Lebih seminggu derita sakit gigi,sakitnya memang sangat sakit derita sesungguhnya berdenyutdenyut walaupun dah mkn ubat tahan sakit dan antibiotik. Sampai satu masa takleh nak tidur dari kul 12mlm hingga kesubuh. Mcm2 cara dilakukan kumor-kumor gan listerine pun tak jd akhirnya ambil towel gigit kuat-kuat baru blh tahan sikit aje. Problemnya skrg gigi sbelah kanan yg hanya blh digunakan untuk mkn buat masa ini dah mula nak sakit pulak. geraham kiri yg sakit dan ditampal pula hampir blh digunakan tp sakit juga bila nak kunyah buah so nak gunakan pun kene hatihati. Entahlah rasanya biar demam lg blh tahan dari sakit gigi.
Teringat lah pulak masa sakit gigi tak leh tidur hari selasa mlm sy msg yg tersayang bg tau gigi sakit sgt. tp sbelum tu dah bg tau dia hari khamis baru nak gi klinik. Sedih sesangat yg tersayang jwb 'tunggu aje hari khamis gi klinik'. Sebenarnya bukan tak nak gi hari rabu tapi hari khamis ptg pun nak gi hospital temujanji nak buat scan so ingat blh buat sekali. Apapun hari rabu jugak gi klinik gigi. so 2hari berturut-turut jumpa doc.
bagaimana pun penderitaan sakit gigi dah berakhir cuma kesan makan ubat tahan sakit aje yg buat sy kadangkadang asyik nak lelap aje. entahlah dari hari ni sy akan selalu jumpa doc gigi tak nak tunggu sakit baru jumpa.
Pengelaman ni akan dikenang sampai bila-bila heheeee dah blh gelak dah dah tak sakit.
Friday, August 17, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment