missing u

missing u

Sunday, March 9, 2008

Akhirnya sampai juga ke Beijing - 1



gambar saya mendaki great wall

Salam...walaupun bahang pilihanraya begitu hangat dan penuh dengan kejutan namun blog ku tetap sunyi dan sepi seperti tuannya. Baru lepas dengar lagu negara ku setelah Paklah mengangkat sumpah entah mengapa airmataku tiba-tiba mengalir...

pada malam 26 Febuari 2008 kul 10.30mlm aku dah sampai di Klia seperti yg diberitahu oleh Pn Su dari Travel Agent. Hati masih berkata-kata betul ke ni...atau aku dan kawan kawan akn tertipu....Pn Su kata tunggu diaras 5 so kami pun tercari cari maner aras 5 selepas meletak beg di Lobi KLIA setelah keluar dari kereta. Sambil mencari jln kearas 5 kami semua ketawa terbahak-bahak dan ckp begonggnya kita, Lobi berlepas ni lah aras 5 setelah nampak tandanya. So saya pun call lah puan su rupa rupanya dia duduk dibelakang kami aje. Ni lah rupanya jika kita berurusan dgn hp aje tanpa berjumpa orgnya. Nasihat saya jgn serahkan duit kita pada org yg kita tak nampak batang hidungnya cukup bahaya. Tapi nasib kami baik kerana apa yg kami takuti telah dpt diselesaikan.

Hampir Jam 11.30 mlm kami check in kat Air China rupa-rupanya kami naik air china aje. Kumpulan kami begitu kecil 5 org perempuan aje tanpa seorg lelaki pun. Wow hati begitu takut sekali saya bertiga gan kawan saya dan org Pn Su 2org dari Ipoh. Apapun semua telah di arrange so ikut ajelah. Pn su tak ikut pun. Mak aiiii ape ape terjadi mati kami.

Kapal terbang bertolak jam 0050am dan majoriti penumpangnya kaum china. rasanya org melayu xsampai 10 org aje. Naik dlm kapal terbang boieng 757 kami duduk sederet dan disebelah sayap kapal terbang. Dah mlmkan so nampak lampu aje. selepas selamat terbang dan keadaan dah steady sya pun terus terlelap mengantuk sgt. Bila buka mata tgk kwn-kwn sedang menikmati jamuan makn katanya nasi goreng tapi bagi saya makan tengah malam memang tak perlu saya teruskan tidur sehingga dikejutkan yg kapal terbang akan mendarat jam 6.30pg.

Fajarpun dah menyingsing semasa mendarat. Cuaca memang sejuk sekali. Selepasturun dari kapal terbang kami mengambil beg dan tunggu disitu mencari wakil dari travel yg menjemput kami. Saya ckp bukan tunggu disini tapi diluar tapi mangkuk ayun dari Ipoh ni degil tak mahu percaya asyik dok cal aje. so setelah hampir lebih 1/2jam saya ckp kita keluar mesti dia tunggu kat luar sbb biasanya mcmtu. barulah dia nak ikut ckp saya. Saya tarik beg cepat cepat dan keluar barulah kami nampak wakil agent pegang kertas nama agent kami. So saya pun terus dptnya mamat cina tu tapi syg dia tak pandai ckp bahasa inggeris. Bila semua dah berkumpul mamat ni introduce nama dia David dgn mengunakan bahasa Indonesia. Kami pun ketawa lah apabila dia ckp ibu ibu mari kita naik mobilnya diluar.hehehe

Tungggu nanti saya sambung lagi...

No comments: