missing u

missing u

Sunday, June 1, 2008

Kuala Sepetang - Hutan Paya Laut Matang

Mawar gi Hutan Paya Laut Matang di Kuala Sepetang Taiping pabila sampai saja di Ipoh dengan bas pejabat. Sungguh seronok kami dibawa menaiki titi yang disediakan dikawasan tersebut.
Selepas berjalan meniti kami di tunjukkan tentang keindahan pokok pokok kayu bakau dan cara-cara memelihara pokok tersebut. Kami Makan malam disini diatas anjuran pejabat perhutanan.

Ini gambar bos mawar menyanyi mas mona ketika dinner kat sedap suara dia. mawar naik pentas bagi bunga heheeeee jgn marah ye...

Ni muke player mawar yang kelaparan sebelum dinner bermula...
Stage ni siap dengan gambar pameran lagi.

Ni dia chalet nya cantik dari luar dibelakang nya sungai besar tapi ada pokok pokok nak memancing dari dalam rumah mawar rasa xsampai lah joran nya
Dalam chalet kosong aje xde katil or dapur.. kalau tidur kat sini kene bawak toto kalau tak,
tidur atas lantai ajelah nampak nya tanpa bantal...
Sebelum masuk hutan kami gi kilang membuat arang kayu. Arang kayu dibuat dari kayu bakau yang berumur 30tahun. Proses membuatnya selama 12 hari kalau xsilap. Gambar pengusaha kayu arang ni cikguXXX ada 9 buah kubah/iglu membakar kayu bakau menjadi arang.


Semua sedang khusuk mendengar penerangan dari cikgu taukeh arang kayu. Yang pakai baju oren tu kakitangan SUK.
Kawasan memproses arang kayu ni memang panas macam sauna coz apikan. So mawar cadangkan sesiapa yang gemuk elok minta keje kat sini kerana dengan sauna kita boleh kuruskan badan. Cuba tgk gambar anjing tu kurus kering kerana kepanasan sauna hehehee.

No comments: