Kalau lah dapat merebahkan badan dalam kedinginan cuaca pada tengahari ni mesti bestkan...betul betul menggantukni.....aircond pun sejuk nya beku lah..
baru balik dari Puncak Niaga kat Shah Alam, Uem kat Jln Syed Putra dan Jaring kat bukit jalil...kejenya hanyalah gi kutip cek untuk annual dinner dalam mengantuk tadi pegang cek RM13,000 dan lepastu gi Majlis Perbandaran Sepang ambil cek RM2,000. So harini rasa bermimpi pegang cek ...hamper pun dah belambak lambak, cuma baju batik yang sepatut dapat pada harini masih xnampak lagi...
Driver pulak budak baru dan baru arini kenal fuhhh terlalulah peramahnya..penat dgr dia cerita tapi saja saja lah buat ketawa melayan dia.
Jap tadi ada tiga org kerani kewangan baru lapor diri so kene rombak pulak jadual tugas yang ada dan susun kedudukan meja, so dah penuh semua nya seramai 20 org. Selepas berbincang saya dah buat satu keputusan supaya group1 yang xcukup meja kene letak di group 2 dan semuanya kene berpindah hingga ke group 4. Pembantu akauntan juga terlibat kene dipindahkan dan kerani failing juga terlibat. Supaya tiada bantahan dibuat saya mengesyorkan supaya ketua group mengunakan kuasa veto dgn ini semuanya akan selesai mengikut arahan.. tgk lah jap lagi apa akan tejadi.... masani baru nampak siapa yang besar kepala dan melawan dan mereka ni akan saya perhatikan dan semasa penilaian tahunan nanti baru saya katagori mereka pegawai yg macamaner... tungguuu
No comments:
Post a Comment