missing u

missing u

Friday, August 29, 2008

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


Asalamualaikum dan Selamat meyambut RAMADHAN, yg bakal tiba.....

ASSALAMUALAIKUM WBT..... SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENJALANKAN IBADAT PUASA DENGAN BAIK & MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA...... NNT.......JANGAN CURI2 TAU......DOSEEE...... BERPUASA MEMANG LA LETIH.... TAPIII.. JANGANLAH SAMPAI ..... HAAAAAA... BUAT APE TU???? ......
JIKA ADA KELAPANGAN.... RUGI KALAU DIGUNAKAN UNTUK ...... DALAM BULAN YANG PENUH DENGAN BARAKAH INI.. KITA PERLULAH BANYAK BERSABAR...... JANGAN LEKAS DAN MESTILAH SENTIASA.........
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasaumat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukanhal-hal yang berikut":* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri (jika dah berkahwin)* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kitabayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalahRasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuatkesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kitadapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati AllahS.W.T, insyaallah.

Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kekhilafan diri saya sendiri....

Wallahualam....

Sunday, August 3, 2008

Pengarah naik pangkat TKSU di MOSTE

hahahhaaaaa nak tahu ni lah dia pengarah bahagian mawar Datin Madinah. pada 31 Julai 2008 tercipta sejarah dimana beliau telah dinaikkan pangkat sebagai TKSU setalah 6bulan berada di Bahagian mawar dan ditukarkan ke Kementerian Sains yg maner TKSU lama masuk kedlm Pool di JPA. So semuanya menarik nafas lega dah tiada yang akan membuat kejutan bila dipanggil Datin masuk kedalam bilik nya. Pengarah baru mawar En Tajuddin Don dari Kementerian Pertahanan.

Mawar heheeheee xpenah pun kene gan Datin coz pangkat mawar kecik aje. yang teruk KPP keatas lah, bila anak buah dia buat silap. Kata Datin ape yg dia kene tegur bila berlaku kesilapan tetapi kalau semua berjalan dgn baik tak perlu diberikan teguran.. betul lah tu...

Kul 5ptg 31 Julai 2008 datin mengetik kad perakam waktu disaksikan oleh kakitangan yang mengucapkan tahniah kerana di naikkan pangkat dan salam perpisahan

Serious kan masa datin mengetik kadnya....heheeee


Ini dia barisan KPP dan TPB yang menjadi tulang belakang Bahagian mawar...seronok nampak heheee

yang tengah rendah tu En Abdullah atau terkenal dgn panggilan Che Lah yang akan menjadi boss baru mawar bila mawar tukar ke tingkat 5 nanti.


Hahaaaaaa makan freee, jamuan mkn tenghari dan jamuan satay yang diadakan untuk jamuan perpisahan Datin. Jamuan ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Bahagian mawar. hampir 400 org hadir. Bagi mawar siapa Pengarah baru atau siapa Pengarah yang pegi mawar tak kisah....insyaallah 28 ogos ni unit mawar akan adakan majlis tahlil untuk menyambut kedatangan bulan ramadhan dan mentalkinkan unit W mawar sekarang, (kata KPP mawar En. Bob) semua staff mawar akan berada diunit lain dan mawar bawa bersama 5org keunit baru mawar.

kesian jugak kene berpisah tapi unit aje berbeza kami masih dibahagian yang sama.

SAYANG........


Sayang...............
inginku temani dikau
bersama kelukaanmu
bersama kepiluanmu
bersama kesakitanmu
jua bersama penderitaanmu
agar dapat ku ulis
airmta mu yang terus mengalir
Sayang.........
dikejauhan ini
hatiku merintih mengenang mu
hatiku merintih mengenang nasib mu
hati ku merintih mengenang betapa deritanya diri mu
Sayang ........
ingin ku bersama mu
berkongsi duka hati mu
seperti kita bersama dulu
namun...kita kini telah terpisah jua
kerana kita ditakdirkan
tidak serasi untuk bersama
Sayang...........
kau tetap dihatiku...


Friday, August 1, 2008

minggu lepas.....

Walaupun demam mawar dipaksa oleh kakak ikut dia gi kenduri kawin kat Kg Johan Setia Kelang. Nak tahu kenduri kawin sape? hahaaaa anak buah Dato' Jalaluddin Hassan pelakon juga anak buah Dato' Musa Hassan Ketua Polis Negara....dan Cucu perempuan Dato' Hassan Azahari ...mungkin ada yang kenal kot....nama pengantin perempuan nya Illy Nadia Abdul Rahman

Ni gambar pengantin gan adik beradik dia, mereka ni 4 beradik aje.
Ni gambar nadia comel kan kan
Lepastu mawar gi kenduri kawan mawar... wowwwww bestnya.. Sophia yang melangsungkan perkhawinan dgn Pegawai Tentera Laut... (teringin gak nak cari tentera jadi teman hidup heheee). Upacara perkhawinan ini siap dgn iringan tentera berpedang.....walau pun buat kat rumah tetapi sambutan nya cukup meriah. Tentera laut yang segak seramai 10 org mengiringi pengantin dari kereta masuk kedalam rumah. ...


Wah... mesti murah rezekikan.. bila isteri tinggi dari suami...shopia macam model ayu betul....

Memang cantik kan...pengantin ni.....