missing u

missing u

Thursday, December 13, 2007

Warna berbeda - Teman

teman
hadirmu mu berbagai warna
putih, ungu, biru dan kuning
teman
walau zahirnya kita berbeda
namun kita punya hati
sekeping hati
yang mulus
ingin disayangi
ingin menyayangi
namun teman
takdir menentukan
hati kita
mekar berseri
atau layu terkulai
dan
kita hanya perlu redha

Wednesday, December 12, 2007

MAHA KARYA CINTA


Maha Karya Cinta

Begitu berat melangkah
melihat kau bersamanya
adakah aku yg salah
atau hanya helah saja
ku masih mencintai diri mu
bila kau menjauh
ku rindu kau bagaikan udara
yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
tanpamu ku lemah
pasti aku tak berdaya
kerna kau maha karya cinta ...
biarpun kau tidak mahu
menerima kasih daku
ku kan setia bersama mu
sehingga ke akhir waktu
ku masih menyayangi diri kamu
bila kau berlaluku rindu ..
kau bagaikan udara
yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
tanpamu ku lemah
pasti aku tak berdaya
kerna kau maha karya cinta
kau takkan dapat aku lupakan
kerna kau lah punca cinta kita
mengajar aku erti bahagia
kembalilah ..
terimalah pesan daku
yang akan terus menunggu

Tuesday, December 11, 2007

mawar unggu dari teman



indahnya mawar unggu ini
sejuk mata memandang
terima kasih teman
membenarkan ku memetik mawarmu
kau mawarku
pujaan kalbu
ratu hati beta
mawar hadirmu penuh dengan seribu kenangan
ujudku kerana kamu
yang kini entah dimana
menyepi tanpa berita
masih adakah rasa kasihmu
padaku
seperti dulu dulu?
atau telah kau lemparkan
semua kenangan indah kita
dan kini
hanyut bersama sepi dihati
aku masih disini
menanti mu

novel ohhh novel

Seronok nya rasa bila dapat printer baru yg siap dgn scanner lagi. Jenis Samsung SCX-4200. Apa lagi dapat lah scan novel novel yang dah dibaca spanjang bulan november hingga minggu ni. Jap lagi nak pulang semua novel ni kat libary. Semenjak setahun lebih ni dah tak beli novel coz blh injam kat libary aje. walaupun byk buku lama tapi kalau belum baca apa salahkan nya kan. So novel Mencari Kekasih ni mawar dah citerkan sebelum ni kisah cinta setia seorg wanita hingga keakhir hayatnya.


Novel Untukmu Hana ni seronok jugak citer nya berkenaan seorg anak angkat yg dibesarkan oleh sepasang suami isteri yg berjawatan Doktor dgn kemewahan bila diberitahu dia anak angkat dia berusaha menjejeak ibu angkatnya di kampung dgn cara tersendiri. Novel ni kisah semasa menuntut kat U dan kisah menaruhati ketika zaman sekolah rendah, terpisah dan terjumpa kembali kat U. tapi yg dicintai telah ada BF. Bila tamat U masing masing berkeja tapi akhirnya dia baru sedar yg dicintainya bukan gadis itu tetapi teman rapatnya. seronok baca masa endingnya.



Kisah student yg kene tangkap basah dan terpaksa berkhawin demi menjaga maruah keluarga. Bagaimana kesabaran seorang lelaki yg menjadi suami tetapi hanya untuk berpura-pura. Tetapi akhirnya kerana kesabaran kasih sayang dan cinta itu ujud juga dan setelah bermacam macam halangan mereka bersatu menjadi suami isteri yg sebenar.



Novel ni xboring nak baca coz cerita nya juga menarik kisah seorg gadis yg hendak membalas dendam kerana dikecewakan tetapi akhirnya menerima takdir dan berbahagia dgn teman yg setia menanti terbukanya hati untuk menerima kasihnya.


Sunday, December 2, 2007

sesuci putih kelopakmu

Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun terluka namunku merindu
Kerana cintaku tiada akhirnya
Walaupun kau telah menghancurkannya
Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun sengsara namunku masih sayang
Kerana cintaku mewangi dan harum
Walau tercampak di mana jua
Andaiku tiada, andaiku pejam mata
Biarku abadi, cinta yang setia ini
Biarpun kau jauh, sambutlah salamku
Kerana aku masih menyayangimu
Tidak pernah aku membenci dirimu
hehehe mawar syok sendiri aje

Monday, November 26, 2007

usik usik xleh buke wuawuawuaaa


wuawuawuaaaa sedihnya ... kalau KS dan sis misty dtg melawat ketaman mawar dan meninggalkan jejak mesti mawar xleh nak baca. Dah kat situ xleh buke pulak.. geramnya
biasanya camni lah sana kene block sini kene block.. aritu ntry KS xleh baca sekarang dah leh pulak baca, la ni sendiri punya pulak dah kene block..wuawuawuaaaaa ape2 pun KS dan sis kalau berkunjung tinggalkan jejak kat shouxbox bawah ya....babaiii

Thursday, November 22, 2007

rindu lagi....

