS mawar gurau aje. tapi memang betul sesuai untuk KS mungkin blh wakili Malaysia nantiNi permainan batminton kat bukit kiara
Ini pulak permainan Long Ball mcm bowling padang


Pemain pingpong ini kat UPM di wakili oleh Dr Samsul dari KL dan pemain sabah bagus permainan dia org, kita yang sempurna ni pun belum tentu blh main sebaik dia org. Pemain ni dapat johan dan naib johan.
Pemain pingpong ni yang kaki besi seblah dari Ipoh dan yang tangan sebelah pulak dari Melaka.
Melaka Johan dan sarawak naib johan. Kebanyakkan mereka ni Malaysia Player
Renang kat bukit jalil semua perenang ni cacat kaki atau tangan tapi mawar kagum tgk mereka mampu berenang dgn baik dan laju. (mawar pun tak pandai berenang)
Pasukan renang dari sarawak yang menjadi johan keseluruhan.
Majlis penutup sukan di Stadium Putra Bukit Jalil oleh Datin Sri Jean Isteri PM. mcm masa pembukaaan stadium kosong. Sampai hati Datin Sri tak tunggu minum. Lepas rasmi terus balik. So ape lagi kamilah yang membedal jamuan tersebut
Ini urusetia bahagian protokol masa mlm penutup di bilik VIP ganti Datin Sri Jean minum. Buat teman kesayangan mawar jgn sedih ya kalau mawar tak sempat nak jwb msg dan cal coz mawar terlalu sibuk masa itu . sorry ya jgn marah ye...muaahhhh sayang dia.

BESDAY YANG BEST TAHUN INI

Heheeee ni besday cake hadiah dari ayoy, ni dia aishah adriana anak bauah kesayangan possing gan kek besday mawar. kami makan KFC aje kat umah masa ni.

Petang nya mawar hadiri Hi tea kat Palm Garden anjuran MAS. Minah ni nyanyi lagu jepun, kata bos kecik mawar byk senikata yg tak betul coz dia tahu lagu ni. hheeee hentam ajelah labu..

Tarian yang dipersembahkan oleh staff MAS kod ok gak lah

ini pun sama gak gelek lagi

mawar bernasib baik dapat lucky draw rice cooker dari R.A.M travel dgn nombor 161 nombor yg dipanggil ketiga. MAS pun minta sponsor dari agent untuk lucky draw. Tapi tiket penerbangan byk jugak tapi memang meja kami xbernasib baik kerana hanya mawar sorang dpt yg lain hampa. (gambar ambik hadiah tu bukan mawar heheeee)

Malam esoknya bos lama mawar Dr. Rusli sekali lagi belanja makan kat menara KL seramai 8org. Mawar gi gan zai kwn baik mawar. Sebenarnya dia nak belanja student dia yg nak balik afrika so kebetulan besday mawar so dia pun belanja sekali. best betul dia siap minta pengacara majlis nyanyikan lagu hapy besday dan buat ucapan hapy besday lagi...
Ini gambar dlam restoran kat menara KL. pertama kali mawar makan rendang itik sedap jugak.
dan kali ketiga mawar dpt dinner kat sini.
Bekumpul kat bawah selepas dinner sambil ucap tima kasih gan Dr. Rusli borak borak kejap pas tu balik dalm kul 11 malam.
Ni gambar Dr rusli gan tiga org student dia yang nak balik sorang mat negro botak tu. heheee