missing u

missing u

Tuesday, June 17, 2008

Ada Untuk Mu


Nubhan
Ada Untuk mu

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran


Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Monday, June 16, 2008

kenduri kawin dan cukur jambul

bulan ni mawar byk jugak menghadiri kenduri kawin kawan kawan. antaranya wedding anak driver india mawar yg dah pencen kat opis lama. Wedding ni dibuat dari kul 5ptg hingga kemlm. Lepas mahgrib kwn mawar Yee kim dtg umah ambil mawar, perjalanan dlm masa 45 minit baru sampai. Mawar tak berani nak makan kat majlis ni walau pun vegiterian foods ade disediakan, mawar hanya makan buah tembikai dan minum air sirap aje. Tapi ramai gak org melayu yg makan mawar tak berani coz dlm dewan penuh gan hindu.
Majlis persandingan masa nak ikat thali. Ada sami botak hehehe
Pengantin perempuan diarak masuk kedalam dewan
beras yang di ukir diatas lantai.
Majlis perkhawinan sepupu kwn mawar kat UKM pengantin perempuan org sabah dan lelaki dari kedah bertugas sebagai tentera.
Set meja mkn di UKM untuk tetamu yang hadir

Ini pulak majlis cukur jambul kat rembau. Dalam sejarah hidup mawar baru 4kali gi rembau. 2kali ziarah kematian, 1kali majlis perkhawinan dan yang ni maslis perkhawinan dan cukur jambul. istiadat kat sini masih terlalu tradisonal lagi dimana pakcik pakcik yang berzanji.
Berkas trdisional yang terdapat kelapa muda beras kunyit dan bunga rampai.
Pihak wanita juga diberi peluang mengunting rambut si kecil yang bernama Afif Zafuan.
Comel betul muka dia...
Selepas majlis cukur jambul majlis persandingan pun diadakan. Di Rembau ni best gak selain ade lauk kampung semasa pengantin bersanding kat luar ade tarian piring dan rebana. Seronok tengok pakcik pakcik ni menari dan bersilat.
Yang kat bawah majlis perkhawinan yang mawar gi gan bas opis ke Taiping. Selepas majlis ni lah mawar gi makan mee udang yang sedap tu...huhuhuuuuuu

Pagi ni jem giler

Pagi rasa bersemangat nak gi keje...yalah nak siapkan keje yg tak pernah abis lepastu nak siapkan jamuan perpisahan hari rabu ni coz Penolong akauntan dapat naik pangkat. mungkin ini jamuan kedua terakhir dibahagian mawar kerana lepas ni rombakkan besar-besaran dimana Unit pengurusan kewangan dan akuan kami hanya tinggal bhg akaun aje dan unit kewangan akan dilupuskan. Sian org2 kewangan akan berserakkan keunit-unit lain. mawar pun tak tau akan tercampak keunit maner...sedang megong memikirkan nya.
Pagi ni mawar pakai blaus purple untuk gi keje...selepas bayar tol lebih kurang 2km dah jem teruk. selalunya xlah seteruk ini. Tapi pagini tgk lah. risau mawar takut parking bawah pokok yg selalu mawar pergi penuh.
Masuk aje atas jambatan dah nampak jem, nak geram gan sape ya.. nasib baik sampai opis kul 7.40pagi masih ade 2 - 3 lot paking yg masih kosong. so lege nya....

Tuesday, June 10, 2008

Istana Bukit Chandan dan istana kuning

Selepas makan mee udang bas kami pusing-pusing kat pekan kuala kangsar. Ada banyak brg-brg siam kat situ tapi mawar xde mood nak beli cuma makan KFC aje. lepastu pusing pusing kat Bukit Chandan tgk kawasan kerabat diraja Perak. gambar kat atas bunga emas didepan Istana Bukit Chandan. Sebelum istana ni ada istana mazuin warna putih kata pemandu pelancung kami istana mazuin ni berhantu dan tak keluarga diraja tinggal disitu. gambar pun xdpt nak ambil coz bas lalu aje kat situ. So berhenti kejap depan istana bukit Chandan tapi xnampak sgt istananya. mawar ambik gambar pokok emas aje yg ada dua batang di depan pintu pagar istana. lepastu mawar gi istana kuning pulak.

