Salam ramadhan...Lama sungguh rasanya menyepi, entah apa nak cakap pun tak tahu, ape yang penting lepas berbuka puasa hati bagai ditarik tarik untuk pergi kemasjid menunaikan tarawikh. Alhamdulillah jiwa begitu tenang dengan bacaan Imam yang sgt merdu terasa diri dekat dengan Allah dan merayu rayu kepadanya memohon dimakbulkan doa.
Balik masjid kul 10.30mlm dah mengantuk dan tidur dengan lena hingga kul 4.30pagi untuk bersahur. Dah 20hari berpuasa dan selama itu juga dapt bersahur. Alhamdulillah.
Nak citer gi berbuka kat nikko hotel pun malas. takde apa yang specialnya. kedatangan yang tidak disambut oleh sesiapa dahlah traffikjem dari tol sg besi sampai dihotel orang dah mula berbuka. Main masuk aje meja dah penuh dan ada kosong kat meja no19 depan sekali meja reserve yang maner bersebelahan dgn meja VIP. Dah lapar masa tu say hi dan tanya ada kosong pada 3org yang tidak dikenali dimeja itu. Minum air bandung yg dah ade kat situ then terus gi ambil makanan. Lauk pun biasa aje nasi putih, nasi minyak, udang goreng, sayur campur, masak lemak ikan, ayam sweet sour dan kari kambing. Pinggan pulak kecik dapat ambik sikit aje. lepas makan nak ambik lagi semua dah habis. So ambik disert ala kadar dan minum teh tarik yg paling tak sedap nasib baik ada creamer dan gula so saya modify sendiri baru boleh minum.
Masa sdg makan disert baru boleh bebual gan jiran semeja punca nya seorng kwn dia baru sampai dari Banting duduk sebelah saya. Dia merungut pasal traffik jem. So saya saje tanya sempat bebuka on time ke. Selamba dia jawab sempat buka butang aje... habis lah satu meja ketawa terbahak bahak terutama boss dia. Lepastu rancak lah perbualan sambil berkenal kenalan. Mereka juga bukan org RHB tapi dari Agibs Revenue (Developer ) diMelaka. Ceo dia bagi business card nasib baik anak datuk kalau dia yg datuk terus bisu kami kot. So lepas borak borak kosong kul 9.30mlm kami pun bagitau nak balik dah..rasa lapar lagi tapi dah penatkan balik aje.
Hari jumaat ni 5 Oktober CIMB pulak jemput kat Marriot Putrajaya tapi kali ni ada tiga meja dan seramai 30 org dijemput. Ok gak lah tak lah org tertentu aje yg merasa.
Apepun saya rasa malas nak gi coz nanti tak dapat tarawikh berjamaah lagi. Entahlah masa tu boleh puasa ke tidak masa dah hampir...ni..wuawuawuaaaaa
No comments:
Post a Comment