missing u

missing u

Thursday, November 22, 2007

rindu lagi....

Rindu nya hati ni walaupun semingguan kesibukan menjalankan tugas, tiada masa untuk bermalas malas semuanya kene lakukan sehingga hari jumaaat. Annual Dinner pada 5hb Disember ni dah nak sampai kekemuncaknya. Baju batik Trengganu pun dah dpt dan dah hantar untuk tempah, warnanya hitam dan cream berjalur jalur. Sponsor pun dah hampir 100k leganya. Tadi baru semak senarai syarikat yg beli iklan untuk disusun dlm buku program. Semalam gi UCSI, MPAJ, FB Travel dan Koswip Trading dgn boss. Balik dah penat gi makan Mc D huhhhu lega nya.

Pagi ni meeting lagi tapi tak selera nak makan walaupun atas meja nasi lemak ayam berempah. Ini semua pasal sorang AJK yg lembab makbab. geram betul ade ke senarai kehadiran peserta bahagian latihan dia tak save nak kata begong nampak smart. Dianya sedap sedap gi latihan koir. Yg jadi mangsa kene marah kami ni yg dah bertungkus lumus buat keje. Apapun bos kata, ni meeting yg terakhir fuhhh lega nya.

Hari Sabtu kul 4ptg hingga Ahad semua AJK penyambut tetamu akan gi Kursus Protokol kat Tiara Beach Resort kat Port Dickson. Yalah nak sambut Pak Lah gan Datin Jane. Bukan senang nak buat dinner bawa Pak Lah ni. Menurut penerangan Boss tadi kami kene siapkan tempat/makan untuk pengiring dia lebih kurang 70 org yg terdiri dari Driver, Body guard, Polis, Paramedik dan SB. Dan kami AJK keseluruhan 100 org dari A - Z.

Penyanyi jemputan Anuar Zain dah tentu ada lagu Lelaki ini dan 3lagu RM12,000, Alleycats David Arumugam pula RM10,000 mesti ada lagu sekuntum mawar merahkan...emmm KS masin lah mulut u kan, dah dpt dengar lagu tu tapi saya minat lagu, aje bukan org nya. heheee dan terakhir penyanyi dah lama tak dgr mcm dah pencen aje Norazlina Aziz ni murah aje kot. Tah tak nampak pulak qotation dia. Patut nak ambil Adibah Nor tapi xdpt dia dah ada show kat tempat lain. So Semua kehadiran pada mlm tu 1,300 org. Hari rehearsal nanti sesi bergmbar gan Anuar Zain awwwh mcm lembut aje...lelaki ke???

Entah lahhh harap selepas harini takde lagi kesibukan cuma lepas dinner nak buat surat untuk ucapan terima kasih dan pos kan risit serta buku program kepada semua company yang telah membeli iklan. So xsabar rasanya nak habiskan tugasan ni. dah penat sasangat ni...

So tunggu tau nanti kita masukkan gambar-gambar masa dinner ....

Sekarang ni nak rindu pun tak bertempat, nak gurau gurau pun dah tak tahu gan sape so...rindu ajelah ssendiri sendiri....so nextweek lah jumpa lagi...adios..

1 comment:

Kassim Selamat said...

Wah ada dinner ek...best tuu.
siap jemput alleycats...tima kasihh...

nanti suruh david nyanyi lagu 'sekuntum mawar merah sebuah puisi' khas utk mawar yg comel.