Rindu nya hati ni walaupun semingguan kesibukan menjalankan tugas, tiada masa untuk bermalas malas semuanya kene lakukan sehingga hari jumaaat. Annual Dinner pada 5hb Disember ni dah nak sampai kekemuncaknya. Baju batik Trengganu pun dah dpt dan dah hantar untuk tempah, warnanya hitam dan cream berjalur jalur. Sponsor pun dah hampir 100k leganya. Tadi baru semak senarai syarikat yg beli iklan untuk disusun dlm buku program. Semalam gi UCSI, MPAJ, FB Travel dan Koswip Trading dgn boss. Balik dah penat gi makan Mc D huhhhu lega nya.

Pagi ni meeting lagi tapi tak selera nak makan walaupun atas meja nasi lemak ayam berempah. Ini semua pasal sorang AJK yg lembab makbab. geram betul ade ke senarai kehadiran peserta bahagian latihan dia tak save nak kata begong nampak smart. Dianya sedap sedap gi latihan koir. Yg jadi mangsa kene marah kami ni yg dah bertungkus lumus buat keje. Apapun bos kata, ni meeting yg terakhir fuhhh lega nya.

Hari Sabtu kul 4ptg hingga Ahad semua AJK penyambut tetamu akan gi Kursus Protokol kat Tiara Beach Resort kat Port Dickson. Yalah nak sambut Pak Lah gan Datin Jane. Bukan senang nak buat dinner bawa Pak Lah ni. Menurut penerangan Boss tadi kami kene siapkan tempat/makan untuk pengiring dia lebih kurang 70 org yg terdiri dari Driver, Body guard, Polis, Paramedik dan SB. Dan kami AJK keseluruhan 100 org dari A - Z.

Penyanyi jemputan Anuar Zain dah tentu ada lagu Lelaki ini dan 3lagu RM12,000, Alleycats David Arumugam pula RM10,000 mesti ada lagu sekuntum mawar merahkan...emmm KS masin lah mulut u kan, dah dpt dengar lagu tu tapi saya minat lagu, aje bukan org nya. heheee dan terakhir penyanyi dah lama tak dgr mcm dah pencen aje Norazlina Aziz ni murah aje kot. Tah tak nampak pulak qotation dia. Patut nak ambil Adibah Nor tapi xdpt dia dah ada show kat tempat lain. So Semua kehadiran pada mlm tu 1,300 org. Hari rehearsal nanti sesi bergmbar gan Anuar Zain awwwh mcm lembut aje...lelaki ke???

Entah lahhh harap selepas harini takde lagi kesibukan cuma lepas dinner nak buat surat untuk ucapan terima kasih dan pos kan risit serta buku program kepada semua company yang telah membeli iklan. So xsabar rasanya nak habiskan tugasan ni. dah penat sasangat ni...

So tunggu tau nanti kita masukkan gambar-gambar masa dinner ....

Sekarang ni nak rindu pun tak bertempat, nak gurau gurau pun dah tak tahu gan sape so...rindu ajelah ssendiri sendiri....so nextweek lah jumpa lagi...adios..

Wednesday, November 14, 2007

Mengantuknya...


Kalau lah dapat merebahkan badan dalam kedinginan cuaca pada tengahari ni mesti bestkan...betul betul menggantukni.....aircond pun sejuk nya beku lah..
baru balik dari Puncak Niaga kat Shah Alam, Uem kat Jln Syed Putra dan Jaring kat bukit jalil...kejenya hanyalah gi kutip cek untuk annual dinner dalam mengantuk tadi pegang cek RM13,000 dan lepastu gi Majlis Perbandaran Sepang ambil cek RM2,000. So harini rasa bermimpi pegang cek ...hamper pun dah belambak lambak, cuma baju batik yang sepatut dapat pada harini masih xnampak lagi...
Driver pulak budak baru dan baru arini kenal fuhhh terlalulah peramahnya..penat dgr dia cerita tapi saja saja lah buat ketawa melayan dia.
Jap tadi ada tiga org kerani kewangan baru lapor diri so kene rombak pulak jadual tugas yang ada dan susun kedudukan meja, so dah penuh semua nya seramai 20 org. Selepas berbincang saya dah buat satu keputusan supaya group1 yang xcukup meja kene letak di group 2 dan semuanya kene berpindah hingga ke group 4. Pembantu akauntan juga terlibat kene dipindahkan dan kerani failing juga terlibat. Supaya tiada bantahan dibuat saya mengesyorkan supaya ketua group mengunakan kuasa veto dgn ini semuanya akan selesai mengikut arahan.. tgk lah jap lagi apa akan tejadi.... masani baru nampak siapa yang besar kepala dan melawan dan mereka ni akan saya perhatikan dan semasa penilaian tahunan nanti baru saya katagori mereka pegawai yg macamaner... tungguuu

