missing u

missing u

Monday, November 26, 2007

usik usik xleh buke wuawuawuaaa


wuawuawuaaaa sedihnya ... kalau KS dan sis misty dtg melawat ketaman mawar dan meninggalkan jejak mesti mawar xleh nak baca. Dah kat situ xleh buke pulak.. geramnya
biasanya camni lah sana kene block sini kene block.. aritu ntry KS xleh baca sekarang dah leh pulak baca, la ni sendiri punya pulak dah kene block..wuawuawuaaaaa ape2 pun KS dan sis kalau berkunjung tinggalkan jejak kat shouxbox bawah ya....babaiii

Thursday, November 22, 2007

rindu lagi....

Rindu nya hati ni walaupun semingguan kesibukan menjalankan tugas, tiada masa untuk bermalas malas semuanya kene lakukan sehingga hari jumaaat. Annual Dinner pada 5hb Disember ni dah nak sampai kekemuncaknya. Baju batik Trengganu pun dah dpt dan dah hantar untuk tempah, warnanya hitam dan cream berjalur jalur. Sponsor pun dah hampir 100k leganya. Tadi baru semak senarai syarikat yg beli iklan untuk disusun dlm buku program. Semalam gi UCSI, MPAJ, FB Travel dan Koswip Trading dgn boss. Balik dah penat gi makan Mc D huhhhu lega nya.

Pagi ni meeting lagi tapi tak selera nak makan walaupun atas meja nasi lemak ayam berempah. Ini semua pasal sorang AJK yg lembab makbab. geram betul ade ke senarai kehadiran peserta bahagian latihan dia tak save nak kata begong nampak smart. Dianya sedap sedap gi latihan koir. Yg jadi mangsa kene marah kami ni yg dah bertungkus lumus buat keje. Apapun bos kata, ni meeting yg terakhir fuhhh lega nya.

Hari Sabtu kul 4ptg hingga Ahad semua AJK penyambut tetamu akan gi Kursus Protokol kat Tiara Beach Resort kat Port Dickson. Yalah nak sambut Pak Lah gan Datin Jane. Bukan senang nak buat dinner bawa Pak Lah ni. Menurut penerangan Boss tadi kami kene siapkan tempat/makan untuk pengiring dia lebih kurang 70 org yg terdiri dari Driver, Body guard, Polis, Paramedik dan SB. Dan kami AJK keseluruhan 100 org dari A - Z.

Penyanyi jemputan Anuar Zain dah tentu ada lagu Lelaki ini dan 3lagu RM12,000, Alleycats David Arumugam pula RM10,000 mesti ada lagu sekuntum mawar merahkan...emmm KS masin lah mulut u kan, dah dpt dengar lagu tu tapi saya minat lagu, aje bukan org nya. heheee dan terakhir penyanyi dah lama tak dgr mcm dah pencen aje Norazlina Aziz ni murah aje kot. Tah tak nampak pulak qotation dia. Patut nak ambil Adibah Nor tapi xdpt dia dah ada show kat tempat lain. So Semua kehadiran pada mlm tu 1,300 org. Hari rehearsal nanti sesi bergmbar gan Anuar Zain awwwh mcm lembut aje...lelaki ke???

Entah lahhh harap selepas harini takde lagi kesibukan cuma lepas dinner nak buat surat untuk ucapan terima kasih dan pos kan risit serta buku program kepada semua company yang telah membeli iklan. So xsabar rasanya nak habiskan tugasan ni. dah penat sasangat ni...

So tunggu tau nanti kita masukkan gambar-gambar masa dinner ....

Sekarang ni nak rindu pun tak bertempat, nak gurau gurau pun dah tak tahu gan sape so...rindu ajelah ssendiri sendiri....so nextweek lah jumpa lagi...adios..

Wednesday, November 14, 2007

Mengantuknya...


