missing u

missing u

Wednesday, September 26, 2007

LAILATUL QADAR

Salam buat semua yang dikasihi, hari ini 15hari kita berpuasa dan malam tadi hati ini begitu sayu apabila menunaikan shalat Tarawih Imam membacakan surah Lailatul Qadar pada setiap rakaat pertama dan sebanyak 10kali bacaan dapat ku dengar dan ku baca. Tak lupa semasa rukuk dan sujud hati ini berdoa semoga Allah mengurniakan ku nikmat lailatul qadar yang teringin sekali ku dirasai.
Ku berdoa dan memohon agar Allah dapat memberiku kekuatan, kesabaran dan keimanan meneruskan hidup ni sebagai yatim piatu didunia ini. Redha dengan nikmatnya dan terus berjuang meneruskan sisa hidup ini walaupun sendirian hingga keakhir hayat.
Insyaallah ku telah menanam tekad mulai malam tadi ku akan meneruskan hidup ini hingga keakhirnya tanpa menanti secebis kasih setitik sayang pun. Biarlah kasih dan sayang yang sememang telah dicurahkan oleh insan -insan disekelilingku mencukupi buatku dan ku tak perlukan kasih sayang tambahan lagi. Cukup lah ku menyiksa hati ku menanti kasih yang tak yang tak kunjung tiba. Biarlah ianya berlalu pergi seperti hari hari semalam.
Semoga Allah sentiasa bersama-samaku dan memakbulkan doakan. Amin...

di jambatan penantian



LONELY


Tuesday, September 25, 2007

lemah nya hati ku


Lemah nya hati ku
umpama layu nya mawar ditaman
tanpa cahaya
yang hadir menyinari

Monday, September 24, 2007

Boss gi Rusia - leganya


Hari ni lega sesangat, tak lah kejap masuk bilik bos kejap keluar dan panggil masuk balik lagi huuuu leganya. Bos dah gi Rusia hari ahad lepas dan balik keje 8 okt. Tahun lepas dia gi UK bagi kami coklat aje xbest betul. tapi xpelah ramaikan kat seksyen ni 35 org mana mampu nak beli byk2.
Kejap tadi Pen. Pengarah 1 datang kat meja bagi tau hari jumaat ni ada jemputan berbuke puasa kat Nikko Hotel pulak RHB bank belanja. wow ni jemputan kedua best nya. So kami lima org akan gi dari opis aje. kena bawa baju spare lah ni.
Dalam kegembiraan ada juga gusarnya hati ni. kenapalah syg ku menghilang apa salah ku ya.. fahamilah biar lah ku gembira sedikit masa ni seblum ku bertemankan airmata dihari raya..fahamilah sayang...dtglah menyapa semula.. ku sentiasa menunggu mu...

Hp msg pungguk kepada bulan ( 1 )



22/9/2007 - 7.10 pm

Selamat bebuka puasa. Have a nice day. makan kat concorde

16/9/2007

5.21pm
thanks. i kalau dtg nak berbuka dgn tuan dia aje

5.47pm
ya lah tu tgk hisdustan na i suke citer korea, ni kul babe nak spai ni i ambik kat tol...yeye syoknya ~ apa awak ckp ni? mabuk ke

5.53pm
thanks i kalau dtg nak berbuka dgn tuan dia je @ ni msg u td ~ see? i kt kalau dtg?
Did i mention?

5.57pm
u ni.. jgnla mcm ni. Kata bgurau tkkn u tk blh fhm

15/9/2007 - 6.32pm

Benci nyaaa ~ tp rindu

7/8/2007 9.45pm

kata2 tu satu doa..jd katala yg baik2 supaya tiap yg d kata tu akn jd doa yg baik

28/7/2007 - 10.54 am

Hehe..Syg blh.. Syg lah sampai bila2 pn..

24/5/2007 1.39pm

U ni memang puitis tau. Why not u buat blog satu? Blh kan

2/5/2007 9.03pm

Tak tau nk jwp camana. U juga yg kt blh tk kita jd kwn baik

6.18pm

U sihat ka? Tak mau jwp tk pa. Sekadar btanya. Moga u tenang ja. May Allah protect u always and 4ever..

27/4/2007 10.57pm

Da tido ka? tido dgn kmarahan? Tidola. Moga lena dlm ketenangan.

21/4/2007 3.23am

Now 3.20 pg.. lena u? i baru reply email u. U tk mau masuk blog i lg ka. Tk pa la.. lena la na

12/4/2007 10.43 am

Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari org yg tahu kelemahan dn kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sanggup menyanyangi dn mencintai kamu dgn sepenuh hatinya.

10.38am

Em. Bulan dn matahari, tersenyum bahgia tatkala mereka bbakti kpd alam. Mereka merasai nikmat bahagia yg tsendiri,meski sendiri. terkadang mereka dkelilingi bebintang lain yg sedang bermesra. Mereka syukur dan bahagia...

9/4/2007 9.49am

Dimana dia anak kambing sy, anak kambing sy ada d bwh meja, dmana dia itu... saya, itu amoi sebok buat keje...

5/4/2007 11.43pm

Suratan atau kebetulan? Takdir atau ketentuan?

2/4/2007 6.32pm

Hehe apakn daya nk memeluk tangan ku kudung. Nak mencium muncung tk sampai.. lalu Kubiarkan kata2 dlm debaran hati

1/4/2007 12.26pm

Emm bismillah..senyumlah..Alam kn cerah bersma senyuman u..

12.02pm
Tuai padi antara masak, esok jgn layu layuan, intai diri ini sementara nampak, esok jgn rindu rinduan

lirik lagu 'kekasih gelapku'


ku mencintaimu
lebih dari apapun
meskipun tiada
satu orang pun yang tahu
ku mencintaimu
sedalam dalam hatiku
meskipun engkau hanya
kekasih gelapku
ku tahu
ku takkan selalu
ada untukmu
disaat engkau
merindukan diri ku
ku tahu
ku takkan bisa memberikanmu
waktu yang panjang
dalam hidupku
Yakinlah bahawa
engkau adalah cintaku
Yang ku cari
selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu
ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam
hidupku

Sunday, September 23, 2007

seronok berbuke di concorde tapi hati gelisah

udang dan sayur i punya

possing maut cik Kak ni



jely dengan coklat parut i punya juga


icecream with chees cake ini i punya



Dr Rusli makan cokodok pisang with icecrem

(masa i kata mcm tu dia gelak terbahak bahak)





kotak berisi tiga ulas korma





penyanyi yang menghiburkan semasa makan

dr Rusli bayar RM50.00 untuk tiga lagu



Dr Rusli yang loaded (malu-malu nak possing)


Norazli yang cun (aaww) makan sampai dua pinggan




Salam, sabtu malam ahad jemputan pertama berbuka puasa pada tahun ini dari bos opis lama. hari sabtu gi kerja coz nak fax surat pada company GLC untuk penajaan annual dinner. bila free sikit cal azli ajak gi sama masa tu dia sedang sibuk shopping beli lampu untuk rumah baru. So kami set jumpa kul 5.45 kat tasik permaisuri bandar tun razak. Jam enam ptg azli baru sampai saya perking depan stadium berhampiran pasar ramadhan.
Kul 6.30ptg Dr dah cal tanya kat maner dia dah tunggu kat lobi . masa tu kami sdg pusing pusing dekat RUM cari paking belakang concorde tapi tak jumpa. akhirnya masuk jugak kat parking hotel. memang betul entrance hotel sdg buat renovation tapi boleh masuk.
Dr cal sekali kul 6.45ptg dia tunggu kat meja 57 jauh kat hujung bahagian smorking area. saya tanya kita bertiga aje ke maner yg lain Dr kata semua ada hal tak datang.

Sambil tunggu nak berbuka kami borak borak pasal rumah baru. Dr gan azli baru beli rumah kat bandar Putra perdana near nilai (kalau tak silap). So dia org dok citer pasal lampu, kitchen cabinet, certain, wet & dry kitchen hahaaaa mahal nya. akhirnya Dr tanya maner nak letak washing mechine nya kat wet kitchen tak muat. i kata letak kat tepi bathroom atas dan beli dryer so tak payah nak ampai baju. Dia kata mahal tak harga dryer. Azli kata murah rm500 mahal pun tak sampai seribu. so Dr kata good idea.

Bila masa berbuka nak masuk gong pun berbunyi (tak de azan) makan buah kurma yang disediakan. lepastu gi ambil makanan Dr pilih udang bbq dengan butter with brown sugar. i pilih udang , sayur goreng tepung itu makan 1st round. lepastu i ambil kambing panggang gan nasi beriani, bila dah habis i ambil sambal sotong, udang dan ketam. nak cari kepah goren cili tak ade pulak. round seterusnya makan buah cari strawbery pun takde makan buah rambutan dll. last round masatu perut dah penuh i makan icecream dua scop with chees cake. yang tegelak basar bila i usik Dr dia makan cokodok with icecream..hahaaa


masa sedang makan penyanyi dari Indonesia datang kat meja kami. i pilih lagu 'kekasih gelapku', Dr pilih lagu 'kau lah segala nya' dan azli pilih lagu peter pan tak ingat tajuknya. i ada ambil video pada hp tapi tdi nak load tak boleh pulak. Lepas habis tiga lagu Dr hulur RM50 tapi ada meja yg tak bagi pun kesian jugak coz dia org cari makan gan menyanyi kat situ.


Lepastu Dr citer lagi dia nak gi Korea hari khamis ni gan MTDC UKM staff . Biasa dia naik flight business class tapi UKM sediakan first class tiket dia ketawa besar bila i surah dia photostat tiket masuk dalam album. (ade ke apa punya idea daa). Azli pulak suruh Dr cari tempat jual produk PRADA banyak jual beg, kasut dll. Dulu masa i kat opis lama bila Dr gi luar negeri dia mesti belikan i buah tangan. i penah dpt purse kulit gambar perempuan pakai kimono, masa kat UK dan USA dia belikan Tshirt. kali ni segan nak pesan coz dia dah belanja makan.

Habis makan Dr byr bil RM258.00. Kul 9.45 mlm kami dah keluar Dr ajak duduk kat Lobi tgk show. (nasib baik kat lobi kalau kat hard rock mampus i ) Dulu penah kami masuk hard rock 7orang tiga org pakai tudung semua yang ade kat dalam yg sdg bepeluk peluk tu terkejut ingatkan kami org JAIS apa lagi kita orang gelak gelak lah.

Bila tgk show ini hati i mula gelisah coz tak seronok patut baca quran kat rumah dan sembahyang tarawih ni tgk show yg menghairahkan. tapi ape nak buat kene tunggu jugak lah sampai kul 11mlm. Lepas tu kami balik dan sampai umah sebelum kul 12 mlm. penat jugak tapi kul 4.45pagi masih boleh bagun sahur. lepas subuh tidur sampai kul 10 pagi wawawa.... malasnya.

Friday, September 21, 2007

berbuka puasa di Concorde

Semalam jumaat sedang sibuksibuk gan bos kedua dapat cal dari opis lama. Dr Rusli dari bahagian BioTeknologi cal tanya saya free tak hari Sabtu (arini lah) coz nak ajak berbuke puasa kat Concorde apalagi terus melompatlah cakap boleh aje. So dia kata nak ajak sape lagi biasa lah kawan-kawan kat opis lamatu saya kata azli (auuw yang cun mcm girl ), nazrul, Tengku zam, zai dan sally.
Dr Rusli ni memang best, dulu kat opis lama masa dia jadi pengurus sukan dan dia lantik saya jadi pengurus bowling ni yg nak diajak makan pun semua geng geng ajk sukan dia. Pangkat dia Pegawai Penyelidik JusaM54. Gaji huhuhuhu bebelasribu xabis makan punya. Dalam setahun dia kan belanja kami makan 2 atau 3 kali terutama masa besday dia dan selalunya concorde lah pilihan utama selain equatorial hotel. Kadang-kadang bila dia ada seminar kat KL dia pun ajak juga gi dinner gak.
Hari ni saya kene gi sendiri coz Dr Rusli kat KL ada seminar ni yg malas ni selalu gi gan dia dan azli aje. Sedang fikir nak cari parking kete tak ingat sebelah Saloma Bistro masih ada parking ke tidak lagi coz Dr Rusli kata parking Concorde ada buat renovation kat depan nya. Ni yg susah hati sikitni. Apapun dah janji jumpa kul 6.30ptg kat Lobi.
Walaupun seronok nak berbuke kat Concorde hati rasa tak tenteram jugak coz dah 10 hari terus buat tarawih arini kene ponteng pulak ehehehhhh macamaner ya? Apapun kene penuhi jemputan bos ni. rezeki jgn ditolak betul tak betulll (jwb lah sendiri)
Selalunya bila makan kat Concorde ni biasa lah saya memang cari Seafood dulu tapi speacialnya Kepah goreng fuhhh sedapnya. Saya ni bab yg pelik pelik tak ambik makan tapi Saya juga suke kambing bakar tapi jarang ade kat sini tapi kat equatorial gan marriot ade lah.
Sekarang ni kalau gi hotel last sekali kami dah mula makan strwbery cicah coklat lah emmm macam Datuk Siti pulak. Apepun dah lama juga tak jumpa dia orang mesti best giler coz boleh kutuk kutuk dan selalunya dr Rusli akan citer pasal Datuk JJ (menteri Sains dan inovasi) dan otai-otai dia yang buat perangai macam macam masa meting.
Kepada semua selamat berbuke puasa. byeee

Wednesday, September 19, 2007

MAKWUO 2

Hari ni hati dah tenteram sikit, rasa mcm tak sudah pulak citer makwuo tersayang ni. ada banyak lagi peristiwa dibulan ramadhan bersama makwuo dan mak.

Selain dari bakar kuih guna arang dan sabut seminggu sebelum raya kat rumah makwuo, kegemaran mak dan makwuo sehari sebelum raya ialah buat rendang, rebus ketupat dan bakar lemang. Setiap tahun mereka akan berkerjasama dan kali ni mereka buat kat tepi rumah kami pulak. Sehari sebelum tu mak, abang dan makwuo akan pergi ketepi sungai untuk mencari buluh, selepas buluh ditebang buluh akan dibasuh dlm sungai untuk dibuang miang nya. itu tugas abang mat (abg kedua) sementara itu mak dan makwuo akan tebang daun pisang. Bila semua dah ada buluh akan dipikul oleh abg balik kerumah dan dipotong gune gegaji.

Sementara mak gi cari buluh saya gan kakak kena kopek bawah kecil, bawang putih, halia dan lengkuas. Mula lah kami menanggis kerana pedih mata. Tapi mak pesan supaya cucuk bawang dihujung pisau supaya mata tak pedih. Faham faham aje lah bila mak balik bawang masih tak siap juga dan mak gan makwuo akan teruskan mengopek bawang.

