missing u

missing u

Tuesday, February 19, 2008

salam & good morning

salammmmmm n good morning..malasnya minggu ni .. nak berdepan gan boss dan datin ni. nak update blog pun xde mood.
Exam alhamdulilillah memang boleh jawab. rasa rasanya boleh dpt aras 3 atau 4. dan tak sabar nak tunggu result dan keluar dari bahagian ni. Amin. ... pagi ni boss ckp dia pun nak keluar dari bahagian ni. tu dia dah nampak penagan datin ni. semua xkene gan pegawai yg sedia ade. memang camtu bila org lama dah kuar maka datin akan masukkan org2 dia. coz selama hari ni dia org dengar pegawai dok selalu gi luar negeri. Bahagian lain xda peluang. biasalah...
dan diriku? dijanjikan oleh Pn Su travel agent akan bertolak ke Beijing pada 26hb ni. tapi tulah tak berani nak percaya takut takut pospone lagi... lagipun mood dah tengelam dek salji yg meninpa di China. malas daaaa nak fikir ni... berserah ajelah...

Tuesday, February 12, 2008

Esok dan lusa exam...

wuawuawuawuaaaaa dah penat baca buku tapi mcm tahun lepas jugak byk dibaca tambah byk tak ingat. leceh betul lah bab bab kewangan ni byk sgt akta akta nak hafal buku arahan perbendaharaan tu sampai dah renyuk bila exam terus jadi teman pembaringan tapi akhirnya jadi teman lelap aje.. apelah aku ni takleh pakai betul..tgk aje mata nak lelap. Esok dan lusa memang dpt cuti tanpa rekod so jumaat baru masuk keje. Esok PPU kat bahagian akan berkursus selama 6 bulan dan seorg lagi pegawai dpt naik pangkat. akauntan dah cabut penganti belum dtg lagi. Bos aku dah mula jdi sasaran datin.. mcm2 dia kene. Mlm td dia cal aku pasal datin kutuk dia depan staff dia ckp nak minta tukar. Sekarang aku rasa baru dia tahu betapa pedihnya hati bila kene jerit dan kutuk. Harap harap lepas ni dia akan sedar kerana dia ada perasaan kami pun ada perasaan. Sekarang dia sedang menerima pembalasan nya. Apepun bila dia kene gan Datin aku rasa kesian pulak..tapi dah nasib dia sape lah kita nak tlg...semoga Allah beri dia kekuatan dan kesabarn...insyaallah.

Sunday, February 10, 2008

surprise tapi xmenjadi hehee


*Assallamualaikum....3x
#Waalaikumussallam... indah..indah ada orang kat luar
*hati berasa kembang dan berdebar mendengar suara garau insan yg hanya dikenali di alam siber (dlm hati berkata wau sedapnya suara dia hehee)
#indah... indah... indah..... indahhhhhhh tengok sape kat luar... (senyap..)
#takde orang lahhhh
* kaki saya berundur dan melangkah kebelakang hati berasa hampa
(makcik saya masih ditepi pagar setia menunggu)
# indah...indah....indah....
(keluar seorang gadis comel berumur dlm lingkungan 8 - 10 tahun ~ comel sungguh
' indah' namanya )
* saya hanya memerhati dari jauh dan sigadis comel tidak memandang kepada saya
(makcik saya menghulurkan beg kertas kepada indah dan berkata tlg beri pada ayah yeee...)
Dengan langkah longlai kami pun kembali ke kereta meneruskan perjalanan....
(hatiku hampa tidak dpt bertentang mata tetapi lega kerana dapat menyampaikan hajat yang tersirat...
Doaku semoga Allah memberi kekuatan kepadamu KS untuk meneruskan hidup ini
(hati ku berkata akan tumpahkah airmata ini padabila terpandang suratan mu...
Allah lebih berkuasa dan kita tidak ditemukan...)
^^^^ Makcik ku..tulah konon nak buat surprise langsung xdpt tengok padan muka..^^^

Monday, February 4, 2008

hati ku hati mu

dulu kita berdua
samasama mencurah rasa
berbicara tentang hati yang terluka
lalu terjalin rasa
ingin bersama
kini kita berdua
menyepi bagaikan tiada rasa
bukan menjauh kasih
tapi berjauh hati

rajuk ku rajuk mu
kita menyepi
tanpa kata tanpa bicara
meminggir diri memendam rasa

tahu kah kamu
hati ini meronta ronta
ingin bersama mu semula
berbicara tentang hati yang terluka
bergurau senda usik mengusik
seperti dulu dulu

ingin ku menyapa
tika dinihari ku tiada lena
tapi sudikah dirimu
kembali seperti dulu
tika lena kita tiada menyapa
kita bergurau senda

antara dirimu dan diriku
siapa yang harus mulai dulu....




oggix box/shoutbox buat hal - mcm2 pulak...


dah dua ari oggix box buat hal hai entahlah... kejap keluar yg baru kejap kuar yg tahun lepas begong betul lah...

Dah lah shoutbox tak leh nak baca dah kene block ni pulak ditambah gan oggixbox ade ke tahun lepas punya msg yag timbul..wuawuawuaaaa

Hari ni rasa bosan pulak entah ape yg dibosankan nak baca buku pun xde mood 13 & 14 Feb ni exam lagi... heheeee result exam tahun lepas xcukup makan coz bila exam kita kene dpt skor aras 1 hingga 4. so bab kewangan saya dpt 2 bab umum dapat 3. Untuk melayakkan saya ke pangkat tertinggi kene dua2 subjet dpt aras 3 dan untuk mendapatkan kenaikan gaji ke tangga seterusnya kene dpat aras 4. Tahun dah awal awal apply untuk exam dan dah awal awal study tapi hampess betul semua yg dibaca xmasuk otak coz bukan keje harian kita. masa kat opis lama ok sikit coz kite buat keje mcm baucer bayaran, tender, penerimaan bayaran, gaji dan mcm2 lagi tapi opis baru ni entahlah keje tak mencabar langsung cuma keje jaga staff seramai 20 org campur staff akaun yg berlagak 15 org yg berkerenah boring betul.

ohhhhhhhh nak citer sikit masa kat opis lama saya tak penah kene marah /jerit jerit gan boss semua org berkerja penuh hormat menghormati dan itu memang jiwa saya suka berkasih syg. Tapi kat opis baru boss pompuan saya ni mcm singa lapar asyik lah menjerit hingga seriau saya. Dulu masa kecik bila mak atau ayah marah saya akan merajuk lama kadang2 sampai seminggu sehingga Pak cik saya panggil saya "maner dia si perajuk" heheee betul bila kene tengking ke marah ke kalau itu bukan salah saya biasanya hati ni akan tersentap hiba dan saya akan menanggis sepuas puasnya dan bermulalah episod moyok saya dan untuk pulih memang payah.

Tapi gan boss skrg ni memang dah lama jauh hati tapi kene juga lah berdepan gan dia coz dah keje gan dia bak kata pegawai lain dah lali kene jerit/marah ni. abis cammaner ya..sabar ajelah..
Pagi akauntan baru lapur diri dari johor heheee dia ni mengandung 5bulan akauntan lama dah tukar ke Pejabat pelajaran Shah Alam setelah berkhidmat selama 5bulan kat sini dgn linangan airmata heheee memang teruk nak jaga duit berjuta juta untuk dalam dan luarnegeri. berserta dgn gangguan audit negara. semasa dpt tukar saya nampak ceria betul dia sampai bila terima surat aje terus beli kek sebiji belanja kami...begitulah seadanya opis saya ni semuanya berebut rebut nak minta tukar tapi saya...bila subjet kewangan dapat aras 3 insyaallah xpayah minta tukar tapi akan terus ditukarkan untuk kenaikkan pangkat kerana byk kekosongan sekarang ni.
heheeee semoga exam saya kali akan berjaya...insyaallah..

Sunday, February 3, 2008

ADAT ORANG BERKAMPUNG

gambar kenangan dimana kedua dua pegawai yg duduk didepan telah bertukar kerana dinaikkan pangkat kepada Jusa B
Bos baru...ehhhhh Datin Mardhinah wuawuawuaaaa lebih garang dari bos saya (yg paling gemuk baju merah tu..huhuhu)...
kami nak tgk dua wanita anggun begumpal bila ade kes bajet abis... tungguuu...




Semua Warga BL :

ADAT ORANG BERKAMPUNG

Adat orang berkampung,
ada yang datang , ada yang pergi,
yang ini pergi,
dari lubuk hati,
terima kasih tidak terperi,

Adat orang berkampung,
ada yang datang , ada yang pergi,
yang ini pergi,
menyusun jari,
mohon diampuni,

Adat orang berkampung,
Ada yang datang , ada yang pergi.
Ada yang pergi datang kembali,
ada yang pergi tak akan kembali.
yang ini pergi,
suatu masa nanti,
ingin kembali
jika dikehendaki.

Adat orang berkampung,
ada yang datang ,
ada yang pergi,
yang tinggal akan diingati,
moga semua kerja akan menjadi.

( sempena pertukaran saya mulai 2 Februari 2008 )

Lamien bin Sawiyo
PBL
Sajak ni telah dideklamasikan oleh KPP pentadbiran En. Bob
saya ckp gan dia next time kita berpadu suara untuk deklamasi sajak
dia jwb ok set...