missing u

missing u

Friday, September 14, 2007

hati ku berirama rindu





Hari ni Sabtu saya keje lah pulak tak tau nak buat entry ape. Senarai penaja untuk annual dinner dah selesai cuma sedang cari company yg link dengan GLC pulak. So dalam kul 3.30ptg balik nak gi pasar ramadhan pulak.

Tapi tak tahu lah hati ni rasa lapang aje walaupun keje serabut tapi tak tension pun. Kenapa ya hati ni senang aje.. (rahsia..ehehehhh)

Dah tiga malam dapat buat tarawikh hari pertama buat kat surau tapi panas sgt rasa mcm nak pengsan coz surau tu surau lama tingkap ditutup gan langsir angin tak masuk. Kipas pulak tak rasa. Apapun habis juga 20rakaat campur 3 witir. Mula-mula ingat nak buat 8 aje tapi takut tak dpt buat witir pulak so kuat hati dan semangat untuk teruskan sehingga witir. Bukan ape bila dah balik umah mesti dah penat dan mesti tak buat witir. faham faham ajelah. Dan 2mlm buat kat masjid pulak. Ramai nya org kat masjid. Imam yang baca surah best betul suaranya lantang dan cukup merdu. Banyak surah surah yg jarang dibaca dapat dihafal semula best nya.Rasa sayang nak tinggal kan shalat tarawikh ni. Ku akan berazam untuk menruskan selagi bolih jgn ada jemputan berbuka puasa sudah coz one kita dah tinggal nanti malas akan bemaharajalela.

Tahun lepas ada 3,4 jemputan bebuka puasa dan yg best sekali kat Marriot putrajaya masa itu CIMB belanja. Makanan nya ada disetiap penjuru so kita dok round pilih maner yg susah nak dpt. Ingat lagi kwn saya budak Sabah bapak dia cina mak melayu kot kita panggil dia amoi aje bila jumpa lauk itik dia ajak saya ambil mak aiii memang tak pernah makan itik pun so dia ambil tapi saya tak berani tapi saya suke seafood pantang jumpa udang ketam dan sotong memang tak tolak punya...

Nak masak ape ya hari ni? rendang ayam kot yes yes sedapnya. gi pasar ramadhan nak beli caremal dan kuih akok, lauk pulak nak beli siput sedut emmm or tempoyak udang galah wou wouuuu semua nak tak bolih jadi ni kene cancel gi pasar ramadhan bahaya tuuu. Biar kirim aje kat kwn nanti.

Kenapa sdg buat entry saya tersenyum sorangsorang ni..emmmm rindu dah terubat kerana dia dah sudi menyapa semula walaupun saya yg kene mulakan dulu takpe kan biar hidup ni suke mengalah dan berlemah lembut kan..emmm (terasa pulak nak puji diri ni...)

Apapun selamat berbuka puasa kepada semua...kalau makan sedap jgn lupa baca bismillah hehehe


No comments: