missing u

missing u

Sunday, March 23, 2008

Beijing part 3

emmmmm jemu juga nak citer pasal beijing ni coz dah 2minggu berlalu walaupun kenangan itu amat indah untuk di ingati. So hari pertama lepas makan gi Dataran Tian An Mei dan Kota Forbiden City seperti gambar diatas. Tempat ni satu kawasan nama berlainan aje.

Ini adalah gambar dalam Istana di kota Forbiden City sama mcm citer Cina yang kita tengok dalam TV aje.



Ini gambar Mao Tzee Tong Tak dapat tengok kubur dia sebab dalam proses membaik pulih sukan Olympic kata David pemandu pelancung tu keranda Mao dibuat dari kristal


Ini restoran tempat kami makan hari hari ada goreng telor dadar sebesar pinggan dan ayor telor yang kadang-kadang mcm direbus aje kadang kadang pekat telebih corn flour kot.



Hari kedua gi Summer palace dan imperial garden, melawat dan shalat di Masjid Niu Jie lepastu gi Muslim supermarket.



Hari ketiga gi kilang pearl. Ni gambar kepah yang mengandungi mutiara. Dlm seekor kepah terdapat lebih 20 butir mutiara. yang bintik bintik tu adalah mutiaranya. Kat sini saya dah terkene beli rantai mutiara yang diletak harga 900 yuen dan setalah ditawar dpt harga 600yuen sama dgn RM300 duit kita. Selain dari tu gi urut tapak kaki diladang herba, gi kilang kristal, kilang jade dan kilang sutera. Hampir RM1000 kopak huhuhuhuuuu.


Ni gambar di bandar Beijing (Ai D'Beijing - sape ada tgk citertu kat TV3)


Pemandangan diBeijing musim sejuk memang tak ceria. Suasana nya kelabu kerana bangunan bercat warna kelabu dengan pokok pokok yang tinggal ranting sahaja.


Semasa naik beca ternampak pulak adigan ni..heheeee


Dan ini adalah pertunjukkan semasa makan tengahari di restoran yang berhampiran dgn stadium olympic yang sedang dalam pembinaan. Tempat ni juga terdapat kedai barang kemas yang manager nya org cina penang.

Hari k4 kami gi Greatwall saya dan haslina berdua saja yang memanjatnya. Pintu masuk ke Greatwall terbahagi dua satu panjat yang tidak curam disebelah kanan dan disebelah kiri yang curam untuk didaki. Saya dan Has hanya mampu pergi kedua setesen aje tak larat kerana terlalu curam. Anak tangga nya ada yang tiga lapis batu bata. So kene langkah tinggi. lepas ambil gambar kami pun turun dan bila sampai dibawah David kata ibu pahlawan sudah sampai..heheee

Petang nya kami gi shopping masa yg dinanti nantikan. Sampai aje di rashea(tak ingat tapi bunyi camnilah ) market Saya , rohani dan noraini gi cari kedai HP dulu. noraini dah siap gambar HP yg dia nak beli.Tawar menawar bermula. Saya beli Hp yg ada TV brand NOKIA dgn harga RM500. kemudian beli handbag dan dinner bag yg kat sini harga hampir rm200 tetapi kat sana dpt harga RM35 aje. Duit pun hampir kering jengjenggg.

Malam tu bila sampai kat Hotel masing masing try hp baru. Rohani masa kemas kemas brg yg dibeli telah kecicran 4 buah hp dan sehelai jeket labuh bebulu yg baru dibeli. So kami pun kelangkabut. Rohani dah mula menanggis dan dan meracau racau. Telefon David dia kata Pak Supir takda dgn dia dah balik opis. Lepastu David cal lagi bagi tahu ada satu tas didalam van. Hati rasa lega tapi si rohani baring tak tentu arah. Masa nak tutup lampu saya tinjau rohani dan tgk mata dia terbuka tapi diam aje.

Pagi esoknya bila david sampai dia berikan satu plastik barang yang tertinggal. Kat sini kita tgk amanah juga org cina ni semua brg ade dalam plastik tu xde yang hilangpun.

Sebelum bertolak kat airport kami berpeluang shopping lagi tak ingat nama supermarket dia dan kat sini byk lah langsir dan alas meja cantik2. Saya menghabiskan baki wang yang ada dengan membeli 5 pasang kasut sukan Nike dgn harga RM17 @ 32 yuen dan mp4 RM55 so tinggal1yuen ditangan.

Bila sampai kat Airport saya ketawakan kak Midah. Saya kata kat dia berani betul kome ni kat cina kome ada rm50 hinggit aje....heheee semua ketawa.

Ingat masa balik kami naik MAS tetapi naik aircina lagi. Apepun balik ajelah kul 4.30ptg naik kapal terbang hari terang lagi. Saya duduk kat tepi tingkap dan nampaklah pemandangan dibawah. Boeing 757 ini terbang rendah aje so blh nampak bandar dan hutan bila malam pula boleh nampak lampu lampu mcm pokok krismas. Sampai KLIA kul 1.00pagi. hp saya kene block takleh nak buat call. pinjam hp rohani tapi malang takde sape blh ambik saya kat KLIA. So tumpang diaorg sampai nilai tidur kat hotel. Kul 3ptg checkout naik teksi balik umah...heheee

sambung cuti dua hari coz penat sangat.

So tulah ceritanya diBeijing...ohhhhhhhhhhhhhh jemu pulak saya rasa nak cerita...heheee apepun dalam masa 5 hari saya dah habis rm5k. wuawuawua... Insyaallah pada 27 -29/3/2008 saya kan ke Langkawi naik Airasia tambang freee seramai 4org. dah booking motel kat Pantai Cenang....

Wednesday, March 19, 2008

Beijing - part2

Keluar aje dari airport kawan saya Rohani ckp betul ke kita ni kat beijing sambil menghentak hentak kai di jln. kami semua ketawa aje mcm takcaya. Lepastu kami naik van dihantar ke Hotel Super8 agak jauh dari beijing. Sampai di hotel kami tanya David ada sarapan ke? dia kata takde sarapan tapi dia akan ambil kita kul 11pg untuk gi lunch. Nasib baik saya ada bawa nasi Impit yg telah direbus dan serunding daging/ayam. Oleh kerana kelaparan saya buat air white coffee 3 in 1, saya juga bawa susu pekatFN. So kami pun sarapan sebungkus nasi impit untuk 5org dan cicah biskut.
( katil single saya punya)
Saya bertiga satu bilik dan satu group berdua. Pada pendapat saya elok sebilik bertiga kerana luas dan dpt shalat kat tepi tingkap. Bilik berdua mereka shalat depan pintu bilik air coz sempit.
Lepas sarapan kami mandi xde bathtub pun ada shawer aje. Cuaca pada hari tu dlm 2 darjah celcius sejuk nya.
Kul 11pg kami siap dan dibawa makan kerestoran Islam. Ini lah lauknya. Rasa mcm tak boleh nak telan saya makan nasi gan sup sayur campur telor. Sambil buat lawak bodoh saya ckp ' meh bagi teman ayor telur yang lain teman tak leh nak telan' so semua ketawa. ialah saje nak usik coz yg 2org lagi tu dari perak. Lepas makan kami gi shalat kat surau dalam restoran tersebut.










Sunday, March 9, 2008

Akhirnya sampai juga ke Beijing - 1



gambar saya mendaki great wall

Salam...walaupun bahang pilihanraya begitu hangat dan penuh dengan kejutan namun blog ku tetap sunyi dan sepi seperti tuannya. Baru lepas dengar lagu negara ku setelah Paklah mengangkat sumpah entah mengapa airmataku tiba-tiba mengalir...

pada malam 26 Febuari 2008 kul 10.30mlm aku dah sampai di Klia seperti yg diberitahu oleh Pn Su dari Travel Agent. Hati masih berkata-kata betul ke ni...atau aku dan kawan kawan akn tertipu....Pn Su kata tunggu diaras 5 so kami pun tercari cari maner aras 5 selepas meletak beg di Lobi KLIA setelah keluar dari kereta. Sambil mencari jln kearas 5 kami semua ketawa terbahak-bahak dan ckp begonggnya kita, Lobi berlepas ni lah aras 5 setelah nampak tandanya. So saya pun call lah puan su rupa rupanya dia duduk dibelakang kami aje. Ni lah rupanya jika kita berurusan dgn hp aje tanpa berjumpa orgnya. Nasihat saya jgn serahkan duit kita pada org yg kita tak nampak batang hidungnya cukup bahaya. Tapi nasib kami baik kerana apa yg kami takuti telah dpt diselesaikan.

Hampir Jam 11.30 mlm kami check in kat Air China rupa-rupanya kami naik air china aje. Kumpulan kami begitu kecil 5 org perempuan aje tanpa seorg lelaki pun. Wow hati begitu takut sekali saya bertiga gan kawan saya dan org Pn Su 2org dari Ipoh. Apapun semua telah di arrange so ikut ajelah. Pn su tak ikut pun. Mak aiiii ape ape terjadi mati kami.

Kapal terbang bertolak jam 0050am dan majoriti penumpangnya kaum china. rasanya org melayu xsampai 10 org aje. Naik dlm kapal terbang boieng 757 kami duduk sederet dan disebelah sayap kapal terbang. Dah mlmkan so nampak lampu aje. selepas selamat terbang dan keadaan dah steady sya pun terus terlelap mengantuk sgt. Bila buka mata tgk kwn-kwn sedang menikmati jamuan makn katanya nasi goreng tapi bagi saya makan tengah malam memang tak perlu saya teruskan tidur sehingga dikejutkan yg kapal terbang akan mendarat jam 6.30pg.

Fajarpun dah menyingsing semasa mendarat. Cuaca memang sejuk sekali. Selepasturun dari kapal terbang kami mengambil beg dan tunggu disitu mencari wakil dari travel yg menjemput kami. Saya ckp bukan tunggu disini tapi diluar tapi mangkuk ayun dari Ipoh ni degil tak mahu percaya asyik dok cal aje. so setelah hampir lebih 1/2jam saya ckp kita keluar mesti dia tunggu kat luar sbb biasanya mcmtu. barulah dia nak ikut ckp saya. Saya tarik beg cepat cepat dan keluar barulah kami nampak wakil agent pegang kertas nama agent kami. So saya pun terus dptnya mamat cina tu tapi syg dia tak pandai ckp bahasa inggeris. Bila semua dah berkumpul mamat ni introduce nama dia David dgn mengunakan bahasa Indonesia. Kami pun ketawa lah apabila dia ckp ibu ibu mari kita naik mobilnya diluar.hehehe

Tungggu nanti saya sambung lagi...