Salam buat semua yang dikasihi, hari ini 15hari kita berpuasa dan malam tadi hati ini begitu sayu apabila menunaikan shalat Tarawih Imam membacakan surah Lailatul Qadar pada setiap rakaat pertama dan sebanyak 10kali bacaan dapat ku dengar dan ku baca. Tak lupa semasa rukuk dan sujud hati ini berdoa semoga Allah mengurniakan ku nikmat lailatul qadar yang teringin sekali ku dirasai.
Ku berdoa dan memohon agar Allah dapat memberiku kekuatan, kesabaran dan keimanan meneruskan hidup ni sebagai yatim piatu didunia ini. Redha dengan nikmatnya dan terus berjuang meneruskan sisa hidup ini walaupun sendirian hingga keakhir hayat.
Insyaallah ku telah menanam tekad mulai malam tadi ku akan meneruskan hidup ini hingga keakhirnya tanpa menanti secebis kasih setitik sayang pun. Biarlah kasih dan sayang yang sememang telah dicurahkan oleh insan -insan disekelilingku mencukupi buatku dan ku tak perlukan kasih sayang tambahan lagi. Cukup lah ku menyiksa hati ku menanti kasih yang tak yang tak kunjung tiba. Biarlah ianya berlalu pergi seperti hari hari semalam.
Semoga Allah sentiasa bersama-samaku dan memakbulkan doakan. Amin...
No comments:
Post a Comment