Monday, November 12, 2007

Mencari Kekasih


Ramadhan dah lepas raya pun dah habis.....masa masa terakhir raya ni byk ku habis kan dengan membaca novel dan novel yg baru selesai ku baca sepanjang hari sabtu dan ahad lepas ialah mencari kekasih ~ ZaharahMuhammad
Pengarang novel ni banyak menggunakan ayat quran dan hadis ddlam karangannya dan menjadikan kesetiaan berkasih tajuk utama msgnya disamping ketaqwaan kepada Allah. Sehingga satu ketika saya tak dapat menahan airmata saya mengalir dan saya menanggis dalam kepiluan mengenangkan betapa setianya hati seorang wanita kepada cintanya yang berputik dari kanak kanak sehingga keakhir hayatnya. (kesetiaan ni takde pada saya ..ahh malunya)
Kalau dikaji semula saya rasa memang bodoh tindakkan nya yang senantiasa menanti dan begitu setia pada cintanya tapi hati kita, kita yang tahu dan kita yang merasakan dan disitulah mulanya segala galanya tindakan kita untuk terus setia menyiksa diri atau berundur dan cuba mencari bahagia.
Antara bait bait yang tertulis yg amat menyentuh hati ku ialah
kaki yg memijak duri
kubawa ia menyusuri hari
merentas batasan mimpi
yang roboh disini..
dihati ini!
...........................
bila fajar menyingsing
dukaku membeku diselimuti waktu..
dan aku larikkan semula mimpi lalu
semaikan di tapak mimpi baru...
..........................
jika rindu...nyatakan pada bulan
jika resah...luahkan pada malam
tetapi jangan lupa saat pangaduan paling indah
adalah bersama Tuhan di sepertiga malam......
..........................
bila bahasa cinta bergema dijiwa
rembulan hanya mampu tertunduk pilu
segala bintang pun jatuh
bertaburan di kaki malam ku...
...................................
Apabila dedaun senja mula berguguran di sepanjang pelabuhan tika malam tiba untuk menunaikan janjinya...aku tetaplah sekuntum bunga putih yang gugur diluar jendela, terbenam ke dasar bumi... biarpun telah ku serah semua rasa tanda cinta. Sebuah cinta yg tak kesampaian didunia, berguguran kelopaknya jatuh kegigi air. Lalu hanyut bersama buih buih dan tenggelam kelaut dalam. Mencipta sebuah lagi episod cinta di antara berjuta cinta manusia yang lara!
.............................
Setelah habis membaca novel ini yang ending adalah kematian tetapi insan-insan sekeliling yang ditinggalkan menempah bahgia.
mawar: kepada insan yang tidak dapat melupakan kekasihnya walaupun telah ditinggalkan(kerana itu kata hatinya) mawar tabik springgggg kerana mawar pun sama susah nak lupa insan yg mawar kasihi.... walaupun kini dia telah...entahlah!

Sunday, November 11, 2007

uphhhs dapat bertukar


emmm dah lama bersawang blog ni, bukan ape tak mood nak mematuk matuk keyboard ni. Apapun kejap tadi baru habis jamuan perpisahan untuk farah yg akan bertukar esok keJabatan Kebajikan Taiping. hilang dimata seorang member jogging. gan farah ni syok jugak, dia kawan lepas waktu pejabat berjogging sekeliling tasik yg indah. untuk mengelilingi tasik mengambil masa lebih sejam. sambil berjogging kami akan menikmati burung bangau putih berterbangan di tengah tengah tasik. Penah satu hari itu masa berjogging dipertengahan jalan hujan turun dgn kilat dan petir. Semasa sedang mencari tempat berteduh tiba-tiba petir berdentum terasa macam ditepi kami. so kedua-duanya mengigil ketakutan dan itulah kali terakhir kami berjogging ditepi tasik itu. Tak lama lepastu farah berkhawin dan hari ini dia mohon bertukar ke Taiping untuk mengikut suaminya yg bertugas di Penjara Taiping.
Jamuan hari ni sederhana tapi sedap, kami minumpetang aje dgn kuih muih dan speacialnya Meehoon goreng TomYam.
Ada lagi kerja yang belum dibereskan menghantar surat kepada company yang dah bagi sponsor. Alhamdulillah dah tak kene marah lagi kerana kutipan telah mencapai sasaran hampir RM80,000. So sebagai imbohan kami akan mendapat sepasang baju batik untuk semua urusetia yang maner akan diserahkan pada 15hb ni untuk ditempah. Jadinya annual dinner pada 5 Disember ini yang akan dihadiri oleh Pak Lah dan isteri sangat sangat dinantikan....heheee cuma kerja kami sebagai urusetia kewangan akan berakhir pada 4 Disember. lepastu boleh lah berehat dan menengkan otak.. wuauwuaaa lega..

Wednesday, November 7, 2007

happy besday


happy besday 2u
happy besday 2u
maner dia muruku
untuk diriku
sayang happy besday, tak rindu gan kite ke? so happy besday and happy deepavali amma
mawar : suke makan muruku tengahri esok...

Tuesday, November 6, 2007

Rindu dan kenangan datang mengamit

kadang kadang bila rindu itu tetiba mencuit dihati jiwa rasa bergetar, ingin rasanya untuk menyapa, melayangkan rindu dan merisik khabar tapi apakan daya jari ni tak berdaya untuk melakukan nya walau hati meronta ronta. Apa yang harus ku lakukan bila rindu datang mengegar, ku lemah menahan kesakitan ini. Pada siapa harus ku kongsi segala derita ini sdgkan dulu kita sama-sama bercerita bergurau usik mengusik. tidak kah kenangan itu masih ujud dihatimu seperti diriku yang amat payah melupakan nya. Entahlah... mampukah ku buang segalanya? sudah tentu tak mungkin cuma yang mampu ku lakukan hanyalah menyimpan kenangan itu disudut hati ku dan akan ku kembalikan kenangan itu bila rindu datang mengamit.

