missing u

missing u

Tuesday, February 10, 2009

Jalan-jalan senangkan hati

ku mula 2009 dengan meronda-ronda... trip pertama ku kota kinabalu sabah...dengan bayaran lebih kurang RM650 menaiki air asia sampai juga hajat untuk snokeling di pulau-pulau disabah...seronok sungguh tapi untuk ke gunung kinabalu xsempat nak pergi...
Mat saleh snokeling di pulau manukan...uppph jgn renung lama-lama..mawar gi tiga pulau hanya dengan bayaran lebih kurang RM50.00 dengan menaiki bot.
Pintu masuk dari jeti kepulau manukan...pulau mamutik dan pulau sapi...dan kat pulau sapi mawar sempat gi snokeling pakai seluar jean dan tshirt aje...

Ada Chalet juga di pulau ini... macam chalet citer kekasihku seru di Janda baik pahang...

Teminal feri di Jaselton K.Kinabalu untuk membeli tiket ke pulau-pulau dan Labuan.

Gambar kakak mawar masa kami di muzium sabah...
...........................................................................................................................................................................
Ni pulak memang rezeki mawar untuk dapat enrich card dari MAS.. majlis ni dirasmikan oleh KSU Tan Sri Sidek tetapi xramai yg dtg kerana majlis ni diadakan waktu pejabat....
Mungkin kenal kot dengan tan sri munir Ceo MAS...
...........................................................................................................................................................................
Hujung tahun lepas pertandingan badminton antara bahagian.... kami dapat tempat ketiga jadilahhhhh
Bos mawar sedang beraksi....

Garang tu maklumlah dah menang...
...........................................................................................................................................................................

Ketupat.... hahahaaa Pada hari Raya haji yang lalu Rukun Tetangga buat ketupat lebih 30,000 ketupat disediakan oleh setiap daerah...So mawar tumpang aktiviti saje-saje join kakak mawar n the gang...

Sape boleh teka kat maner peristiwa ini berlaku..... biar lah rahsia... mawar dapt 30 biji ketupat dibawa balik... jadilah untuk suka suka dan menghabiskan masa yang kadang-kadang hanya tidur bila cuti-cuti...

No comments: