missing u

missing u

Friday, September 7, 2007

rezeki dapat join hi tea gan isteri PM










Hari rabu sedang kecoh-kecoh minta kelulusan dari Pengarah untuk lawatan 10 Sept ke TV9 serta cari ahli Puspanita 40 org untuk program ni. Lepas tu bos pulak panggil semua Urusetia Annual Dinner coz tak puashati tentang bajet dan sponsor yg kene senarai kat sape nak minta duit sape nak bagi hamper, barang letrik , hp, latop dll macam macam lagi serta surat kelulusan kutip derma mak aiii pening kepala. Lepastu Setiausaha Puspanita cal pulak kata saya kene ganti isteri pengarah gi hitea gan isteri PM kul 2.30ptg. Saya ni hanya Penolong Setiausaha saja
kecoh lagi saya tak tau maner nak didulukan.

Saya cakap gan S/U dia kene buat surat kelulusan dari Pengarah untuk Lawatan saya pulak cari perserta dan email semua wakil bahagian ambil nama peserta. So hari ni tak gi lunch lah coz kul 2 dah nak gerak gi umah puspanita yg di panggil Rumah Puspanitapuri.

Bila sampai kat Puspanitapuri S/u cal suruh tunggu dia coz Pengarah nak dia dtg juga. Lepas daftar nama tunggu pulak S/U baru masuk dlm Dewan. Dewan Puspanitapuri memang cantik dan biasa di gunakan untuk buat kenduri kawin. Kami pilih table no 50 coz kat tepi red carpet. Tujuan nya bila isteri PM masuk dapat bersalam. So kul 3.00ptg isteri PM masuk nasib kami memang baik kerana bila masuk dia pandang sebelah kami so dapatlah bersalam dan menatap secara life wajah dia yang memang cantik dan ayu. Patut lah Pak Lah ceria aje sejak berkahwin dan bila berjalan asyik nak pegang tangan isteri dia aje. Tapi setelah melihat sendiri dan bersalam gan Datin Jean saya akui dia memang cantik dan ayu dan memang kecantikan asli. Sayang nya masa nak ambil gambar pakai hp memory full pulak.

Isteri PM bila berucap boleh tahan walaupun diletakkan text ucapan dia tak pandang pun so disini kita nampak dia buat home work dan bersedia untuk berucap.

Makanan hari ni ialah satay, mee rebus, kotieaw goreng, rojak, kuih green tako, putu piring, buah rambutan dan dokong. Tapi servis teruk ada meja dapat ada meja tak dapat hingga majlis berakhir air kopi pun xsempat nak hidang.

Tepat jam 4.30ptg diumumkan isteri Pm dah nak balik terkejut gak coz majlis sedang meriah sangat dengan penyanyi2 bernyanyi (artis terdiri dari pemenang pertandingan menyanyi antara puspanita dan seorg artis lama yg tak dengar namanya masa diumumkan tapi muka dia mcm zainal abidin) boleh tahan lah.

Masa isteri PM nak balik semua yg hadir dah berbaris kiri kanan untuk bersalam so isteri PM bagus dia hulur dua dua tagan dia sambil berjalan so semua orang salam dan pegang tangan dia.

Lepas isteri PM balik datin datin yg bermacam-macam fesyen ni (geli tgk) mula lah tunjuk belang. Dia org mulakan dengan nyanyian dan tarian poco poco. Sambil tgk gelagat Mak Datin kami teruskan makan makan. Bila dah boring jam pun dah kul 5.15 so kami pun balik lah walaupun majlis belum berakhir. Sampai opis bos dah tunggu siapkan keje yg patut balik kul 6ptg. Penat jugak.

Malam masa berita kat TV3 tegok PM dan isteri melawat Tun Dr Mahadir kat IJN kul 5.30ptg. So nampak Isteri PM pakai baju batik putih dan selendang biru sama dengan baju yang dia pakai masa jamuan ptg td. Patut lah dia balik cepat coz nak iring PM gi Hospital.

Apa pun best dapat menatap wanita pertama malaysia secar life.




No comments: