Semalam jumaat sedang sibuksibuk gan bos kedua dapat cal dari opis lama. Dr Rusli dari bahagian BioTeknologi cal tanya saya free tak hari Sabtu (arini lah) coz nak ajak berbuke puasa kat Concorde apalagi terus melompatlah cakap boleh aje. So dia kata nak ajak sape lagi biasa lah kawan-kawan kat opis lamatu saya kata azli (auuw yang cun mcm girl ), nazrul, Tengku zam, zai dan sally.
Dr Rusli ni memang best, dulu kat opis lama masa dia jadi pengurus sukan dan dia lantik saya jadi pengurus bowling ni yg nak diajak makan pun semua geng geng ajk sukan dia. Pangkat dia Pegawai Penyelidik JusaM54. Gaji huhuhuhu bebelasribu xabis makan punya. Dalam setahun dia kan belanja kami makan 2 atau 3 kali terutama masa besday dia dan selalunya concorde lah pilihan utama selain equatorial hotel. Kadang-kadang bila dia ada seminar kat KL dia pun ajak juga gi dinner gak.
Hari ni saya kene gi sendiri coz Dr Rusli kat KL ada seminar ni yg malas ni selalu gi gan dia dan azli aje. Sedang fikir nak cari parking kete tak ingat sebelah Saloma Bistro masih ada parking ke tidak lagi coz Dr Rusli kata parking Concorde ada buat renovation kat depan nya. Ni yg susah hati sikitni. Apapun dah janji jumpa kul 6.30ptg kat Lobi.
Walaupun seronok nak berbuke kat Concorde hati rasa tak tenteram jugak coz dah 10 hari terus buat tarawih arini kene ponteng pulak ehehehhhh macamaner ya? Apapun kene penuhi jemputan bos ni. rezeki jgn ditolak betul tak betulll (jwb lah sendiri)
Selalunya bila makan kat Concorde ni biasa lah saya memang cari Seafood dulu tapi speacialnya Kepah goreng fuhhh sedapnya. Saya ni bab yg pelik pelik tak ambik makan tapi Saya juga suke kambing bakar tapi jarang ade kat sini tapi kat equatorial gan marriot ade lah.
Sekarang ni kalau gi hotel last sekali kami dah mula makan strwbery cicah coklat lah emmm macam Datuk Siti pulak. Apepun dah lama juga tak jumpa dia orang mesti best giler coz boleh kutuk kutuk dan selalunya dr Rusli akan citer pasal Datuk JJ (menteri Sains dan inovasi) dan otai-otai dia yang buat perangai macam macam masa meting.
Kepada semua selamat berbuke puasa. byeee
No comments:
Post a Comment