Kalau lah dapat merebahkan badan dalam kedinginan cuaca pada tengahari ni mesti bestkan...betul betul menggantukni.....aircond pun sejuk nya beku lah..
baru balik dari Puncak Niaga kat Shah Alam, Uem kat Jln Syed Putra dan Jaring kat bukit jalil...kejenya hanyalah gi kutip cek untuk annual dinner dalam mengantuk tadi pegang cek RM13,000 dan lepastu gi Majlis Perbandaran Sepang ambil cek RM2,000. So harini rasa bermimpi pegang cek ...hamper pun dah belambak lambak, cuma baju batik yang sepatut dapat pada harini masih xnampak lagi...
Driver pulak budak baru dan baru arini kenal fuhhh terlalulah peramahnya..penat dgr dia cerita tapi saja saja lah buat ketawa melayan dia.
Jap tadi ada tiga org kerani kewangan baru lapor diri so kene rombak pulak jadual tugas yang ada dan susun kedudukan meja, so dah penuh semua nya seramai 20 org. Selepas berbincang saya dah buat satu keputusan supaya group1 yang xcukup meja kene letak di group 2 dan semuanya kene berpindah hingga ke group 4. Pembantu akauntan juga terlibat kene dipindahkan dan kerani failing juga terlibat. Supaya tiada bantahan dibuat saya mengesyorkan supaya ketua group mengunakan kuasa veto dgn ini semuanya akan selesai mengikut arahan.. tgk lah jap lagi apa akan tejadi.... masani baru nampak siapa yang besar kepala dan melawan dan mereka ni akan saya perhatikan dan semasa penilaian tahunan nanti baru saya katagori mereka pegawai yg macamaner... tungguuu

Monday, November 12, 2007

Mencari Kekasih


Ramadhan dah lepas raya pun dah habis.....masa masa terakhir raya ni byk ku habis kan dengan membaca novel dan novel yg baru selesai ku baca sepanjang hari sabtu dan ahad lepas ialah mencari kekasih ~ ZaharahMuhammad
Pengarang novel ni banyak menggunakan ayat quran dan hadis ddlam karangannya dan menjadikan kesetiaan berkasih tajuk utama msgnya disamping ketaqwaan kepada Allah. Sehingga satu ketika saya tak dapat menahan airmata saya mengalir dan saya menanggis dalam kepiluan mengenangkan betapa setianya hati seorang wanita kepada cintanya yang berputik dari kanak kanak sehingga keakhir hayatnya. (kesetiaan ni takde pada saya ..ahh malunya)
Kalau dikaji semula saya rasa memang bodoh tindakkan nya yang senantiasa menanti dan begitu setia pada cintanya tapi hati kita, kita yang tahu dan kita yang merasakan dan disitulah mulanya segala galanya tindakan kita untuk terus setia menyiksa diri atau berundur dan cuba mencari bahagia.
Antara bait bait yang tertulis yg amat menyentuh hati ku ialah
kaki yg memijak duri
kubawa ia menyusuri hari
merentas batasan mimpi
yang roboh disini..
dihati ini!
...........................
bila fajar menyingsing
dukaku membeku diselimuti waktu..
dan aku larikkan semula mimpi lalu
semaikan di tapak mimpi baru...
..........................
jika rindu...nyatakan pada bulan
jika resah...luahkan pada malam
tetapi jangan lupa saat pangaduan paling indah
adalah bersama Tuhan di sepertiga malam......
..........................
bila bahasa cinta bergema dijiwa
rembulan hanya mampu tertunduk pilu
segala bintang pun jatuh
bertaburan di kaki malam ku...
...................................
Apabila dedaun senja mula berguguran di sepanjang pelabuhan tika malam tiba untuk menunaikan janjinya...aku tetaplah sekuntum bunga putih yang gugur diluar jendela, terbenam ke dasar bumi... biarpun telah ku serah semua rasa tanda cinta. Sebuah cinta yg tak kesampaian didunia, berguguran kelopaknya jatuh kegigi air. Lalu hanyut bersama buih buih dan tenggelam kelaut dalam. Mencipta sebuah lagi episod cinta di antara berjuta cinta manusia yang lara!
.............................
Setelah habis membaca novel ini yang ending adalah kematian tetapi insan-insan sekeliling yang ditinggalkan menempah bahgia.
mawar: kepada insan yang tidak dapat melupakan kekasihnya walaupun telah ditinggalkan(kerana itu kata hatinya) mawar tabik springgggg kerana mawar pun sama susah nak lupa insan yg mawar kasihi.... walaupun kini dia telah...entahlah!