Tengok istana ni nampak macam zaman hang Jebat dan hang tuah pulak. atau nampak macam gambar di framekan. sayu dan sunyi aje...

Waktu melawat dah tutup so kami tgk dari luar aje. lepas ambik gambar kami pun terus balik...singgah kat r&r tapah solat maghrib sampai kat opis kul 10.30mlm..huhuhuhuuuu penataya.....

Monday, June 9, 2008

MEE UDANG - Kuala Sepetang , Taiping

Semasa pertandingan netball tak sempat nak makan mee udang, tapi hari ahad 6 jun mawar keTaiping sekali lagi menghadiri perkhawinan kwn opis. Kami berlepas dari pejabat kul 9 pagi dgn bas opis dan sampai diTaiping kul 1 tgh. Kami dijemput makan dan lepas azan zohor pengantin pun dtg dgn berkompang. Belum sempat pengantin berinai kami cepat cepat ambil gambar lepastu kami pun balik. Atas permintaan ramai kami singgah makan mee udang di Kuala Sepetang. Tauke kedai makan tanya nak udang yg berapa ringgit RM6, Rm10 dan RM12. So ramai yg pilih Rm6 sahaja di deret meja mawar. Mawar dan yeop pilih yg Rm 10 bila mee udangnya sampai tgk lah...huhuuuuuhuuuu menyesal....
Udang diatas berharga RM 12.00 sepinggan.
Di bawahMee udang ni sepinggan RM 6.00 udang kolam besar jari kelingking aje....
Mee udang ni RM 10.00 sepinggan udang nya udang laut dan lebih besar...huhuhuhuuuuu


Ni Mee udang Rm 12.00 wowwwwowww besar nya....geram nyaaaaaaaa

sememang nya puas makan mee udang ni...rasanya sedap dan udangnya manis...best betul
coz mawar memang suke makan cfood..
Sekiranya sesiapa gi Taiping, gi lah makan mee udang tak rugi coz mawar tgk bayak kete dari luar perak yg singgah makan mee udang kat sini.
kata dia org waktu mlm lagu best byk gerai dibuka...

Sunday, June 1, 2008

Kuala Sepetang - Hutan Paya Laut Matang

Mawar gi Hutan Paya Laut Matang di Kuala Sepetang Taiping pabila sampai saja di Ipoh dengan bas pejabat. Sungguh seronok kami dibawa menaiki titi yang disediakan dikawasan tersebut.
Selepas berjalan meniti kami di tunjukkan tentang keindahan pokok pokok kayu bakau dan cara-cara memelihara pokok tersebut. Kami Makan malam disini diatas anjuran pejabat perhutanan.

Ini gambar bos mawar menyanyi mas mona ketika dinner kat sedap suara dia. mawar naik pentas bagi bunga heheeeee jgn marah ye...

Ni muke player mawar yang kelaparan sebelum dinner bermula...
Stage ni siap dengan gambar pameran lagi.

Ni dia chalet nya cantik dari luar dibelakang nya sungai besar tapi ada pokok pokok nak memancing dari dalam rumah mawar rasa xsampai lah joran nya
Dalam chalet kosong aje xde katil or dapur.. kalau tidur kat sini kene bawak toto kalau tak,
tidur atas lantai ajelah nampak nya tanpa bantal...
Sebelum masuk hutan kami gi kilang membuat arang kayu. Arang kayu dibuat dari kayu bakau yang berumur 30tahun. Proses membuatnya selama 12 hari kalau xsilap. Gambar pengusaha kayu arang ni cikguXXX ada 9 buah kubah/iglu membakar kayu bakau menjadi arang.


Semua sedang khusuk mendengar penerangan dari cikgu taukeh arang kayu. Yang pakai baju oren tu kakitangan SUK.
Kawasan memproses arang kayu ni memang panas macam sauna coz apikan. So mawar cadangkan sesiapa yang gemuk elok minta keje kat sini kerana dengan sauna kita boleh kuruskan badan. Cuba tgk gambar anjing tu kurus kering kerana kepanasan sauna hehehee.