Selepas itu abg akan panjat pokok kelapa untuk ambil daun kelapa muda warna kuning buat ketupat. Bab ni paling best coz kami akan anyam ketupat beramai ramai. mula masing masing tujuk teror. sape buat ketupat satay akan kene kutuk coz tak cantik. biasanya ketupat bawang yg popular. Arwah ayah pula suke buat seruling dan akan tiub kat kita. lepas tu masing masing berebut rebut nak tiup. semua aktiviti ni dibuat dibawah rumah yg ada pangkin dan dibentang tikar mengkuang. Ayah akan kopek kelapa untuk buat lemang. Ayah akan sembelih ayam abg tukang pegang. ayam direbus kemudian tugas saya dan kakak cabut bulu ayam.

Pagi esok nya (sehari sebelumraya) mak dan makwuo kukur kelapa dan perah santan guna kain yang dibuat seperti guni kecil. Ayah akan hidupkan api hingga menjadi bara guna pelepah kelapa, dahan pokok manggis dan mcm2 kayu lagi. makwuo akan ambil daun pisang masukkan dalam buluh lepastu mak masuk kan beras pulut pulak dalam buluh. bila dah susun buluh kat dinding mak akan ambil santan yg dah dibubuh garam dan masukkan dalam buluh kemudian ayah angkat dan letak kat tempat membakar lemang. Mak juga buat lemang tepung dan lemang pulut campur pulut hitam. Ayah akan menjaga api lemang sambil menambah santan dalam buluh.

Sementara lemang dibakar mak dan makwuo masukkan beras dalam ketupat kata mak tak leh masuk banyak beras hanya masukkan suku aje dan abg akan hidupkan tungku api untuk merebus ketupat dalam periok besar dan seterusnya ini tugas abg sehingga ketupat masak.

lepastu mak mula buat rendang ayam dalam kuali. Cili padi, cili kering, bawang kecil, bawang putih, lengkuas, serai dan santan akan digaul dengan ayam besama serbuk kunyit dan garam. yang best tu mak akan gengam garam kasar dan masuk kan dalam bahan tadi bila masak rendangnya cukup aje garam tak payah nak rasa-rasa. Makwuo pulak goreng kelapa kemudian tumbuk buat kerisik. Masak rendang ni cukup lama api kene jaga tak leh besar takut hangus. bila dah nak kering minyaknya akan melompat-lompat keluar kene tangan dan kaki mak oii sakitnya. Masa ni takde sape nak tolong kacau makwuo akan jaga hingga rendang kering.

Penat nya sehari sebelum raya tak leh nak ceter. Bila masuk waktu berbuka puasa kami akan makan rendang ayam gan ketupat. Mak dan makwuo lepas maghrib akan pengsan tidur keletihan kesian sungguh. Sementera tu saya gan kakak akan hiaskan rumah masukkan kuih dalam balang susun atas meja, gelas dan piring yg digunakan setahun sekali juga akan menyerikan meja tersebut.

Atas meja mesti ada ibu kuih itu kuih kek yang saya gan kakak cipta sendiri berbentuk topi. Malam tu kuih kek kan dibuat dua tingkat atas kecil dan bawah besar disapu dengan jem. Selepas disapu jem akan ditabur gan coklat rice di seluruh kek dan dihias dengan bunga rose yang kami buat sendiri menggunakan gula icing. Cantik sangat dan kuih ini hanya akan dirasmikan selepas tiga hari raya (satu dan dua hari raya cuma jadi perhiasan saja).

Oh ada lagi tiga hari sebelum raya mak gan makwuo akan kukus pulut dan pulut hitam untuk buat tapai. Selepas pulut dikukus mak akan basuh pulut tersebut dan kukus semula. Pulut akan disejukkan diatas meja yang dilapik dengan tikar mengkuang dan daun pisang . Pulut akan disejukkan bila dah sejuk mak akan tabur ragi tugas ni mak memang tak kasi kami dekat makwuo pun tak boleh usik takut tak jadi sebab makwuo ni suka pakai sentil tembakau letak kat mulut. Mak takut tapai jadi merah mcm air tembakau dan tak putih melepak. Mak juga buat tapai pulut hitam so tapai ni ada dua jenis lah. Selepas diragi mak masukkan tapai dalam periok dan bungkus dengan kain letak bawah almari tempat sejuk dan hanya dibuka dipagi raya sahaja.

Mak dan makwou akan bangun dari kepenatan dalam pukul 10mlm makwuo akan balik rumah dia dijemput oleh anak dia dengan semua bekalan yang dimasak tadi.