Sunday, November 11, 2007

uphhhs dapat bertukar


emmm dah lama bersawang blog ni, bukan ape tak mood nak mematuk matuk keyboard ni. Apapun kejap tadi baru habis jamuan perpisahan untuk farah yg akan bertukar esok keJabatan Kebajikan Taiping. hilang dimata seorang member jogging. gan farah ni syok jugak, dia kawan lepas waktu pejabat berjogging sekeliling tasik yg indah. untuk mengelilingi tasik mengambil masa lebih sejam. sambil berjogging kami akan menikmati burung bangau putih berterbangan di tengah tengah tasik. Penah satu hari itu masa berjogging dipertengahan jalan hujan turun dgn kilat dan petir. Semasa sedang mencari tempat berteduh tiba-tiba petir berdentum terasa macam ditepi kami. so kedua-duanya mengigil ketakutan dan itulah kali terakhir kami berjogging ditepi tasik itu. Tak lama lepastu farah berkhawin dan hari ini dia mohon bertukar ke Taiping untuk mengikut suaminya yg bertugas di Penjara Taiping.
Jamuan hari ni sederhana tapi sedap, kami minumpetang aje dgn kuih muih dan speacialnya Meehoon goreng TomYam.
Ada lagi kerja yang belum dibereskan menghantar surat kepada company yang dah bagi sponsor. Alhamdulillah dah tak kene marah lagi kerana kutipan telah mencapai sasaran hampir RM80,000. So sebagai imbohan kami akan mendapat sepasang baju batik untuk semua urusetia yang maner akan diserahkan pada 15hb ni untuk ditempah. Jadinya annual dinner pada 5 Disember ini yang akan dihadiri oleh Pak Lah dan isteri sangat sangat dinantikan....heheee cuma kerja kami sebagai urusetia kewangan akan berakhir pada 4 Disember. lepastu boleh lah berehat dan menengkan otak.. wuauwuaaa lega..

Wednesday, November 7, 2007

happy besday


happy besday 2u
happy besday 2u
maner dia muruku
untuk diriku
sayang happy besday, tak rindu gan kite ke? so happy besday and happy deepavali amma
mawar : suke makan muruku tengahri esok...

Tuesday, November 6, 2007

Rindu dan kenangan datang mengamit

kadang kadang bila rindu itu tetiba mencuit dihati jiwa rasa bergetar, ingin rasanya untuk menyapa, melayangkan rindu dan merisik khabar tapi apakan daya jari ni tak berdaya untuk melakukan nya walau hati meronta ronta. Apa yang harus ku lakukan bila rindu datang mengegar, ku lemah menahan kesakitan ini. Pada siapa harus ku kongsi segala derita ini sdgkan dulu kita sama-sama bercerita bergurau usik mengusik. tidak kah kenangan itu masih ujud dihatimu seperti diriku yang amat payah melupakan nya. Entahlah... mampukah ku buang segalanya? sudah tentu tak mungkin cuma yang mampu ku lakukan hanyalah menyimpan kenangan itu disudut hati ku dan akan ku kembalikan kenangan itu bila rindu datang mengamit.

Monday, November 5, 2007

A PROMISE

U may have....
Someone on ur mind
Someone in ur heart
Someone in ur dreams
Someone in ur life
but...
i am ur someone when u have no one...
A PROMISE FROM ME!
msg dari teman 5/11/07 ~ 7.04pm
tak sedar airmata berlinang selepas membacanya.
sebenarnya masih ada insan yg sygkan kita
walaupun kadang-kadang kita hampir lupa dgn nya.