Monday, November 5, 2007

A PROMISE

U may have....
Someone on ur mind
Someone in ur heart
Someone in ur dreams
Someone in ur life
but...
i am ur someone when u have no one...
A PROMISE FROM ME!
msg dari teman 5/11/07 ~ 7.04pm
tak sedar airmata berlinang selepas membacanya.
sebenarnya masih ada insan yg sygkan kita
walaupun kadang-kadang kita hampir lupa dgn nya.

Tuesday, October 30, 2007

jamuan hariraya


30/10/2007 jamuan hariraya bahagian. mcm2 ada makanan dan lucky draw pun ada. tapi sedih sgt hadiah pertandingan bowling takda. dah lah ketua pengarah kata bulan nov & dis mungkin tiada perhimpunan bulanan. Lucky draw duit raya pun tak kena, ada yg dpt tapi tak dtg perhimpunan dan yg specialnya 3 tiket penerbangan NURI mengelilingi langkawi. so melopong aje lah. makan pun tade mood saje saje ambik satay ayam. lepas jamuan mula sibuk call travel agent followup untuk sponsor annual dinner.
entah lah dari 77 buah travel agent hanya 10 dah berikan tiket dan duit. ptg ni kene call lagi coz diorg janji ptg ni nak bagi jawapan. tapi yg gelihati tu travel yg mengelat mcm2 reason dia bagi tau boss xde lah, tak dpt surat lah tapi bila minta no fax sama pulak dgn yg di fax bulan lepas.
Entahlah bukan senang nak dapat sponsor ni tambah dgn org yg kita tak kenal. asalkan org yg kita kenal dah janji pun sampai sekarang pun tak tunaikan. takpelah xda rezeki dan jgn mengharap itu lebih bahagiakan!
mawar kalau janji pasti ditunaikan - insyaallah

Monday, October 29, 2007

Sunday, October 28, 2007

Penat arini tapi lega

Lama rasanya diri ini tidak tersenyum, hari hari dipenuhi dengan kesayuan melawan hati nan rawan. Hari ni rasa senang hati sikit tadi kul 10 pg keluar dari opis gi byr duit kete selama 5 tahun pakai kete ni dah tak sabar sabar rasanya nak tunggu 2bulan lgi baki tinggal rm1,300 aje. Insyaallah bulan disember ni abis lah bayar. Lega nya dah tak berhutang lagi. Dalam hati dah berazam tahun 2010 baru nak beli kete baru, nak rasa gaji yg diterima tanpa bayar hutang.
Apapun dah plan insyaallah bulan Febuari ni nak gi China setakat ni dah ada lima orang yg nak joins sama pakej pun rasa mcm ok aje rm2,300 untuk 5 hari 4 mlm. So i doa selalu agar plan ni berjaya. memangpun dah berazam setiap tahun nak gi tour samada dgn kwn atau ikut travel agent yg buat promosi.
Esok jamuan hariraya dan perhimpunan bulanan. Mungkin masa ni terima hadiah untuk main bowling bulan Julai dulu. Apepun berkumpulan 3 org saya dpt tempat ketiga sama mcm tahun lepas dan persaorangan mcm tak caya bhg wanita sy tpt pertama. So harap harap adalah penyampai hadiah bowling tu.. huhuhuuu

Thursday, October 25, 2007

Menghitung hari


detik demi detik
masa kunanti apa kan ada
jalan cerita
kisah yang panjang
menghitung hari
* padamkan saja
kobar asmaramu
cinta putih itu takkan ada
yang aku minta
tulus hatimu bukan puitis
pergi saja,
cintamu pergi
bilang saja pada semua
biar semua
tahu adanya

diriku kini sendiri

Mencintaimu




Mencintaimu - Krisdayanti
mencintaimu…
seumur hidupku
selamanya…
setia menanti
walau dihati saja…
seluruh hidupku
selamanya…
kau tetap milikku
hanya satu yang tak mungkin kembali
hanya satu yang tak pernah terjadi
segalanya teramat berarti
dihatiku selamanya
mencintaimu…
seumur hidupku
selamanya…
kau tetap milikku

Samsons - Kenangan Terindah


aku yang lemah tanpamu
aku yang rentan karena
cinta yang tlah hilang darimu
yang mampu menyanjungku
selama mata terbuka
sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu
darimu
kutemukan hidupku
bagiku
kau lah cinta sejati
yea ohh
bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang tlah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah
ohh

Wednesday, October 24, 2007

mimpiku

Mimpi ku semalam amat memilukan pabila ku terdengar suara jeritan
" tak reti ke ni? pg jalan dengan tuhan ko"
.....ku nampak bayang lembaga hitam berlalu meninggalkan ku. Ku mengigil ketakutan menyorok disudut katil. Hatiku bagai ditusuk mawar berduri berdarah pilu. Airmata berlinangan sambil jemari ku meraba raba pipiku. Ku lihat jemari halusku jua berdarah seperti berdarahnya hati ku...
Mengapa airmata darah yang mengalir sedangkan ku tahu semua kesalahan yang telah ku lakukan telah ku pohon keampunan..apakah tuhankita berlainan sehingga terucap kata kata pedih itu?
Siapa tuhan kita? ALLAH
Ku terus tersedar tika itu jam kul 4pagi dan ku bangun beruduk sambil mengigil...ku pakai telekung dan ku bersujud kpd ALLAH memohon agar diampunkan dosaku, ku lakukan shalat hajat entah keberapa kalinya dan untuk mententeramkan hati ini akhirnya ku baca surah yassin sehingga azan subuh berkumandang. Sebaknya dada ini hanya Allah yang tahu.
ketika entry ini di buat airmata ku masih berlinangan..

Ketentuan


Tak semudah kau sangka
Melepaskan kau pergi
Hati yang meronta,
hampa kecewa
Ke tekad sembunyikannya dari pandanganmu

Aku rela begini
Berakhirnya di sini
Dari bersamamu terus berpura
Setelah cinta tiada lagi di hatimu

Ku hapuskan airmata
Dari mengiringi
Kesengsaraan mengharung perpisahan ini

Ku pujuk jiwa nestapa
Pendamkanlah duka
Pasrah pada lara ketentuan ini
Tak semudah kau rasa
Melepaskan kau pergi
Hati yang terluka dikunjung jua
Kerinduan yang tidak tertanggung...Terhadapmu

(Bridge) Sesunggunya

Ku tahu betapa sukar untukku
Menempuh hidup
Walau sehari tanpamu
Ku tersiksa

Ramlah RamSong / Lagu : Ketentuan by Ramlah RamComposer: Azlan Abu HassanLyrics /

bila terasa rindu - dafi

Bila terasa rindu kusebut namamu
dengan harapan kau akan muncul dalam tidur ku
bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam anganku
...
bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidurku
bila terasa rinduku bayang wajah mu dalam anganku


Tuesday, October 9, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITHRI

Anak keling curi ketupat
kena kejar terlompat lompat
Nak pos kad tak tau alamat
baca kat blog paling cepat

Tersalah kata ku ucap sorry
tersalah laku jgn dimarahi
ku ucap selamat hari raya aidil fithri
ku hulur tangan mohon dimaafi

Hantu raya pakai kebaya
hantu bungkus pakai coli
Kalau puasa Selamat Hari Raya
Kalau tak puasa bulan depan happy Deepavali

Buat semua tetamu blogku
semoga gembira dihari raya
berhati hati bila memandu
sampai dikampung selamat sekeluarga

kita jumpa lagi pada 22 Oktober 2007
jika diizinkan Allah ~ insyaallah

ingin ku lari jauh sejauhnya

kepiluan ini
pada siapa perlu ku kongsi
tika beduk berbunyi
takbir berkumandang
pilu hati menantikan saat ini
ingin ku lari jauh sejauhnya
membawa hati nan lara
dipagi raya
mak.. ayah..mengapa mesti ku tempuh
setiap tahun hari nan memilukan
menanggisi pemergian mu
tika semua insan bergembira
mak..ayah
kan kuziarahi pusaramu
ku tabur kan bunga rampai
diiringi doa dan tahlil
tunggu ya mak ..ayah
anakmu akan kembali
dalam seribu kepiluan

umpama mimpi dalam mimpi

Kau disana masih membisu
bersama desiran bayu
aku disini terus merintih
mengintai kasih dibalik lamunan
merindu insan dicelah ilusi
tanpa malu mengenal jemu
bilakah lamunan akan berakhir
berarakbersama mendung kelabu
menutup tirai jiwa nan layu
memujuk hati supaya jemu
namun ku gagal jua
jiwaku tiada termampu
menahan hati menahan rasa
untuk ku lupa tiada berdaya
wahai jiwaku nan lara
marilah kumpulkan derita
lupakan pungguk didesa
anggaplah ia sudah tiada
umpama mimpi dalam mimpi
tak pernah ujud didalam jiwa

Monday, October 8, 2007

pulut kuning dan rendang


pagi ni terlewat 2minit sampai opis...merah lah pulak punch card nya..sampai kat meja dah ade pulut kuning gan rendang...Terima kasih hajjah Rauhah sayangnya Puan Hajjah gan saya. Sebenarnya semalam saya tanya dia ada ke lagi pulut kuning coz saya teringin sgt dan hak saya dah bagi gan perserta lain. So dia kata dah habis saya pun kata tak apelah...tak de rezeki..
Tapi pagi ni saya rasa sangat disayangi kerana ada pulut dan rendang atas meja. panas lagi...huhuhu sedapnya bau..
Tahu tak hati saya ni begitu bahagia kalau boleh lepas ni nak jumpa Hajjah nak jadi anak angkat dia..mesti bestkan.Alhamdulillah budi hajjah tetap dikenang...sebagai balasan saya dah bagi dia sampul ampau raya...itu aje yang ada. makkk rindunya makkk pulut kuning mak buat pun sedapppnya...hari sabtu kita jumpa ya makkk kan ku tabur bunga rampai di pusara mu dan kan ku hadiahkan bacaan yassin dan doa tahlil insyaallah mak tunggu kedatangan anak mu ini..

