missing u

missing u

Monday, January 28, 2008

ROSSNA EVENT

Rossna Event( ada website tu) itulah nama travel agent yang sepatutnya membawa saya dan rakan-rakan keBeijing. Pengurus dia Puan Su yang saya rasa mcm tak ambil pot kat kami. Semasa dia kat HongKong dia antar msg trip pospone pada 30Jan bila balik sini antar msg lagi kata xjadi pulak. Lepas bermsg msg ala ala bertekak dia kata sdg usaha gan agent lain bawak kami dgn syarat kami kena bayar tambahan. Lepastu msg lagi xdpt jadi pulak.
Sehingga pagi tadi tiada berita pun dari dia so kami ambil keputusan antar msg lagi minta pulangkan duit kami. Puan Su pun jwb lah
Salam, refund blh tp processnya antara 3week 1month. Harap paham sebnya pihak sy dh byr pd airline dan agent china tambahan pula visa juga dah siap

itulah jwpan dia, so i pun antar msg lagi kat dia sampai sekarang dia tak jwb

kami dah hilang mood nak pegi, malu lg satu opis dah tahu tp xjdpegi ni nanti janji2 26 feb xjd lagi pastu musim sejuk pun dah xda pulak. senyap aje xbg apa2 info mcm kami xujud

Puan Su xjwb pun tapi saya terfikir pulak kasar sgt ke msg saya tu?
sebenarnya saya dan kwn2 takut tertipu mcm yg selalu kita baca kat paper terkandas gi umrah agent menghilangkan diri. Tapi saya memang malu kat opis ni semua tanya dah balik ke? maner ole ole nya. Ya lah kelulusan nak gi luar negeri Datin dah sign cuti bos dah lulus kan haru biru tu. Kalau u all kat tempat saya cammaner rasa mesti geramkan. Semoga Allah beri saya kesabaran dan saya berdoa ada hikmah disebalik semua ini.

Thursday, January 24, 2008

Wednesday, January 23, 2008

Mesti kah ku bersedih?

entahlahhhh bila terima msg aje airmata dah melelehhhh.. Sampai hati puan Su dari Travel agen main-mainkan aku dan kawan-kawan. Dia msg trip ke Beijing pospone lagi so xjd pulak 30hb ini coz group xcukup orang. Dalam linangan air mata ni aku betul betul tetekan mcm maner nak explain gan kwn yg join sekali tu. mereka dah marah marah sedangkan trip ni aku yg mulakan dulu gan kwn lama aku yg keje sebagai pegawai undang2 kat perak. Dia kata agen ni bagus dia dah penah ikut. Sekarang group aku tinggal 4org aje..walaupun di beijing cuacanya -2 ...kami memang dah sedia nak rasa kesejukkan nya. alih alih jadi macam ni. patutnya sekarang ni aku dlm flight dahh sedang menikmati keindahan awan ciptaan Allah.. tapi aku masih bersyukur kerana setiap kejadian ada hikmahnya. macam kata teman tersayang kalau group yg pergi tu kene stroke kat beijing camner lagi susah ni dia kene sebelum u pegi kan selamat. betul juga kata kawan ku itu kan....sekarang ni aku sedang menunggu dan menunggu samada cerita Pn Su betul group yg patut pegi tu seorang kene stroke.. so tunggu ajelahhhh

Sekuntum mawar merah - hattan

Ini dia lagu Hattan tu...KS
Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi menusuk di hati
Haruskah ku ulangi
Kemesraanmu dan cintaku
Berlagu dalam irama nan syahdu
Tapi mengapa hanya sementara
Api yang menyala padam tiba-tiba
Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi menusuk di hati
Haruskah ku ulangi
Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar merah berduri
Menusuk di hati
Haruskah ku ulangi
Apakah dosaku dan apakah salahku
Sering gagal dalam bercinta
Mengapa cinta hanya sementara
Cinta yang menyala padam tiba-tiba
Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi menusuk di hati
Haruskah ku ulangi

Tuesday, January 22, 2008

dapat berita sedih...


