Hari ni sampai je opis, kat tray dah ada surat warna biru ingatkan surat kene transfer tapi surat gi kursus Pengurusan Kewangan kat PD World Marina Resort mulai 27 -28Ogos . Dalam hati berkata-kata jugak bos lepas ke tidak ni. So lepas mesyuarat anual dinner tunjuk gan bos surat tu emmmmm pergilah dia kata. keluar bilik tersenyum senyumlah bestnya dpt pegi.
Tapi syg kursus ni dibuat selepas exam kalau sebelum tentu banyak info untuk jawab soalan. Apepun semua info berguna jugak untuk exam next year terutama tajuk Pengurusan Aset Alih kerajaan coz semua borang dah tukar baru. Sebenarnya kalau difikirkan exam yg diambil ni memang tak adil soalan yg keluar semua bukan keje seharian kita tapi kita kene tahu semua prosedur lain jabatan lain tugasnya. Tu lah yg geram tu contohnya mcm buku vot (bajet) skrg dah guna komputer tp soalan keluar guna buku vot manual suruh kita tulis kan bodoh tu entahlahhh. masa kursus nanti nak buat bantahan gan pensyarah.
So kursus ni walau pun program dia sampai mlm biasanya lepas asar tu masa time relax, masatulah seronok dapat beremdam dalam swimmingpool tapi geng yg suke berendam takde coz sambung belajar kat UKM ni semua yg hadir tak kenal sgt. Kalau tepi laut nak cuba naik jetski masa kursus kat pangkor bulan januari hari tu dah try dah best betul. harap harap dapat cuba lagi... hheheeee
No comments:
Post a Comment