Sunday, October 7, 2007

Boss ku dah masuk keje ~ Majlis Berkhatam Quran





(ni gambar hiasan ajeeee)

ahlan wasahlan... wuawuawuaaaaaa itu lah ku rasa pada pagi ini nak menanggis nak menjerit...geram geram geram. Pagi ni boss dah masuk keje dah bagi kunci bilik tak sampai 1/2jam dah kene jerit masuk bilik. Ni yang tak sedap ni.. masuk aje dah ada 2org lagi pengarah dan seorang akauntan dgn dia. macam singerrr aje minta lapuran annual dinner. Patut lapuran s/usaha yang kene buat tapi dia siang2 dah ambil cuti dan lapuran bajet juga saya yg kene bagi sedangkan bendahari@ akauntan duduk didepan dia. Hai nasibbb kenapa lah duduk kat bahagian ni... Sponsor baru dapat RM24.5K aje sedangkan bajet perlu Rm200K so ape lagi macam org giler dia marah kata kami tak buat keje. entahlah macamaner nak paksa org bagi sponsor kadang kadang company yg sombong tu pun hentam kita bila call minta sponsor. Geram geram...boss marah company pun hentam cuba bayangkan tekanan yg dirasakan. Selesai bentang lapuran dan alternative lain dah boleh keluar bilik dia. lepastu dia bagi coklat satu beg plastik untuk bagi bagi kat staff so dptlah dua sorang. geram geram tak habis lagi.

Apepun hati mula sejuk sikit coz kul 11.30pg nak mulakan majlis berkhatam Quran PUSPANITA so S/usaha dah pegi Perancis pulak terpaksalah saya yg handle. Beg untuk door gift dia org dah buat siap dgn pulut kuning dan rendang serta bunga pahar (telor) mcm org kawin pulak, kurma dan surah yassin.

Majlis dirasmikan oleh Isteri Ketua Pengarah dan saya biasalah kene jadi MC. Majlis berjalan gan lancar sekali sehingga selesai. cuma saya rasa terkilan tak dapt pulut kuning kerana beg yg dikhaskan untuk saya terpaksa diberikan kepada perserta yang namanya tercicir. Nampaknya balik ni kene buat pulut kuning lah coz terasa rasa sedapnya dibibir ni. wuawuawuaaaaa kesedihan ku yang kedua...apalah nasib siyatim piatu ni.....malang aje... pada hari ini..wuwuawua

Thursday, October 4, 2007

bulan itu indah ~ rindu itu indah

Dia kata bulan itu indah saja pada yang memandang dengan matahati
malam hadir alam suram
bayu bertiup lesu sedang langit tak henti menanggis
oo hujan diantara airmataku
(pungguk 2 bulan 18/12/2006 ~ 9.24mlm)

Berdirilah dipentas itu
tanpa kau membisik namaku
kalau terputus paluan beranilah sambung kembali
Mungkin langitmu lebih biru disebelah situ
atau ribut secangkir cuma
bukan aku untuk meramal
(23/12/2006 ~ 9.14)

Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan
Setelah titisan airmata pasti ada senyuman
dan setelah malam pasti akan datang siang
Sesungguhnya awam kelabu
kesedihan pasti berlalu
pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap
segala masaalah pasti teratasi
dan segala bencana pasti akan berakhir dgn izinNya
(16/1/2007 ~ 12.39mlm)

Yupp syg.. U buat airmata ini menanggis lagi..
Tak tau untuk keberapa kali.
Ahh walau sakit walau pedih
rindu itu tetap indah bukan
(8/3/2007 ~ 2.13)

sendirian ku sendiri

sunyi dan sejuk
menatap desiran ombak
tika mentari mulai terbenam di ufuk
ku tenang dalam kegelisahan
melayan hati nan pilu
mengenangkan syawal yang datang menghampiri
meninggalkan Ramadhan yang penuh barakah
ku pasrah begini
sendirian aku sendiri

Wednesday, October 3, 2007

untuk ape direnung

untuk ape direnung bulan yang tinggi
munculnya cuma untuk seketika

terbanglah dikau kemana saja
tiada siapa mampu menghalangnya

(kita tidak sama jauh berbeza)
kau RAJA di awan nan luas
ku hanya nenumpang cahaya mentari
terbuang tika siang menjelma
terbang lah sepuas hatimu
biarku terbiar begini
usah kau peduli lagi

ku terus menanti

ku intai dicelah dedahan rapuh
ku nanti sehingga larut malam
ku kehilangan ku kesepian
tika azan datang menyapa
hati tersentuh
lara ku mengamit
ku tahu kini
ku bukan untuk mu lagi

berguguran kelopak mawarku

berguguran kelopak mawarku
berguguran jua airmataku
terbanglah kelopak mawarku
berlinanglah airmata dipipiku
tiada harumnya dicelah celah kelopak mawarku
berlalu pergi bersama tiupan bayu
kerna
itu lah takdir ku
disinggahi agar mekar
ditinggalkan terbiar layu

dua purnama


Berdiriku diantara dua purnama
Memandang indah pada sang bayang
Menerawang di sudut sukma
Mencari pada rasa yang melayang

Tuesday, October 2, 2007

mawar dan rama rama


A friend is there
when you need nothing
A best friend is there
when you are nothing
(08032007 - 9.21 am)