Haiiiiiiiiii entahlah cukup cukup sedih bila puan Su dari travel agen hantar msg tulis trip ke Beijing pospone dan tarikh baru 30hb hingga 4 feb. Semua barang dah siap dgn kot labuh,sarung tangan, kasut but kwn yg baru balik dari gerneva bagi pinjam. Maklumlah di China skrg musim sejuk. So termenung fikirkan adakah aku telah ditipu oleh agen atau sememangnya trip ni akan menjadi kenyataan. Semua bayaran telah dilunaskan, pasport antarabangsa telah diserahkan cuma menanti kompom nak pegi aje...risau nya..pada siapa nak mengadu ya..dalam hati hanya Allah yg tahu..td puan Su msg dia dlm perjalanan blk dari HongKong dan mlm nanti dia call. Apapun semua msg dia dlam HP masih ada sebagai bukti sekiranya diriku ditipu..
Semoga hasrat untuk menjejakkan kaki ke Negeri China akan menjadi kenyataan..Insyaallah

Wednesday, January 16, 2008

orkid putih lambang cinta yang suci


Selagi angin berhembus
selagi itulah akan ku bisik
kerinduan ini
kasih sayang dan cinta itu bukannya datang dari
pertemuan atau perpisahan atau sekadar ucapan manis dibibir,
tapi ia tertumpah daripada seorang kepada seorang dalam doanya

Tuesday, January 15, 2008

geram xleh upload

salam.............. geramnya nak upload pun xleh, shoutbox SEMBANG SEMBANG pun XLEH BUKA nasib baik usik usik boleh baca kalau tak mesti lagi geram dan sedih. Nak kacau sis misty pun xleh apalagi sis kasih yg terus tutup blog kenapa lah agaknya ya...

Sesungguhnya KS aje yg sudi singgah kalau tak sunyi sepi aje...pada teman teman yg sudi singgah tu jemput jemput lah tinggalkan jejak ye...salam mesra dari ku mawar

Sunday, January 13, 2008

thinking of u

gambar ini membuatkan mawar teringat kepada sesaorang

mawar doakan semoga dikau sihat sejahtera dan redha atas ape yg Allah berikan sesungguhnya ujian Allah kerana kasihnya kepada kita





~~**~~Kesedihan tidak boleh mengembalikan sesuatu yang telah hilang...
Ketakutan tidak baik untuk masa depan....Kekuatiran tidak akan mewujudkan kejayaan.... .
Akan tetapi jiwa yang tenang dan hati yang redha adalah 2 sayap untuk terbang menuju kebahagiaan ~~**~~

aku masih rindu
usikkan
gurauan mu
dalam diam
kau tetap hadir
disudut memori hati
tak kan padam
walau tiada sapaan
datang bertamu
Andai kumiliki semalam Dan bisa aku ubah menjadi esokTakkan kuubah apapun Kerna aku tahu engkau tetap indahTanpa sempadan masa Aku bahagia seadanya

Thursday, January 10, 2008

Msg Maal Hijrah 1429 dari kawan kawan


Sejambak mawar
dari teman tersayang
memberi pelbagai ingatan
menempuh tahun baru
sejambak mawar yg mekar
ku puja harum mu
sabagai panduan
bagi meneruskan perjalanan ku
yang penuh warna warni...

Msg dari masry
Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa2 kami, redhai & perkenankan amal bakti kami, peliharalah kami dlm tahun baru ini drp tipu daya syaitan, runtutan nafsu amarah & jinakanlah hati kami sedia ingin membuat kebajikan yang boleh mendampingkan kami kepada Mu & berkatilah sisa kehidupan kami dengan rezeki & kesihatan yang baik. Amin. Salam Maal Hijrah.
Msg dari zul

12
' '
9 .... ! .... 3
' '
6

Time & year will always fly but Allah's Love & Blessing will never end. Selamat Maal Hijrah 1429


msg dari Dr rusli
Selamat tahun baru maal hijrah 1429.... ehemmm your black lover miss u hehehee

( bab mengusik doc ni memang mengeramkan maksud dia student afrika dia lah tu...bencinya..)


msg jawa pokok sena
Wishing u 12 months of happiness 52 weeks og fun 365days of laughter, 8760hrs of GOOD LUCK 525600min if JOY 3153600sec of success. Salam Maal Hijrah 1429

Jawa ni nama dia jauhariah tapi suke di panggil jawa aje...


msg dri nazrea

'... Jika HATI sejernih AIR jgn biar ia keruh jika HATI seputih AWAN jgn biar ia mendung Jika Hati seindah BULAN hiasi ia dengan IMAN. Salam Maal Hijrah 1429

syahdunya...wuawuawua...Bulan dan Pungguk telah lama menyepi...

msg dari my only sister zana
Bersamalah kita memantapkan iltizam untuk menjadi yg lebih baik dari tahun sebelumnya. Selamat Menyambut Tahun Baru 1429H - Dari Mohd Khir Toyo

