missing u

missing u

Sunday, May 11, 2008

Sukan Paralempiad ke xiv

Minggu lepas mawar memang sibuk sikit. 28 - 30 April mawar exam lagi. hancus coz tak leh jawab kertas soalan Perlembagaan Malaysia. Lepas exam hari rabu mawar konon nak berehat gi port dickson sampai hari Ahad tapi kakak mawar cal suruh balik coz nama mawar dah masuk dalam sukarelawan Temasya Sukan Paralimpiad Malaysia Ke XIV. So petang Jumaat mawar dah sampai umah kakak mawar kul 4.30 dah gi UPM perasmian perkampungan Temasya sukan. Lepas tu mawar ditugaskan jaga protokal kat bahagian Pingpong. Tapi pingpong start hari selasa so kakak mawar bawak mawar jaga Gold Ball sukan untuk orang rabun dan buta diBangi
Mawar duduk ditengah..heheee saja pakai topi tutup sikit malu ehhhh duduk diatas stage sambil tgk org buta main goal ball.
Majlis perasmian dibuat di Staduim Bukit Jalil oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri (ayah penyanyi Dafi )
sedih sangat hati ni pilu bila melihat betapa ramainya rakyat malaysia yang cacat yang berbagai bagai bentuk didalam stadium yang besar tu. Nampak tak stadium kosong aje tiada sambutan dari orang ramai.
VIP jemputan pun tak datg so kami urusetia penuhkan tempat vip didalam stadium.

Ni Pasukan Pulau pinang yang menjadi juara sukan gold ball untuk org buta/rabun. bolanya ada loceng so mereka kena tangkap bila pihak lawan membaling bola tersebut. setiap pasukan terdiri dari 3org.
Pemain goldball dari negeri sembilan, mereka nakal nakal betul siap kutuk kutuk rakan lagi. yang geli hati ni mereka pakai topeng bila nak mula games ada yang nyanyi lagu kumpulan Amuk. ada pulak yang bunyi kuda, ayam dan anjing.

Urusetia sibuk menutup mata pemain sebelum pemainan dimulakan.
Pemainan ini dinamakan Boccia kat bukit kiara. macam pemainan bowling padang tetapi persertanya yang paling kesian. Ini pemain selangor masa main air liornya meleleh leleh. Hati siapa tak hiba dan sedih. Mcm ni dia boleh guna tgn tapi pemain sebelah paginya hanya guna kepala untuk baling bola. rugi masa tu mawar xdtg. Sukan ni mawar cadangkan KS boleh sertai jgn marah ya KS mawar gurau aje. tapi memang betul sesuai untuk KS mungkin blh wakili Malaysia nantiNi permainan batminton kat bukit kiara
Ini pulak permainan Long Ball mcm bowling padang


Pemain pingpong ini kat UPM di wakili oleh Dr Samsul dari KL dan pemain sabah bagus permainan dia org, kita yang sempurna ni pun belum tentu blh main sebaik dia org. Pemain ni dapat johan dan naib johan.
Pemain pingpong ni yang kaki besi seblah dari Ipoh dan yang tangan sebelah pulak dari Melaka.
Melaka Johan dan sarawak naib johan. Kebanyakkan mereka ni Malaysia Player
Renang kat bukit jalil semua perenang ni cacat kaki atau tangan tapi mawar kagum tgk mereka mampu berenang dgn baik dan laju. (mawar pun tak pandai berenang)
Pasukan renang dari sarawak yang menjadi johan keseluruhan.
Majlis penutup sukan di Stadium Putra Bukit Jalil oleh Datin Sri Jean Isteri PM. mcm masa pembukaaan stadium kosong. Sampai hati Datin Sri tak tunggu minum. Lepas rasmi terus balik. So ape lagi kamilah yang membedal jamuan tersebut
Ini urusetia bahagian protokol masa mlm penutup di bilik VIP ganti Datin Sri Jean minum. Buat teman kesayangan mawar jgn sedih ya kalau mawar tak sempat nak jwb msg dan cal coz mawar terlalu sibuk masa itu . sorry ya jgn marah ye...muaahhhh sayang dia.

1 comment:

Kassim Selamat said...

tahun depan boleh ler sy masuk....