Esok nya dah hari raya....

rahsia


ku halau sepi
dari lingkaran malam
tapi sunyi pula
yang datang
Ku halau hayalan
dari bulatan kenangan
tapi rindu pula
yang datang
jadilah sunyi milik
usia puisi ku
dan jadilah rindu milik
kembara hayat ku
Lalu ku bawa ia
menyeberangi laut mimpiku
mengenai rahsia ombak
dan gelombang hati ku

Tuesday, September 18, 2007

Menaruh Harapan


Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui

Ku
menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh

Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini

Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap...
Dihati kecil ku menaruh harapan...

Monday, September 17, 2007

resah nya jiwaku


Hari ni emosi cukup resah, kehilangan demi kehilangan yang ku alami membuat semua yang ade rasa tidak bererti. telah lama ingin ku lupakan tapi kenangan yang muncul dan telah ku coretkan itu cukup memeritkan dari semalam airmata ni berlinang aje. entahlah mengapa harus ku imbau kembali kenangan itu ? kini hati sayu dan pilu. resah nya jiwa ku rasa ingin ku pergi jauh dari segalanya dan menutup mata ni tanpa berharap ia akan terbuka kembali.....

MAKWUO

makwuo 1

Bulan puasa ni byk kenangan yang datang mengusik perasaan, semasa kecil ramai yang menyayangi kita terutama mak saudara tambahan saya memang tidak pernah merasa betapa indah nya kasih datuk dan nenek. Apa yang saya tahu ayah dan mak tiada adik beradik mak pula isteri kedua dan saya mempunyai mak tiri yang dipanggil Mak tua. Kakak seayah ada seorang yg di panggil Kak Long dan ayah ada mengambil anak angkat yang saya panggil Makyang. selain dari itu Makwuo adalah insan yang saya sangat sayang. Makwuo ni lebih tua dari mak, dia pun ibu tunggal yg hanya mempunyai sorg anak lelaki bertugas sebagai guru dan mengajar diKelang. Tapi seharian makwuo hanya tinggal sendirian. saya bila balik sekolah rendah selepas makan tengahari akan bermain dirumah makwuo hingga waktu maghrib baru balik rumah. bila cuti hujung minggu makwuo akan ajak saya gi kebun dia. jadi hari jumaat malam saya akan tidur dirumah dia dan pagi pagi sabtu jam 7.00pg kami akan berjalan kaki menuju kekebun makwuo.
Kalau nak ikutkan memang jauh betul kebun nya lebih dari sejam berjalan kaki baru sampai dimana kami menyusur jalan kecil yg hanya boleh di lalui oleh basikal/motosikal aje. Sambil berjalan saya akan menikmati pandangan kebun durian dan ladang getah. Tak tahu ape yang seronok dikebun itu cuma bila sampai di pondok makwuo akan beri minum air kopi dan nasi dalam upih pinang tu yg sedap tu. lepas makan saya akan petik cili padi yang rendang dan lebih tinggi dari saya leka dengan memetik cili saya akan cabut ubi kayu dan petik daun ubi dan pucuk paku. Bila dah penat saya akan tidur didalam pondok.
Jauh kehulu kebun ada air terjun saya pernah sekali pergi keair terjun ni masa darjah lima itu pun punya susah nak dapat kebenaran dari mak untuk pergi. Memang cantik tapi sampai sekarang saya tak tahu apa nama air terjun itu ingat balik ni nak tanya sape sape yang tahu dan apa dah jadi kat situ.
Ditepi kebun tu ada tali air yang sejuk airnya dan dihilir kebun ada sungai dimana makwuo akan menangguk ikan. ikan nya warna putih dan bersisik makwuo kata nama ikan tu ikan putih tapi ikan tu byk tulang bila nak makan kene cubit dari ekor. ehh dah lama tak jumpa ikan tu tau maner nak dapat lagi agaknya ya.
Biasanya lepas sholat zohor kami makan lagi dan bila dah redup makwuo ajak balik. Memang penat bila nak balik tapi seronok.
Selain daritu makwuo ni ada special nya. Seminggu sebelum raya mak gan makwuo sibuk buat kuih baulu guna sabut kelapa, lepas sahur mak dan makwuo akan pukul telur dan gula dalam pasu bulat guna spring dari tembaga hingga berbuih. Bila telur dah kembang makwuo akan bakar pakai acuan tembaga bentuk buah manggis dan belimbing. Biasanya kuih akan selesai disiapkan dalam tengahari dan semua kuih disimpan dalan tin biskut besar yang ada cermin kat tepinya. Selain kuih baulu mak pandai buat biskut guna majerin planta dan kuih kek. Biasa mak yang adun dan makwuo akan bakar guna arang masatu takguna owen lagi.(bila dah masuk sekolah menengah baru mak guna owen bulat letrik) Kuih kek mak memang sedap ada kek dam, kek belang merah kuning, kek kismis dan coklat. Tapi masa tu takde pulak org jual kuih macam sekarang. semuanya berlumba lumba buat sendiri seronok betul.
Tugas saya dan kakak masa tu ialah susun kuih dalam tin kalau nasib baik mak kasi tlg tekap kuih dan letak dalam loyang. (mak tak kasi tekap acuan kuih takut nanti kotor tahu aje lah budak budak kan usik sana usik sini) Bila masa bebuka mak akan keluarkan kuih yang hagus sikit sikit untuk dimakan yang cantik untuk hidangan hari raya.
Maner mungkin pengalaman itu akan berulang lagi kini semuanya hanya tinggal kenangan yang bila ramadhan muncul jiwa tersentuh airmata mengalir mengenangkan semua yang disayangi telah lama pergi meninggalkan saya. Saya meneruskan hidup tanpa ayah dan mak tahukah betapa deritanya dilalui bila takbir shawal bergema. tika menaip ni pun airmata ni berlinangan kerana saya memang tak suka hari raya menjelma kalau bolih biar takda hari raya kerana ianya amat menyakitkan dan memedihkan. Setiap pagi shawal saya akan berteman airmata dan selepas balik kubor saya akan mengurung diri dalam bilik menanggis dan menanggis.


Sunday, September 16, 2007

sekuntum mawar merah sebuah puisi

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh..
Di bulan Februari

Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi oh
Di bulan Februari

Kemesraanmu dan cintaku
Berlagu dalam irama nan syahdu
Tapi mengapa hanya sementara
Cinta yang menyala padam tiba-tiba

Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar merah berduri
Menusuk di hati
Haruskah ku ulangi

Apakah dosaku dan apakah salahku
Sering gagal dalam bercinta
Mengapa cinta hanya sementara
Api yang menyala padam tiba-tiba

Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar merah berduri
Menusuk di hati
Haruskah ku ulangi

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Di bulan Februari




Termenung ku termenung



Termenung ku termenung
dalam ku dilamun angan-angan
ku bayangkan keindahan
kemanisan yang masih jauh
dalam jangkauan

walau ku mampu tersenyum
buat seketika
akan kekal kah senyuman ku
atau hanya singgah
mengisi ruang ruang sepiku

Sepi ku tanpa mu
tanpa usikan dan gurauan mu
yang menyapa seketika cuma

dimana dikau kasihku
kemana dikau kasihku
mestikah aku termenung
menunggu mu
hingga senja menjelma
malam belabuh
subuh muncul kembali
pedih nya kurasa

termenung ku termenung

Friday, September 14, 2007

hati ku berirama rindu





Hari ni Sabtu saya keje lah pulak tak tau nak buat entry ape. Senarai penaja untuk annual dinner dah selesai cuma sedang cari company yg link dengan GLC pulak. So dalam kul 3.30ptg balik nak gi pasar ramadhan pulak.

Tapi tak tahu lah hati ni rasa lapang aje walaupun keje serabut tapi tak tension pun. Kenapa ya hati ni senang aje.. (rahsia..ehehehhh)

Dah tiga malam dapat buat tarawikh hari pertama buat kat surau tapi panas sgt rasa mcm nak pengsan coz surau tu surau lama tingkap ditutup gan langsir angin tak masuk. Kipas pulak tak rasa. Apapun habis juga 20rakaat campur 3 witir. Mula-mula ingat nak buat 8 aje tapi takut tak dpt buat witir pulak so kuat hati dan semangat untuk teruskan sehingga witir. Bukan ape bila dah balik umah mesti dah penat dan mesti tak buat witir. faham faham ajelah. Dan 2mlm buat kat masjid pulak. Ramai nya org kat masjid. Imam yang baca surah best betul suaranya lantang dan cukup merdu. Banyak surah surah yg jarang dibaca dapat dihafal semula best nya.Rasa sayang nak tinggal kan shalat tarawikh ni. Ku akan berazam untuk menruskan selagi bolih jgn ada jemputan berbuka puasa sudah coz one kita dah tinggal nanti malas akan bemaharajalela.

Tahun lepas ada 3,4 jemputan bebuka puasa dan yg best sekali kat Marriot putrajaya masa itu CIMB belanja. Makanan nya ada disetiap penjuru so kita dok round pilih maner yg susah nak dpt. Ingat lagi kwn saya budak Sabah bapak dia cina mak melayu kot kita panggil dia amoi aje bila jumpa lauk itik dia ajak saya ambil mak aiii memang tak pernah makan itik pun so dia ambil tapi saya tak berani tapi saya suke seafood pantang jumpa udang ketam dan sotong memang tak tolak punya...

Nak masak ape ya hari ni? rendang ayam kot yes yes sedapnya. gi pasar ramadhan nak beli caremal dan kuih akok, lauk pulak nak beli siput sedut emmm or tempoyak udang galah wou wouuuu semua nak tak bolih jadi ni kene cancel gi pasar ramadhan bahaya tuuu. Biar kirim aje kat kwn nanti.

Kenapa sdg buat entry saya tersenyum sorangsorang ni..emmmm rindu dah terubat kerana dia dah sudi menyapa semula walaupun saya yg kene mulakan dulu takpe kan biar hidup ni suke mengalah dan berlemah lembut kan..emmm (terasa pulak nak puji diri ni...)

