missing u

missing u

Sunday, November 11, 2007

uphhhs dapat bertukar


emmm dah lama bersawang blog ni, bukan ape tak mood nak mematuk matuk keyboard ni. Apapun kejap tadi baru habis jamuan perpisahan untuk farah yg akan bertukar esok keJabatan Kebajikan Taiping. hilang dimata seorang member jogging. gan farah ni syok jugak, dia kawan lepas waktu pejabat berjogging sekeliling tasik yg indah. untuk mengelilingi tasik mengambil masa lebih sejam. sambil berjogging kami akan menikmati burung bangau putih berterbangan di tengah tengah tasik. Penah satu hari itu masa berjogging dipertengahan jalan hujan turun dgn kilat dan petir. Semasa sedang mencari tempat berteduh tiba-tiba petir berdentum terasa macam ditepi kami. so kedua-duanya mengigil ketakutan dan itulah kali terakhir kami berjogging ditepi tasik itu. Tak lama lepastu farah berkhawin dan hari ini dia mohon bertukar ke Taiping untuk mengikut suaminya yg bertugas di Penjara Taiping.
Jamuan hari ni sederhana tapi sedap, kami minumpetang aje dgn kuih muih dan speacialnya Meehoon goreng TomYam.
Ada lagi kerja yang belum dibereskan menghantar surat kepada company yang dah bagi sponsor. Alhamdulillah dah tak kene marah lagi kerana kutipan telah mencapai sasaran hampir RM80,000. So sebagai imbohan kami akan mendapat sepasang baju batik untuk semua urusetia yang maner akan diserahkan pada 15hb ni untuk ditempah. Jadinya annual dinner pada 5 Disember ini yang akan dihadiri oleh Pak Lah dan isteri sangat sangat dinantikan....heheee cuma kerja kami sebagai urusetia kewangan akan berakhir pada 4 Disember. lepastu boleh lah berehat dan menengkan otak.. wuauwuaaa lega..

No comments: