missing u

missing u

Wednesday, April 23, 2008

Esok special day 25 April 2008

Tak sabar nak tunggu esok....kenapa yeak?...heheee esok ialah......

besday mawar...


heheeeeee umur jgn tanya ye..biarlah rahsia. Apepun ptg ni mawar nak masak pulut kuning dan rendang daging nak buat sarapan kat opis esok pagi. Ingat nak minta bos mawar En. Bob baca doa selamat sikit.


Petangnya mawar dah dapat jemputan dari Malaysia Airline untuk jamuan hi tea kat Perdana ballroom, Palm Garden IOI Resort. Best kan secara kebetulan besday mawar pada hari itu. Pengarah Mawar Pn Nini kata ni dia bagi hadiah..heheheee.

Kejap tadi Dr Rusli bos kat opis lama dah booking dinner kat Menara KL malam sabtu ni nak raikan Fellow/student dia nak balik Afrika, Iran dan Indonesia patutnya dia nak buat hari jumaat mlm tapi ramai yg tak dpt dtg so tukar mlm sabtu sambil raikan besday mawar. Dr. Rusli kata untuk 10 orang. Dia dah ckp gan jemputan dia pasal besday mawar dan masing-masing kata nak belikan hadiah. emmmm seronok kan dpt hadiah. mawar dah janji nak gi gan zai naik kete kembara dia sebelum maghrib dan kami solat kat masjid di KL coz kene berkumpul kat menara KL sebelum kul 8.30mlm. wouwouwou yes yes..grantnya besday tahun ni walaupun umur dah jauh meninggkat tapi besday tahun ni tak dpt mawar lupekan..nyenyak kah tidur mawar mlm ni..entahlah..harap ade yg teman mawar msg2 untuk tenangkan perasaaan...insyaallah...


Tuesday, April 22, 2008

Kat Sibu Sarawak pulak

Gambar angsa ni lambang bandar Sibu. Mawar kene bertugas di Sibu selepas balik 29/3 dari Langkawi dan 30/3 mawar dah terbang naik MAS keSibu Sarawak sehingga 6/4/2008. Dari KLIA transit 3jam di Kucing boring betul pusing pusing kat airport saje makan nasi goreng gan air RM15 tak sedap langsung.
Ini dia kat dataran Sibu ada pintu gerbang. Mawar duduk kat RH hotel dgn bayaran Rm165 after discount tanpa sarapan pagi. Saja tanya RH tu ape so driver yg bawak mawar tu ckp makna nya Rinbun Hijau. Hotel dan Pejabat Perbandaran Sibu (SMC) bersebelahan saja tak perlu ikut jln raya kerana dah siap jambatan mcm KLCC tapi kecik lah terus masuk Parkson. Tapi pagi pagi lps sarapan mawar ikut jln bawah aje. Mawar cuma ade 2 pilihan untuk sarapan dpn hotel satu satunya kedai mamak dan hotel Zurah. mawar makan roti canai kambing puhhh sedapnya. Pada satu pagi tu mawar nak makan roti so meja penuh mawar pun tanya gan sorang wanita tu nak tumpang duduk. Lepas order roti canai kambing mawar pun bebual lah gan dia. Rupanya dia ni cikgu sekolah namanya cikgu Hanita bila siap makan dia belanja mawar. segan nya. Apepun baik hati org sibu ni kenal masa sarapan pun dia belanja.
Ini ganbar pemandangan dari SMC di tingkat 24. hujung sana tu sungai rejang. Tingkat mawar bertugas tu juga terletaknya pejabat YB dan Ydp Sibu.
Best tak udang galah ni? Sedapnya. Mawar dibawa kepasar Sibu oleh Driver SMC dan beli udang ni 6 ekor Rm45 lepastu hantar kat kedai kwn dia untuk dimasak. kami mkn malam dikedai tu dgn bayaran Rm12 saja untuk 3org. murahnya nak byr lebih taukehnya tak nak dia kata tolong aje. Kat sini dpt tak macam tu? mesti tak dapat kan.