Apapun selamat berbuka puasa kepada semua...kalau makan sedap jgn lupa baca bismillah hehehe


Tuesday, September 11, 2007

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Ramadhan muncul lagi
silih berganti
kita jua masih meneruskan
seperti dulu dulu
Puasa
mari kita mulakan
dengan keikhlasan
penuh keredhaan
buat semua yang dikasihi
maafkan diriku
atas segala kesilapan ku
yang dulu
ketahui lah
aku amat menyanyangi
diri kamu semua
amin
ann- 12/9/2007

ku rasa kehilangan mu


ku kehilangan mu
jiwa ku meronta ronta
menghitung detik
kemana kau menjauhkan diri
dimana kah di kau berada
dimana
ku disini rindu kan mu
terlalu rindu
rindu kan mu
dan ku merasa kehilangan mu
kembalilah sayang
ku menantimu
disini

Usik-Usik Saleh Yaacob - TV9




Tajuk bual bicara rancangan ini 'LATAH'




Tajuk bual bicara rancangan ini 'MAT SALLEH CELUP'



Sebagai Penolong Setiausaha Puspanita saya telah mengaturkan program bersama TV9 semalam 10/9/2007 di Sri Pentas 2 Alam Sentral Shah Alam dan kami telah mengikuti dua slot rancangan bual bicara Usik usik Salleh Yaacob. Bagi yg tak biasa menonton TV9 memang tak tahu ada rancangan ini tapi biasanya rancangan ini disiarkan pada hari isnin kul 9.30mlm.

Kami bertolak dari opis kul 11.45pg spai di SA kul 12.10tgh. kami naik ke tingkat 5 dan disambut oleh Cik Rini. Sambil menunggu makanan kami pusing-pusing dan menyoping lah. Makanan siap kul 1.45tgh dan dihidang dengan nasi minyak, kari, ayam dan acar buah. Sebelum makan kami sholat dulu di surau nya.

Recoding mula hampir jam 3ptg hingga hampir kul 5ptg. Untuk setup yg lambat bila dah mula cepat aje. Cuma bila produser kata cut saleh akan kata silap tang maner sambil ketawa. Lepas start semula. Seronok tapi studio ni cukup panas dengan cahaya lampu dan ada 5 biji kamera untuk merakamkan program ini.

Semua ahli puspanita ni tak pernah mengikuti recoding siaran tv so ini pengalaman pertama mereka. Semua seronok kerana selepas rakaman kami dapat bergambar dgn artis undangan Saleh Yaacob iaitu Ako Mustaffa, Naz, Ida Moin dan Norkhiriyah.

Melihat muka Ako yg handsome dan Naz yg putih melepak lg kiut hai cair hati ni. (Tapi kene sedar diri juga) gelagat mereka yg sgt sporting dan bersahaja melayan kami bergambar dan bergurau. Begitu juga dengan Ida dan khiriyah yg kuat melatah apabila diusik oleh Saleh mereka juga sgt peramah selepas shooting.
Ako kata dia melayu tulin tapi Naz darah campuran Cina India Melayu. kadang-kadang dia kata bila marah terjelir lidah dan kepala juga tergeleng-geleng mcm org India. Ako tu bila pandang muka dia kesian nya coz gf dia kan dah dikebas oleh Jehan miskin. tapi Ako ni nampak comel muka mcm budak baik dan manja sebab dia ni debab sikit.

Produser TV9 Rini (org sabah) dan ashyikin memang best melayan kami dgn hormat sekali dan mereka menyediakan makan tengahari yg biasa nya tidak disediakan. Masa nak balik dihadiahkan goodie bag berisi majalah EHH dan makanan ringan.

Sampai kat opis kul 6ptg penat nyaaa tapi seronok.
Projek lawatan ni adalah projek ke2 saya sebelum ni saya penah aturkan program melawat Utusan Malaysia sambil mengadakan perlawanan persahabatan acara Netball, pingpong dan bola sepak.
Lepasni memang lagi sibuk dengan program Annual Dinner bersama Pak lah pada 5 Disember 2007 dan saya ditugaskan mencari penaja. aaaaaaa semua company takut jumpa sayaaaaahehee



Friday, September 7, 2007

rezeki dapat join hi tea gan isteri PM










Hari rabu sedang kecoh-kecoh minta kelulusan dari Pengarah untuk lawatan 10 Sept ke TV9 serta cari ahli Puspanita 40 org untuk program ni. Lepas tu bos pulak panggil semua Urusetia Annual Dinner coz tak puashati tentang bajet dan sponsor yg kene senarai kat sape nak minta duit sape nak bagi hamper, barang letrik , hp, latop dll macam macam lagi serta surat kelulusan kutip derma mak aiii pening kepala. Lepastu Setiausaha Puspanita cal pulak kata saya kene ganti isteri pengarah gi hitea gan isteri PM kul 2.30ptg. Saya ni hanya Penolong Setiausaha saja
kecoh lagi saya tak tau maner nak didulukan.