(tahu lah kak awak geng MB - apepun tima kasih dah dpt RM80 join pilihanraya percubaan jadi driver pengundi heheee)


msg dri Zuraida

Salam Maal Hijrah 1429 semoga tercapai apa yg dihajati (saya nak turunkan berat badan) hahaha tolonggg

msg dari kak N

Tanya pada diri dimanakah kita, depan syurga atau neraka, usia meningkat dosakah pahala. Selagi bernafas tingkatkan usaha mencari redha Nya..salam Maal Hijrah 1429

msg dari Hashim (ALK KOSWIP)

sELAMAT mENYAMBUT hARI mAAL hIJRAH sEMOGA LEBIH kEBAIKAN dIHARI mENDATANG . iNSYAALLAH..



teman ku
disini kita sama sama
mewarnai kehidupan kita
menempuh ranjau
hanya DIA yg menentukan
yang penuh dugaan
atau
yang paling memudahkan.
aku hanya bisa tersenyum
membuang derita dulu
berazam untuk terus tersenyum

kerna

diri ku tetap milik MU

Tuesday, January 8, 2008

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1429


SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 14 29
Semoga Allah memberi kita kesihatan, dimurahkan rezeki
dan
ditingkatkan iman kita, Insya Allah.

AMIN.

Thursday, January 3, 2008

Selamat menyambut tahun baru 2008


Selamat menyambut tahun baru mungkin agak terlambat sikit tapi tahun baru telah menjelma juga. antara msg dari kawan kawan

msg 1 dr nazre:
every sunset gives us 1 day leser to live, but every sunrise gives us 1 day more to hope, So always hope for the best, have a wonderful year 2008

msg 2 dri dr rusli
Happy 2008, let me be 1st to light up the spark for u to brighten your year 2008 and be the 1st to wish u Happy New Year
msg 3 dri Ruzi

Beautiful lives do not just happen, they are built daily in prayer, humility, love & sacrifice. happiness will be yours today, tomorrow n forever, happy new year 2008

msg 4 dri ayei

if live is a games, i wish u will always win, if life is a journey, i wish u will walk on roses, if live is rainbow, i wish u will always have the brightest days, if live is joy, i wish u always smile. May every day bring u happiness & peace in u'r heart. Happy New Year

msg 5 dri hasfazila

May the 2008 brings to you peace, love, health & happiness. Have a Prosperous 2008.

Happy New Year.
msg 6 dri uji HKL

The happiest people don't have the best of everything, they just make the best of everything, live simply, love generously & care deeply. smile n have a very wonderful year ahead cheers - Happy New Year

msg 7 dri Zu

Selamat 2008 harapan saya semoga persahabatan kita kekal selamanya dan berjaya dalam segala kerjaya yg diceburi. Dikau selalu dihatiku. wowhahaaa


dan byk lagi msg dri kwn yg xdpt nak dituliskan disini. Apepun pada mereka yang mengigati diriku terima kasih semoga ukhwah kita tetap berterusan. Tahun ni saya telah berazam untuk meneruskan kehidupan ini dgn penuh ceria. Kepada sis kasih terima kasih krna hantar email saya berkerja di bahagian kewangan dan hari hari kira wang yg tiada ditangan heheee.

Walupun gembira cbox sembang sembang sya kene block saya tak leh nak baca so sekiranya ada ape ape hrp tulis di colum usik usik aje ok.

Selain dari itu Insyaallah pada 24 - 28 Januari ni saya akan melancung ke Beijing. harap doakan keselamatan saya. Selamat tahun baru semua..salam

Sepanjang bulan Disember 2007 (4)

Apalagi lah kat opisni. dah penat penat 29 Dis 2007 buat sukan untuk bahagian pulak kat INFRA . Dari 10 unit dikecilkan jadi 4 kumpulan. Saya main badminton double walaupun menang tapi kerana kumpulan kalah so kalahlah jawabnya. kumpulan saya dapat tempat ke4 yg corot lah tu. Tapi semua kumpulan dapat hadiah. Games nya bola tampar, masuk bola golf dlm lobang (first time pegang kayu golf hehee), dan pingpong. Ingatkan dptlah hadiah bowling rupanya xde hampes betul...

Sepanjang bulan Disember 2007 (3)



Malam xmas mcm biasa Dr rusli belanja makan kat Hotel Concorde lg. kali ni kami gi enam org dua org student dari afrika dan Iran. Sekarang dinner kat Concorde dah naik harga Rm86.00 seorang. Walau mcmanerpun memang sedap kali ni. udang harimau besar dan byk. Ada aym turkey panggang tapi tak ambik coz takut xsembelih..hehee seperti biasa seafood adalah kegemaran saya so rasa nya makan udang lebih sepuluh ekor yg berlainan jenis menu.


Ini gambar dekat sepanjang jln kat RUM belakang Concorde


ini pulak dalam bangunan KLCC masa ni saya dlm lif nak turun

Ni lah aksi menarik dari Dr Rusli gan student dia dari Iran nama dia Sirna Moghaddam saya ckp muka dia mcm presiden iran Ahmed Najed Bangga betul dia. Gambar gan student Afrika xambik coz mesti tak nampak gelab sgt. Bukan ape geram gak masa penyanyi sdg menyanyi lagu kekasih gelapku dr Rusli padankan saya gan mat negro tu..tulah geram tu. Tapi mlm ni Dr Rusli balik cpt takut jem so xdelah lepak kat labi or hard rock lega....

sepanjang bulan Disember 2007 (2)

Pada hujung minggu sibuk dengan perkhawinan saudara, satff dan jiran
Ini gambar persandingan anis jiran sebelah rumah dengan orang tawau cantik pelamin nya berbentuk buaian
Ini pula gambar perkhawinan amoi staff kat opis majlis diadakan di seremban rumah pengantin lelaki. Si amoi ni sibuk nak hadiah vacuam penatlah cari brand yg dia hendak akhirnya dpt jugak Kami gi seremban satu bas seminggu sebelum tu majlis diadakan dirumah pakcik Amoi di tenom Sabah. Tapi kami tak pegi pun


Ini majlis yg di adakan kat dewan depan one utama belakang TM net - Majlis perkhawinan Angah anak Dato' Baharom Nujadah yang berkonsepkan raja mendeleng dan pengacara majlisnya Ahmad Tamimi Saregar. gambar diambil semasa pengantin menari selepas upacara 'buapak' agaknya lah coz tak faham ape bahasa yg digunakan lorat indonesia. Selepas pengantin menari dia org makan tapi tak tunggu pun coz nak balik dah..
ada satu lagi majlis masih dlm hp xsempat nak save so xyah malas pulak rasanya.

Sepanjang bulan Disember 2007 ( 1 )

Tarikh yg tak dapat nak dilupakan 5 Disember 2007 Annual Dinner yang sgt seronok dan sgt memenatkan. Dinner yg dihadiri oleh PM kita Pak Lah dan isteri. saya selain dari menjadi Ajk Kewangan pada mlm itu menjadi penyambut tetamu untuk VVIP dan Vip untuk disambut dan dihantar ke meja depan yg telah dikhaskan.

gambar anuar zain ptg semasa rehearsal punyalah susah dia xmau ambil gambar seblm rehearsal - tak sangka cerewet juga kami byr dia RM12,000 untuk tiga lagu.

Gambar Datin Jean semasa ketibaan memang xsempat nak snap gambar paklah kerana terlalu ramai dan cepat pergerakkan nya. Ini kali kedua jumpa Datin Jean secara live dan bersalaman.

Persembahan Annuar zain pada malam nya. woooowwwwwwwww terpegun dgn lagu lelaki ini
best sungguh. Oleh kerana saya blh bergerak sesuka hati pada mlm itu so saya dpt snap gambar dia dibelakang meja VVIP dgn hp aje.
Habis Dinner kul 11.30mlm aduh..penat kaki dah takleh nak pijak coz guna kasut tumit. So jln aje atas carpet sambil jinjing kasut ke parking kereta.
Pada 18 Disember pulak nak buat majlis perpisahan untuk TKP yg bertukar ke MQA dan bebrapa org pegawai akan akan berkhidmat di rusia NZ dan USA. tapi majlis yg pada mula simple dah jadi grand. Sekali lagi saya dan geng kene sediakan hadiah untuk mlm itu. Hadiahnya 6 buah untuk persembahan terbaik, kpp sporting, kpp tegas, pegawai popular dll. Gi Tesco nak cari hamper tapi xde yg berharga RM 400, 350 dan 300 apa lg bos buat giler dia beli makanan ikut suke hati dia berjumlah RM 1,600 minta saya buat hamper. gilos betul nasib baik masa dulu penah keje supermarket semasa tuggu keputusan SPM pengelaman itu dpt membolehkan saya buat hamper yg sebesar pemeluk sebanyak 3 buah dan kene angkat dua org, yg lain kecik sikit dua hari saya mengerjakan dari hari jumaat dan seharian sabtu.
Yang seronoknya setiap unit kene buat persembahan dan ini unit saya nyanyi lagu Ella dapt tempat ke 4 dari 6 kumpulan. So xdptlah hamper besar dapt yg kecik aje harga RM200. jadilah..
yang seronok nya ada KPP yg buat persembahan dan nyanyi karoke. boleh tahan suara mereka....