Closeup gambar udang. ni dia masak sweet sour. masa nak balik kami gi pasar kul 7pagi beli udang untuk dibawak balik. Driver tlg bungkus masuk dalam kotak. Sampai KLIA kotak pecah airnya meleleh leleh terus gi washroom keluarkan dan simpan dlm plastik.

LANGKAWI

Kenal siapa gadis manis ni? Ini lah gambar Mahsuri yang diletakkan diruang legar airport.
Pada 27 - 29 mac mawar gi langkawi naik airasia tiket free cuma byr airporttax aje.
replika ni mawar ambil kat laman padi
Ada padi disini sdg masak ranum. makcik ni sdg menuai padi untuk dibuat emping.
Pemandangan diPantai Cenang. mawar nak cuba naik paracut ni byran rm70 bot tarik dari bawah tapi takut pulak heheee
Saja mawar pilih chalet kayu coz dah jemu duduk rumah batu murah aje Rm100 satu malam. buka aje pintu pantai terbentang luas.
Lukisan ini mawar ambil kat Geleri Perdana cantik kan
ini pun sama gambar org dulu yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu
patung hadiah untuk Tun Dr Mahadhir
Ini juga dari Korea
kami bertolak kul 10pagi dari rumah ke LCCT 4org. kali pertama mawar naik kapal terbang kat sini. sebelum ada juga gi kelantan tapi masa tu naik kat Klia. kecik aje LCCT ni sempit xde tempat duduk masa menunggu. Cuma yg bagusnya selagi gate xbuke kita blh lepak kat luar bersepah sepah. Sampai aje kat langkawi mawar cal kwn yg dah siapkan kete yg nak sewa so dptlah wira aerobic dgn harga rm70 sehari. So terus gi makan dan cari chalet kat pantai cenang yang dah booking. ok gak lah walaupun sempit sikit cuma yang bestnya buke aje pintu pantai terbentang luas dan dptlah cuci mata mat saleh baring-baring gan bikini aje huhuhu. Ptgtu gak kami gi kabel car ,tinggi sungguh. ni kali kedua mawar naik kabel car kat langkawi. balik mlm gi makan makan. Pantai cenang sungguh meriah diwaktu malam xjemu berjalan jalan disepanjang kedai kedai yg menjual baju2. Esok nya lepas sarapan gi Geleri perdana, makam mahsuri underwater yg kat seblah chalet aje. Sambil tu gi membeli belah kat kedai Zoom Dato K. menyesalkan gak gi 3 hari 2 mlm tak puas sgt nak ronda ronda krna pada hari ke2 aje ada masa. hari ke 3 lepas sarapan dah kelamkabut gi airport balik.








Friday, April 11, 2008

mawar dalam kecelaruan

mawar mawar mawar

indah warna mu

harum bau mu

aku yang terasa kehilangan

resah gelisah datang menyapa

rinduku kini kian pudar

berserakan terbang dimaya pada

tanpa tujuan

kemana harus ku singgah

melepaskan rindu ini

jika kau terus begini

aku resah mengenangkan mu

aku sedih melihat penderitaan mu

ingin ku kongsi deritamu

tapi

jiwaku gelisah

hati ku tak keruan

apa harus ku lakukan

aku dalam kecelaruan.....

kete ku dah habis bayar

Inilah gambar kete kesayangan ku, dah sembilan tahun pakai dan hari ni dah habis bayar...ohhh leganya kerana tak payah nak beratur bayar kat AM bank lagi. Misi kete baru ku mungkin tahun 2010 kerana betul betul nak rehat byr hutang.
Ni gambar masa kat worksyop untuk tukar minyak hitam.
Nak jadikan citer... nak tergelak pun ade tgk anjing kat worksyop tu dipakaikan pampers. Saya dok tanya gan tauke tu kenapa dia pakaikan pampers kat anjing tu. So dia jwb anjing musim kawin dan untuk elakkan dia mengandung dipakaikan pampers. wuawuawuawuaaaa sian diakan.

Ini tgk lah husband dia dok kejar dia... tapi kerana tuan dia tak bagi dia beranak dia lari lah menyorok yorok...heheeee nasib badan.....

Tuesday, April 8, 2008

Peristiwa bulan mac



lama betul xbuat n3 baru bukan ape mawar sibuk sangat 2 minggu ni. Macam macam peristiwa berlaku mula mula kami kat opis dikejutkan dgn berita boss dapat tukar. Boss yang garang ni mohon bertukar setelah dibelasah oleh datin dalam mesyuarat pertama mereka. Sure dia malu dan terus buat surat tukar. So xdptlah tgk mereka bergaduh tarik tarik rambut nanti.

Ada yg gembira ada yang mengata. Seramai 35 org kakitangan kat bhgian ni bila buat kutipan nak beli hadiah dapt xspai RM60 giler betul. biasa nya dapt dalam rm120 ni yg buat mawar susah hati coz nak beli hadiah ape sikit sgt. nasib baik dapat duit kelab bahagian RM50 dan kelab unit RM30.bila campur dptlah beli hadiah yang cantik. So mawar pun gi lah kat gulaties beli baju yg berharga RM198 sepasang tapi lepas less60% jadi RM68.00 mawar beli 2pasang.

Bila bawa balik kat opis semua kata cantik dan kami pun pakat-pakat semua nya nak beli baju sama tapi warna biru untuk unit kami. Sekaran unit kami dah ada unifrm sendiri dan bila ada acara majlis kami akan pakai sama-sama. baju mawar belum sempat tempah lagi.

Kamipun buatlah jamuan perpisahan pada 25 Mac dan menu utamanya nasi tomoto kegemaran boss. (sori lah gambar jamuan blm transfer kat pc lg masih dlm HP)
27 mac pulak mawar gi langkawi balik 29 mac dan 30 mac gi sibu sarawak blk 6april. tu lah dia bercuti dan keje....hehehe myibuk juga mawar ni kan.

Sunday, March 23, 2008

Beijing part 3

emmmmm jemu juga nak citer pasal beijing ni coz dah 2minggu berlalu walaupun kenangan itu amat indah untuk di ingati. So hari pertama lepas makan gi Dataran Tian An Mei dan Kota Forbiden City seperti gambar diatas. Tempat ni satu kawasan nama berlainan aje.

Ini adalah gambar dalam Istana di kota Forbiden City sama mcm citer Cina yang kita tengok dalam TV aje.



Ini gambar Mao Tzee Tong Tak dapat tengok kubur dia sebab dalam proses membaik pulih sukan Olympic kata David pemandu pelancung tu keranda Mao dibuat dari kristal


Ini restoran tempat kami makan hari hari ada goreng telor dadar sebesar pinggan dan ayor telor yang kadang-kadang mcm direbus aje kadang kadang pekat telebih corn flour kot.



Hari kedua gi Summer palace dan imperial garden, melawat dan shalat di Masjid Niu Jie lepastu gi Muslim supermarket.



Hari ketiga gi kilang pearl. Ni gambar kepah yang mengandungi mutiara. Dlm seekor kepah terdapat lebih 20 butir mutiara. yang bintik bintik tu adalah mutiaranya. Kat sini saya dah terkene beli rantai mutiara yang diletak harga 900 yuen dan setalah ditawar dpt harga 600yuen sama dgn RM300 duit kita. Selain dari tu gi urut tapak kaki diladang herba, gi kilang kristal, kilang jade dan kilang sutera. Hampir RM1000 kopak huhuhuhuuuu.


Ni gambar di bandar Beijing (Ai D'Beijing - sape ada tgk citertu kat TV3)


Pemandangan diBeijing musim sejuk memang tak ceria. Suasana nya kelabu kerana bangunan bercat warna kelabu dengan pokok pokok yang tinggal ranting sahaja.


Semasa naik beca ternampak pulak adigan ni..heheeee


Dan ini adalah pertunjukkan semasa makan tengahari di restoran yang berhampiran dgn stadium olympic yang sedang dalam pembinaan. Tempat ni juga terdapat kedai barang kemas yang manager nya org cina penang.

Hari k4 kami gi Greatwall saya dan haslina berdua saja yang memanjatnya. Pintu masuk ke Greatwall terbahagi dua satu panjat yang tidak curam disebelah kanan dan disebelah kiri yang curam untuk didaki. Saya dan Has hanya mampu pergi kedua setesen aje tak larat kerana terlalu curam. Anak tangga nya ada yang tiga lapis batu bata. So kene langkah tinggi. lepas ambil gambar kami pun turun dan bila sampai dibawah David kata ibu pahlawan sudah sampai..heheee

Petang nya kami gi shopping masa yg dinanti nantikan. Sampai aje di rashea(tak ingat tapi bunyi camnilah ) market Saya , rohani dan noraini gi cari kedai HP dulu. noraini dah siap gambar HP yg dia nak beli.Tawar menawar bermula. Saya beli Hp yg ada TV brand NOKIA dgn harga RM500. kemudian beli handbag dan dinner bag yg kat sini harga hampir rm200 tetapi kat sana dpt harga RM35 aje. Duit pun hampir kering jengjenggg.

Malam tu bila sampai kat Hotel masing masing try hp baru. Rohani masa kemas kemas brg yg dibeli telah kecicran 4 buah hp dan sehelai jeket labuh bebulu yg baru dibeli. So kami pun kelangkabut. Rohani dah mula menanggis dan dan meracau racau. Telefon David dia kata Pak Supir takda dgn dia dah balik opis. Lepastu David cal lagi bagi tahu ada satu tas didalam van. Hati rasa lega tapi si rohani baring tak tentu arah. Masa nak tutup lampu saya tinjau rohani dan tgk mata dia terbuka tapi diam aje.

Pagi esoknya bila david sampai dia berikan satu plastik barang yang tertinggal. Kat sini kita tgk amanah juga org cina ni semua brg ade dalam plastik tu xde yang hilangpun.

Sebelum bertolak kat airport kami berpeluang shopping lagi tak ingat nama supermarket dia dan kat sini byk lah langsir dan alas meja cantik2. Saya menghabiskan baki wang yang ada dengan membeli 5 pasang kasut sukan Nike dgn harga RM17 @ 32 yuen dan mp4 RM55 so tinggal1yuen ditangan.

Bila sampai kat Airport saya ketawakan kak Midah. Saya kata kat dia berani betul kome ni kat cina kome ada rm50 hinggit aje....heheee semua ketawa.

Ingat masa balik kami naik MAS tetapi naik aircina lagi. Apepun balik ajelah kul 4.30ptg naik kapal terbang hari terang lagi. Saya duduk kat tepi tingkap dan nampaklah pemandangan dibawah. Boeing 757 ini terbang rendah aje so blh nampak bandar dan hutan bila malam pula boleh nampak lampu lampu mcm pokok krismas. Sampai KLIA kul 1.00pagi. hp saya kene block takleh nak buat call. pinjam hp rohani tapi malang takde sape blh ambik saya kat KLIA. So tumpang diaorg sampai nilai tidur kat hotel. Kul 3ptg checkout naik teksi balik umah...heheee

sambung cuti dua hari coz penat sangat.

So tulah ceritanya diBeijing...ohhhhhhhhhhhhhh jemu pulak saya rasa nak cerita...heheee apepun dalam masa 5 hari saya dah habis rm5k. wuawuawua... Insyaallah pada 27 -29/3/2008 saya kan ke Langkawi naik Airasia tambang freee seramai 4org. dah booking motel kat Pantai Cenang....