Saya cakap gan S/U dia kene buat surat kelulusan dari Pengarah untuk Lawatan saya pulak cari perserta dan email semua wakil bahagian ambil nama peserta. So hari ni tak gi lunch lah coz kul 2 dah nak gerak gi umah puspanita yg di panggil Rumah Puspanitapuri.

Bila sampai kat Puspanitapuri S/u cal suruh tunggu dia coz Pengarah nak dia dtg juga. Lepas daftar nama tunggu pulak S/U baru masuk dlm Dewan. Dewan Puspanitapuri memang cantik dan biasa di gunakan untuk buat kenduri kawin. Kami pilih table no 50 coz kat tepi red carpet. Tujuan nya bila isteri PM masuk dapat bersalam. So kul 3.00ptg isteri PM masuk nasib kami memang baik kerana bila masuk dia pandang sebelah kami so dapatlah bersalam dan menatap secara life wajah dia yang memang cantik dan ayu. Patut lah Pak Lah ceria aje sejak berkahwin dan bila berjalan asyik nak pegang tangan isteri dia aje. Tapi setelah melihat sendiri dan bersalam gan Datin Jean saya akui dia memang cantik dan ayu dan memang kecantikan asli. Sayang nya masa nak ambil gambar pakai hp memory full pulak.

Isteri PM bila berucap boleh tahan walaupun diletakkan text ucapan dia tak pandang pun so disini kita nampak dia buat home work dan bersedia untuk berucap.

Makanan hari ni ialah satay, mee rebus, kotieaw goreng, rojak, kuih green tako, putu piring, buah rambutan dan dokong. Tapi servis teruk ada meja dapat ada meja tak dapat hingga majlis berakhir air kopi pun xsempat nak hidang.

Tepat jam 4.30ptg diumumkan isteri Pm dah nak balik terkejut gak coz majlis sedang meriah sangat dengan penyanyi2 bernyanyi (artis terdiri dari pemenang pertandingan menyanyi antara puspanita dan seorg artis lama yg tak dengar namanya masa diumumkan tapi muka dia mcm zainal abidin) boleh tahan lah.

Masa isteri PM nak balik semua yg hadir dah berbaris kiri kanan untuk bersalam so isteri PM bagus dia hulur dua dua tagan dia sambil berjalan so semua orang salam dan pegang tangan dia.

Lepas isteri PM balik datin datin yg bermacam-macam fesyen ni (geli tgk) mula lah tunjuk belang. Dia org mulakan dengan nyanyian dan tarian poco poco. Sambil tgk gelagat Mak Datin kami teruskan makan makan. Bila dah boring jam pun dah kul 5.15 so kami pun balik lah walaupun majlis belum berakhir. Sampai opis bos dah tunggu siapkan keje yg patut balik kul 6ptg. Penat jugak.

Malam masa berita kat TV3 tegok PM dan isteri melawat Tun Dr Mahadir kat IJN kul 5.30ptg. So nampak Isteri PM pakai baju batik putih dan selendang biru sama dengan baju yang dia pakai masa jamuan ptg td. Patut lah dia balik cepat coz nak iring PM gi Hospital.

Apa pun best dapat menatap wanita pertama malaysia secar life.




Tuesday, September 4, 2007

melody - yang telah lama berputik



Terlihat bulan dipagar bintang
terdengar melody pungguk berlagu
Aku tidak peduli dengan siapa kau bercinta dulu
akan ku rebut sisa hatimu walau secebis cuma
yang masih bersemadi dalam hatinya
Untuk ku rungkai kata cintaku
hanya untuk mu

Aku rela menukar seluruh bahagia ku
agar kau dapat merasakan
betapa luhur nya kasih ku
yang telah lama berputik untuk mu

ann...5/9/2007

Monday, September 3, 2007

BUNGAPI PUTRAJAYA









hati ku sedih

senyuman hilang entah kemana

jiwa sayu

perasaan gelisah


malam 31 Ogos selepas majlis tahlil arwah dan bacaan yassin kakak ku pandang mukaku dia dah tau dah minah ni mesti dah banjir. So dalam kul 9.45mlm kakak kata jom. tanpa banyak soal aku turut aje rupa-rupanya dia bawa gi putrajaya tgk bungaapi. Dah dlm kereta ikut aje lah. Ingatkan mlm tu bungaapi start kul 10mlm ruparupanya start kul 12mlm. dahlah jem teruk nak sampai katputrajaya so ikut sortcut celahcelah kat IKRAM akhirnya sampai jugak. tengok bungapi hanya 1/2jam tapi nak balik 1jam sangkut kereta tak gerakgerak lepastu gerak sikit cari exit keluar KL semua jem xgerak so pusing sana pusing sini saya kata kita cari exit Dengkil jam dah kul 2pagi minyak kete pulak tinggal setakuk mak ai.. ckp gan kakak tutup acond so dalam perjalanan pulang penuh gan hutan takutnya kami empat org semua perempuan. akhirnya sampai umah kul 3pagi penat giler mata pun mengantuk apalgi tidur lah.. Taubat tak tgk bungapi lagi xsanggup...