Ini adalah gambar dalam Istana di kota Forbiden City sama mcm citer Cina yang kita tengok dalam TV aje.
Ini gambar Mao Tzee Tong Tak dapat tengok kubur dia sebab dalam proses membaik pulih sukan Olympic kata David pemandu pelancung tu keranda Mao dibuat dari kristal
Ini gambar Mao Tzee Tong Tak dapat tengok kubur dia sebab dalam proses membaik pulih sukan Olympic kata David pemandu pelancung tu keranda Mao dibuat dari kristal
Ini restoran tempat kami makan hari hari ada goreng telor dadar sebesar pinggan dan ayor telor yang kadang-kadang mcm direbus aje kadang kadang pekat telebih corn flour kot.
Hari kedua gi Summer palace dan imperial garden, melawat dan shalat di Masjid Niu Jie lepastu gi Muslim supermarket.
Hari kedua gi Summer palace dan imperial garden, melawat dan shalat di Masjid Niu Jie lepastu gi Muslim supermarket.
Hari ketiga gi kilang pearl. Ni gambar kepah yang mengandungi mutiara. Dlm seekor kepah terdapat lebih 20 butir mutiara. yang bintik bintik tu adalah mutiaranya. Kat sini saya dah terkene beli rantai mutiara yang diletak harga 900 yuen dan setalah ditawar dpt harga 600yuen sama dgn RM300 duit kita. Selain dari tu gi urut tapak kaki diladang herba, gi kilang kristal, kilang jade dan kilang sutera. Hampir RM1000 kopak huhuhuhuuuu.
Ni gambar di bandar Beijing (Ai D'Beijing - sape ada tgk citertu kat TV3)
Pemandangan diBeijing musim sejuk memang tak ceria. Suasana nya kelabu kerana bangunan bercat warna kelabu dengan pokok pokok yang tinggal ranting sahaja.
Semasa naik beca ternampak pulak adigan ni..heheeee
Dan ini adalah pertunjukkan semasa makan tengahari di restoran yang berhampiran dgn stadium olympic yang sedang dalam pembinaan. Tempat ni juga terdapat kedai barang kemas yang manager nya org cina penang.
Hari k4 kami gi Greatwall saya dan haslina berdua saja yang memanjatnya. Pintu masuk ke Greatwall terbahagi dua satu panjat yang tidak curam disebelah kanan dan disebelah kiri yang curam untuk didaki. Saya dan Has hanya mampu pergi kedua setesen aje tak larat kerana terlalu curam. Anak tangga nya ada yang tiga lapis batu bata. So kene langkah tinggi. lepas ambil gambar kami pun turun dan bila sampai dibawah David kata ibu pahlawan sudah sampai..heheee
Petang nya kami gi shopping masa yg dinanti nantikan. Sampai aje di rashea(tak ingat tapi bunyi camnilah ) market Saya , rohani dan noraini gi cari kedai HP dulu. noraini dah siap gambar HP yg dia nak beli.Tawar menawar bermula. Saya beli Hp yg ada TV brand NOKIA dgn harga RM500. kemudian beli handbag dan dinner bag yg kat sini harga hampir rm200 tetapi kat sana dpt harga RM35 aje. Duit pun hampir kering jengjenggg.
Malam tu bila sampai kat Hotel masing masing try hp baru. Rohani masa kemas kemas brg yg dibeli telah kecicran 4 buah hp dan sehelai jeket labuh bebulu yg baru dibeli. So kami pun kelangkabut. Rohani dah mula menanggis dan dan meracau racau. Telefon David dia kata Pak Supir takda dgn dia dah balik opis. Lepastu David cal lagi bagi tahu ada satu tas didalam van. Hati rasa lega tapi si rohani baring tak tentu arah. Masa nak tutup lampu saya tinjau rohani dan tgk mata dia terbuka tapi diam aje.
Pagi esoknya bila david sampai dia berikan satu plastik barang yang tertinggal. Kat sini kita tgk amanah juga org cina ni semua brg ade dalam plastik tu xde yang hilangpun.
Sebelum bertolak kat airport kami berpeluang shopping lagi tak ingat nama supermarket dia dan kat sini byk lah langsir dan alas meja cantik2. Saya menghabiskan baki wang yang ada dengan membeli 5 pasang kasut sukan Nike dgn harga RM17 @ 32 yuen dan mp4 RM55 so tinggal1yuen ditangan.
Bila sampai kat Airport saya ketawakan kak Midah. Saya kata kat dia berani betul kome ni kat cina kome ada rm50 hinggit aje....heheee semua ketawa.
Ingat masa balik kami naik MAS tetapi naik aircina lagi. Apepun balik ajelah kul 4.30ptg naik kapal terbang hari terang lagi. Saya duduk kat tepi tingkap dan nampaklah pemandangan dibawah. Boeing 757 ini terbang rendah aje so blh nampak bandar dan hutan bila malam pula boleh nampak lampu lampu mcm pokok krismas. Sampai KLIA kul 1.00pagi. hp saya kene block takleh nak buat call. pinjam hp rohani tapi malang takde sape blh ambik saya kat KLIA. So tumpang diaorg sampai nilai tidur kat hotel. Kul 3ptg checkout naik teksi balik umah...heheee
sambung cuti dua hari coz penat sangat.
So tulah ceritanya diBeijing...ohhhhhhhhhhhhhh jemu pulak saya rasa nak cerita...heheee apepun dalam masa 5 hari saya dah habis rm5k. wuawuawua... Insyaallah pada 27 -29/3/2008 saya kan ke Langkawi naik Airasia tambang freee seramai 4org. dah booking motel kat Pantai Cenang....
No comments:
Post a Comment