missing u

missing u

Wednesday, September 19, 2007

MAKWUO 2

Hari ni hati dah tenteram sikit, rasa mcm tak sudah pulak citer makwuo tersayang ni. ada banyak lagi peristiwa dibulan ramadhan bersama makwuo dan mak.

Selain dari bakar kuih guna arang dan sabut seminggu sebelum raya kat rumah makwuo, kegemaran mak dan makwuo sehari sebelum raya ialah buat rendang, rebus ketupat dan bakar lemang. Setiap tahun mereka akan berkerjasama dan kali ni mereka buat kat tepi rumah kami pulak. Sehari sebelum tu mak, abang dan makwuo akan pergi ketepi sungai untuk mencari buluh, selepas buluh ditebang buluh akan dibasuh dlm sungai untuk dibuang miang nya. itu tugas abang mat (abg kedua) sementara itu mak dan makwuo akan tebang daun pisang. Bila semua dah ada buluh akan dipikul oleh abg balik kerumah dan dipotong gune gegaji.

Sementara mak gi cari buluh saya gan kakak kena kopek bawah kecil, bawang putih, halia dan lengkuas. Mula lah kami menanggis kerana pedih mata. Tapi mak pesan supaya cucuk bawang dihujung pisau supaya mata tak pedih. Faham faham aje lah bila mak balik bawang masih tak siap juga dan mak gan makwuo akan teruskan mengopek bawang.

Selepas itu abg akan panjat pokok kelapa untuk ambil daun kelapa muda warna kuning buat ketupat. Bab ni paling best coz kami akan anyam ketupat beramai ramai. mula masing masing tujuk teror. sape buat ketupat satay akan kene kutuk coz tak cantik. biasanya ketupat bawang yg popular. Arwah ayah pula suke buat seruling dan akan tiub kat kita. lepas tu masing masing berebut rebut nak tiup. semua aktiviti ni dibuat dibawah rumah yg ada pangkin dan dibentang tikar mengkuang. Ayah akan kopek kelapa untuk buat lemang. Ayah akan sembelih ayam abg tukang pegang. ayam direbus kemudian tugas saya dan kakak cabut bulu ayam.

Pagi esok nya (sehari sebelumraya) mak dan makwuo kukur kelapa dan perah santan guna kain yang dibuat seperti guni kecil. Ayah akan hidupkan api hingga menjadi bara guna pelepah kelapa, dahan pokok manggis dan mcm2 kayu lagi. makwuo akan ambil daun pisang masukkan dalam buluh lepastu mak masuk kan beras pulut pulak dalam buluh. bila dah susun buluh kat dinding mak akan ambil santan yg dah dibubuh garam dan masukkan dalam buluh kemudian ayah angkat dan letak kat tempat membakar lemang. Mak juga buat lemang tepung dan lemang pulut campur pulut hitam. Ayah akan menjaga api lemang sambil menambah santan dalam buluh.

Sementara lemang dibakar mak dan makwuo masukkan beras dalam ketupat kata mak tak leh masuk banyak beras hanya masukkan suku aje dan abg akan hidupkan tungku api untuk merebus ketupat dalam periok besar dan seterusnya ini tugas abg sehingga ketupat masak.

lepastu mak mula buat rendang ayam dalam kuali. Cili padi, cili kering, bawang kecil, bawang putih, lengkuas, serai dan santan akan digaul dengan ayam besama serbuk kunyit dan garam. yang best tu mak akan gengam garam kasar dan masuk kan dalam bahan tadi bila masak rendangnya cukup aje garam tak payah nak rasa-rasa. Makwuo pulak goreng kelapa kemudian tumbuk buat kerisik. Masak rendang ni cukup lama api kene jaga tak leh besar takut hangus. bila dah nak kering minyaknya akan melompat-lompat keluar kene tangan dan kaki mak oii sakitnya. Masa ni takde sape nak tolong kacau makwuo akan jaga hingga rendang kering.

Penat nya sehari sebelum raya tak leh nak ceter. Bila masuk waktu berbuka puasa kami akan makan rendang ayam gan ketupat. Mak dan makwuo lepas maghrib akan pengsan tidur keletihan kesian sungguh. Sementera tu saya gan kakak akan hiaskan rumah masukkan kuih dalam balang susun atas meja, gelas dan piring yg digunakan setahun sekali juga akan menyerikan meja tersebut.

Atas meja mesti ada ibu kuih itu kuih kek yang saya gan kakak cipta sendiri berbentuk topi. Malam tu kuih kek kan dibuat dua tingkat atas kecil dan bawah besar disapu dengan jem. Selepas disapu jem akan ditabur gan coklat rice di seluruh kek dan dihias dengan bunga rose yang kami buat sendiri menggunakan gula icing. Cantik sangat dan kuih ini hanya akan dirasmikan selepas tiga hari raya (satu dan dua hari raya cuma jadi perhiasan saja).

Oh ada lagi tiga hari sebelum raya mak gan makwuo akan kukus pulut dan pulut hitam untuk buat tapai. Selepas pulut dikukus mak akan basuh pulut tersebut dan kukus semula. Pulut akan disejukkan diatas meja yang dilapik dengan tikar mengkuang dan daun pisang . Pulut akan disejukkan bila dah sejuk mak akan tabur ragi tugas ni mak memang tak kasi kami dekat makwuo pun tak boleh usik takut tak jadi sebab makwuo ni suka pakai sentil tembakau letak kat mulut. Mak takut tapai jadi merah mcm air tembakau dan tak putih melepak. Mak juga buat tapai pulut hitam so tapai ni ada dua jenis lah. Selepas diragi mak masukkan tapai dalam periok dan bungkus dengan kain letak bawah almari tempat sejuk dan hanya dibuka dipagi raya sahaja.

Mak dan makwou akan bangun dari kepenatan dalam pukul 10mlm makwuo akan balik rumah dia dijemput oleh anak dia dengan semua bekalan yang dimasak tadi.

Esok nya dah hari raya....

No comments: