Ramadhan dah lepas raya pun dah habis.....masa masa terakhir raya ni byk ku habis kan dengan membaca novel dan novel yg baru selesai ku baca sepanjang hari sabtu dan ahad lepas ialah mencari kekasih ~ ZaharahMuhammad
Pengarang novel ni banyak menggunakan ayat quran dan hadis ddlam karangannya dan menjadikan kesetiaan berkasih tajuk utama msgnya disamping ketaqwaan kepada Allah. Sehingga satu ketika saya tak dapat menahan airmata saya mengalir dan saya menanggis dalam kepiluan mengenangkan betapa setianya hati seorang wanita kepada cintanya yang berputik dari kanak kanak sehingga keakhir hayatnya. (kesetiaan ni takde pada saya ..ahh malunya)
Kalau dikaji semula saya rasa memang bodoh tindakkan nya yang senantiasa menanti dan begitu setia pada cintanya tapi hati kita, kita yang tahu dan kita yang merasakan dan disitulah mulanya segala galanya tindakan kita untuk terus setia menyiksa diri atau berundur dan cuba mencari bahagia.
Antara bait bait yang tertulis yg amat menyentuh hati ku ialah
kaki yg memijak duri
kubawa ia menyusuri hari
merentas batasan mimpi
yang roboh disini..
dihati ini!
...........................
bila fajar menyingsing
dukaku membeku diselimuti waktu..
dan aku larikkan semula mimpi lalu
semaikan di tapak mimpi baru...
..........................
jika rindu...nyatakan pada bulan
jika resah...luahkan pada malam
tetapi jangan lupa saat pangaduan paling indah
adalah bersama Tuhan di sepertiga malam......
..........................
bila bahasa cinta bergema dijiwa
rembulan hanya mampu tertunduk pilu
segala bintang pun jatuh
bertaburan di kaki malam ku...
...................................
Apabila dedaun senja mula berguguran di sepanjang pelabuhan tika malam tiba untuk menunaikan janjinya...aku tetaplah sekuntum bunga putih yang gugur diluar jendela, terbenam ke dasar bumi... biarpun telah ku serah semua rasa tanda cinta. Sebuah cinta yg tak kesampaian didunia, berguguran kelopaknya jatuh kegigi air. Lalu hanyut bersama buih buih dan tenggelam kelaut dalam. Mencipta sebuah lagi episod cinta di antara berjuta cinta manusia yang lara!
.............................
Setelah habis membaca novel ini yang ending adalah kematian tetapi insan-insan sekeliling yang ditinggalkan menempah bahgia.
mawar: kepada insan yang tidak dapat melupakan kekasihnya walaupun telah ditinggalkan(kerana itu kata hatinya) mawar tabik springgggg kerana mawar pun sama susah nak lupa insan yg mawar kasihi.... walaupun kini dia telah...entahlah!
No comments:
Post a Comment