Bulan puasa ni byk kenangan yang datang mengusik perasaan, semasa kecil ramai yang menyayangi kita terutama mak saudara tambahan saya memang tidak pernah merasa betapa indah nya kasih datuk dan nenek. Apa yang saya tahu ayah dan mak tiada adik beradik mak pula isteri kedua dan saya mempunyai mak tiri yang dipanggil Mak tua. Kakak seayah ada seorang yg di panggil Kak Long dan ayah ada mengambil anak angkat yang saya panggil Makyang. selain dari itu Makwuo adalah insan yang saya sangat sayang. Makwuo ni lebih tua dari mak, dia pun ibu tunggal yg hanya mempunyai sorg anak lelaki bertugas sebagai guru dan mengajar diKelang. Tapi seharian makwuo hanya tinggal sendirian. saya bila balik sekolah rendah selepas makan tengahari akan bermain dirumah makwuo hingga waktu maghrib baru balik rumah. bila cuti hujung minggu makwuo akan ajak saya gi kebun dia. jadi hari jumaat malam saya akan tidur dirumah dia dan pagi pagi sabtu jam 7.00pg kami akan berjalan kaki menuju kekebun makwuo.
Kalau nak ikutkan memang jauh betul kebun nya lebih dari sejam berjalan kaki baru sampai dimana kami menyusur jalan kecil yg hanya boleh di lalui oleh basikal/motosikal aje. Sambil berjalan saya akan menikmati pandangan kebun durian dan ladang getah. Tak tahu ape yang seronok dikebun itu cuma bila sampai di pondok makwuo akan beri minum air kopi dan nasi dalam upih pinang tu yg sedap tu. lepas makan saya akan petik cili padi yang rendang dan lebih tinggi dari saya leka dengan memetik cili saya akan cabut ubi kayu dan petik daun ubi dan pucuk paku. Bila dah penat saya akan tidur didalam pondok.
Jauh kehulu kebun ada air terjun saya pernah sekali pergi keair terjun ni masa darjah lima itu pun punya susah nak dapat kebenaran dari mak untuk pergi. Memang cantik tapi sampai sekarang saya tak tahu apa nama air terjun itu ingat balik ni nak tanya sape sape yang tahu dan apa dah jadi kat situ.
Ditepi kebun tu ada tali air yang sejuk airnya dan dihilir kebun ada sungai dimana makwuo akan menangguk ikan. ikan nya warna putih dan bersisik makwuo kata nama ikan tu ikan putih tapi ikan tu byk tulang bila nak makan kene cubit dari ekor. ehh dah lama tak jumpa ikan tu tau maner nak dapat lagi agaknya ya.
Biasanya lepas sholat zohor kami makan lagi dan bila dah redup makwuo ajak balik. Memang penat bila nak balik tapi seronok.
Selain daritu makwuo ni ada special nya. Seminggu sebelum raya mak gan makwuo sibuk buat kuih baulu guna sabut kelapa, lepas sahur mak dan makwuo akan pukul telur dan gula dalam pasu bulat guna spring dari tembaga hingga berbuih. Bila telur dah kembang makwuo akan bakar pakai acuan tembaga bentuk buah manggis dan belimbing. Biasanya kuih akan selesai disiapkan dalam tengahari dan semua kuih disimpan dalan tin biskut besar yang ada cermin kat tepinya. Selain kuih baulu mak pandai buat biskut guna majerin planta dan kuih kek. Biasa mak yang adun dan makwuo akan bakar guna arang masatu takguna owen lagi.(bila dah masuk sekolah menengah baru mak guna owen bulat letrik) Kuih kek mak memang sedap ada kek dam, kek belang merah kuning, kek kismis dan coklat. Tapi masa tu takde pulak org jual kuih macam sekarang. semuanya berlumba lumba buat sendiri seronok betul.
Tugas saya dan kakak masa tu ialah susun kuih dalam tin kalau nasib baik mak kasi tlg tekap kuih dan letak dalam loyang. (mak tak kasi tekap acuan kuih takut nanti kotor tahu aje lah budak budak kan usik sana usik sini) Bila masa bebuka mak akan keluarkan kuih yang hagus sikit sikit untuk dimakan yang cantik untuk hidangan hari raya.
Maner mungkin pengalaman itu akan berulang lagi kini semuanya hanya tinggal kenangan yang bila ramadhan muncul jiwa tersentuh airmata mengalir mengenangkan semua yang disayangi telah lama pergi meninggalkan saya. Saya meneruskan hidup tanpa ayah dan mak tahukah betapa deritanya dilalui bila takbir shawal bergema. tika menaip ni pun airmata ni berlinangan kerana saya memang tak suka hari raya menjelma kalau bolih biar takda hari raya kerana ianya amat menyakitkan dan memedihkan. Setiap pagi shawal saya akan berteman airmata dan selepas balik kubor saya akan mengurung diri dalam bilik menanggis dan menanggis.
No comments:
Post a Comment