Dah dua hari exam tension dah hilang. Paper 1 ok sesangat memang blh lulus tapi paper 2 kantoi nampaknya.. ape pun hari pertama exam masuk lambat kuar cepat hehee. lepas exam duduk kejap bila masa dah tamat ramai yg keluar saya memng tunggu dia org. Ape lagi terjerit-jerit dan cium arab bila nampak kawan-kawan yang sama-sama gi kursus kat INTAN kemaman. So jumpa Jawa (nama glomor) dari penjara pokok sena suria dari melaka Kak pah dari istana negara Mek dari kelantan dari johor tak ingat nama dan beberapa org lagi. Lepas borak-borak dapat soalan pekse lama so gelabah mak aiii susah nya soalan tu habis lah...
Time nak balik ajak dio org meronda tapi tak de sape nak gi dia org kata nak study.. geram betui. Dia org kata esok lah.
Esok nya dtg on time tapi bila buka kertas soalan ada 8 jawab 5 nampak senang cuma terlalu banyak fokus subject yg dah baca byk jwb tak lengkap lah nak buek cam ner kan. Patut masa tamat jam 12.30 tapi saya kuar kul 11.30 teror lah tu kan. duduklah kat luar tunggu yg lain. sorang sorang dah kuar apalagi kutuk kutuk lah dio org knpa lama sgt buat karangan. Saya jawab guna point senang malas nak cerita lebihlebih sbb tak pandai nak kelentong.
Lepas tu bincang sape nak ikut merayau lagi ahgin aje saya semua ada hal maklumlah dah gaji yang nak ikut cuma jawa aje. So sampai bawah hujan pulak pinjam payung gi kat kete lpas tu terus gi South City Plaza belanja dia makan Chicken chop gan nasi goreng kat Kopitiam sedap juga harga pun murah cuma rm6.90 selepas membedal kami pusingpusing shopping kat kedai kasut, parkson giant dll. Jawa beli sandle sama gan saya bila nak byr dia belanja hehee ape lagi dpt free pulak.
Bila dah beli macammacam hantar jawa balik hotel saya lak gi umah abg ngah hantar duitpada kakak ipar untuk buat kenduri arwah kat surau taman dia hari khamis mlm jumaat depan. Lepastu gi umah kakak lg satu bawa kakak ipar sbb makmetua dia dtg. Bila dah jumpa seronok lah cium arab lg.
Penat juga satu hari merayau-rayau balik maghrib malas nak masak gi pasar malam beli ayam percik dan pecal dah kenyang ape lagi tiduq lah.. tapi sblm tu antar msg pada emmm dia tak balas sodih nya...sedar-sedar dah subuh..