Monday, October 1, 2007

lama mawar tak berkembang

Salam ramadhan...Lama sungguh rasanya menyepi, entah apa nak cakap pun tak tahu, ape yang penting lepas berbuka puasa hati bagai ditarik tarik untuk pergi kemasjid menunaikan tarawikh. Alhamdulillah jiwa begitu tenang dengan bacaan Imam yang sgt merdu terasa diri dekat dengan Allah dan merayu rayu kepadanya memohon dimakbulkan doa.
Balik masjid kul 10.30mlm dah mengantuk dan tidur dengan lena hingga kul 4.30pagi untuk bersahur. Dah 20hari berpuasa dan selama itu juga dapt bersahur. Alhamdulillah.
Nak citer gi berbuka kat nikko hotel pun malas. takde apa yang specialnya. kedatangan yang tidak disambut oleh sesiapa dahlah traffikjem dari tol sg besi sampai dihotel orang dah mula berbuka. Main masuk aje meja dah penuh dan ada kosong kat meja no19 depan sekali meja reserve yang maner bersebelahan dgn meja VIP. Dah lapar masa tu say hi dan tanya ada kosong pada 3org yang tidak dikenali dimeja itu. Minum air bandung yg dah ade kat situ then terus gi ambil makanan. Lauk pun biasa aje nasi putih, nasi minyak, udang goreng, sayur campur, masak lemak ikan, ayam sweet sour dan kari kambing. Pinggan pulak kecik dapat ambik sikit aje. lepas makan nak ambik lagi semua dah habis. So ambik disert ala kadar dan minum teh tarik yg paling tak sedap nasib baik ada creamer dan gula so saya modify sendiri baru boleh minum.
Masa sdg makan disert baru boleh bebual gan jiran semeja punca nya seorng kwn dia baru sampai dari Banting duduk sebelah saya. Dia merungut pasal traffik jem. So saya saje tanya sempat bebuka on time ke. Selamba dia jawab sempat buka butang aje... habis lah satu meja ketawa terbahak bahak terutama boss dia. Lepastu rancak lah perbualan sambil berkenal kenalan. Mereka juga bukan org RHB tapi dari Agibs Revenue (Developer ) diMelaka. Ceo dia bagi business card nasib baik anak datuk kalau dia yg datuk terus bisu kami kot. So lepas borak borak kosong kul 9.30mlm kami pun bagitau nak balik dah..rasa lapar lagi tapi dah penatkan balik aje.
Hari jumaat ni 5 Oktober CIMB pulak jemput kat Marriot Putrajaya tapi kali ni ada tiga meja dan seramai 30 org dijemput. Ok gak lah tak lah org tertentu aje yg merasa.
Apepun saya rasa malas nak gi coz nanti tak dapat tarawikh berjamaah lagi. Entahlah masa tu boleh puasa ke tidak masa dah hampir...ni..wuawuawuaaaaa

Wednesday, September 26, 2007

LAILATUL QADAR

Salam buat semua yang dikasihi, hari ini 15hari kita berpuasa dan malam tadi hati ini begitu sayu apabila menunaikan shalat Tarawih Imam membacakan surah Lailatul Qadar pada setiap rakaat pertama dan sebanyak 10kali bacaan dapat ku dengar dan ku baca. Tak lupa semasa rukuk dan sujud hati ini berdoa semoga Allah mengurniakan ku nikmat lailatul qadar yang teringin sekali ku dirasai.
Ku berdoa dan memohon agar Allah dapat memberiku kekuatan, kesabaran dan keimanan meneruskan hidup ni sebagai yatim piatu didunia ini. Redha dengan nikmatnya dan terus berjuang meneruskan sisa hidup ini walaupun sendirian hingga keakhir hayat.
Insyaallah ku telah menanam tekad mulai malam tadi ku akan meneruskan hidup ini hingga keakhirnya tanpa menanti secebis kasih setitik sayang pun. Biarlah kasih dan sayang yang sememang telah dicurahkan oleh insan -insan disekelilingku mencukupi buatku dan ku tak perlukan kasih sayang tambahan lagi. Cukup lah ku menyiksa hati ku menanti kasih yang tak yang tak kunjung tiba. Biarlah ianya berlalu pergi seperti hari hari semalam.
Semoga Allah sentiasa bersama-samaku dan memakbulkan doakan. Amin...

di jambatan penantian



LONELY


Tuesday, September 25, 2007

lemah nya hati ku


Lemah nya hati ku
umpama layu nya mawar ditaman
tanpa cahaya
yang hadir menyinari

Monday, September 24, 2007

Boss gi Rusia - leganya


Hari ni lega sesangat, tak lah kejap masuk bilik bos kejap keluar dan panggil masuk balik lagi huuuu leganya. Bos dah gi Rusia hari ahad lepas dan balik keje 8 okt. Tahun lepas dia gi UK bagi kami coklat aje xbest betul. tapi xpelah ramaikan kat seksyen ni 35 org mana mampu nak beli byk2.
Kejap tadi Pen. Pengarah 1 datang kat meja bagi tau hari jumaat ni ada jemputan berbuke puasa kat Nikko Hotel pulak RHB bank belanja. wow ni jemputan kedua best nya. So kami lima org akan gi dari opis aje. kena bawa baju spare lah ni.
Dalam kegembiraan ada juga gusarnya hati ni. kenapalah syg ku menghilang apa salah ku ya.. fahamilah biar lah ku gembira sedikit masa ni seblum ku bertemankan airmata dihari raya..fahamilah sayang...dtglah menyapa semula.. ku sentiasa menunggu mu...

Hp msg pungguk kepada bulan ( 1 )



22/9/2007 - 7.10 pm

Selamat bebuka puasa. Have a nice day. makan kat concorde

16/9/2007

5.21pm
thanks. i kalau dtg nak berbuka dgn tuan dia aje

5.47pm
ya lah tu tgk hisdustan na i suke citer korea, ni kul babe nak spai ni i ambik kat tol...yeye syoknya ~ apa awak ckp ni? mabuk ke

5.53pm
thanks i kalau dtg nak berbuka dgn tuan dia je @ ni msg u td ~ see? i kt kalau dtg?
Did i mention?

5.57pm
u ni.. jgnla mcm ni. Kata bgurau tkkn u tk blh fhm

15/9/2007 - 6.32pm

Benci nyaaa ~ tp rindu

7/8/2007 9.45pm

kata2 tu satu doa..jd katala yg baik2 supaya tiap yg d kata tu akn jd doa yg baik

28/7/2007 - 10.54 am

Hehe..Syg blh.. Syg lah sampai bila2 pn..

24/5/2007 1.39pm

U ni memang puitis tau. Why not u buat blog satu? Blh kan

2/5/2007 9.03pm

Tak tau nk jwp camana. U juga yg kt blh tk kita jd kwn baik

6.18pm

U sihat ka? Tak mau jwp tk pa. Sekadar btanya. Moga u tenang ja. May Allah protect u always and 4ever..

27/4/2007 10.57pm

Da tido ka? tido dgn kmarahan? Tidola. Moga lena dlm ketenangan.

21/4/2007 3.23am

Now 3.20 pg.. lena u? i baru reply email u. U tk mau masuk blog i lg ka. Tk pa la.. lena la na

12/4/2007 10.43 am

Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari org yg tahu kelemahan dn kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sanggup menyanyangi dn mencintai kamu dgn sepenuh hatinya.

10.38am

Em. Bulan dn matahari, tersenyum bahgia tatkala mereka bbakti kpd alam. Mereka merasai nikmat bahagia yg tsendiri,meski sendiri. terkadang mereka dkelilingi bebintang lain yg sedang bermesra. Mereka syukur dan bahagia...

9/4/2007 9.49am

Dimana dia anak kambing sy, anak kambing sy ada d bwh meja, dmana dia itu... saya, itu amoi sebok buat keje...

5/4/2007 11.43pm

Suratan atau kebetulan? Takdir atau ketentuan?

2/4/2007 6.32pm

Hehe apakn daya nk memeluk tangan ku kudung. Nak mencium muncung tk sampai.. lalu Kubiarkan kata2 dlm debaran hati

1/4/2007 12.26pm

Emm bismillah..senyumlah..Alam kn cerah bersma senyuman u..

12.02pm
Tuai padi antara masak, esok jgn layu layuan, intai diri ini sementara nampak, esok jgn rindu rinduan

lirik lagu 'kekasih gelapku'


ku mencintaimu
lebih dari apapun
meskipun tiada
satu orang pun yang tahu
ku mencintaimu
sedalam dalam hatiku
meskipun engkau hanya
kekasih gelapku
ku tahu
ku takkan selalu
ada untukmu
disaat engkau
merindukan diri ku
ku tahu
ku takkan bisa memberikanmu
waktu yang panjang
dalam hidupku
Yakinlah bahawa
engkau adalah cintaku
Yang ku cari
selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu
ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam
hidupku

Sunday, September 23, 2007

seronok berbuke di concorde tapi hati gelisah

udang dan sayur i punya

possing maut cik Kak ni



jely dengan coklat parut i punya juga


icecream with chees cake ini i punya



Dr Rusli makan cokodok pisang with icecrem

(masa i kata mcm tu dia gelak terbahak bahak)





kotak berisi tiga ulas korma





penyanyi yang menghiburkan semasa makan

dr Rusli bayar RM50.00 untuk tiga lagu



Dr Rusli yang loaded (malu-malu nak possing)


Norazli yang cun (aaww) makan sampai dua pinggan




Salam, sabtu malam ahad jemputan pertama berbuka puasa pada tahun ini dari bos opis lama. hari sabtu gi kerja coz nak fax surat pada company GLC untuk penajaan annual dinner. bila free sikit cal azli ajak gi sama masa tu dia sedang sibuk shopping beli lampu untuk rumah baru. So kami set jumpa kul 5.45 kat tasik permaisuri bandar tun razak. Jam enam ptg azli baru sampai saya perking depan stadium berhampiran pasar ramadhan.
Kul 6.30ptg Dr dah cal tanya kat maner dia dah tunggu kat lobi . masa tu kami sdg pusing pusing dekat RUM cari paking belakang concorde tapi tak jumpa. akhirnya masuk jugak kat parking hotel. memang betul entrance hotel sdg buat renovation tapi boleh masuk.
Dr cal sekali kul 6.45ptg dia tunggu kat meja 57 jauh kat hujung bahagian smorking area. saya tanya kita bertiga aje ke maner yg lain Dr kata semua ada hal tak datang.

Sambil tunggu nak berbuka kami borak borak pasal rumah baru. Dr gan azli baru beli rumah kat bandar Putra perdana near nilai (kalau tak silap). So dia org dok citer pasal lampu, kitchen cabinet, certain, wet & dry kitchen hahaaaa mahal nya. akhirnya Dr tanya maner nak letak washing mechine nya kat wet kitchen tak muat. i kata letak kat tepi bathroom atas dan beli dryer so tak payah nak ampai baju. Dia kata mahal tak harga dryer. Azli kata murah rm500 mahal pun tak sampai seribu. so Dr kata good idea.

Bila masa berbuka nak masuk gong pun berbunyi (tak de azan) makan buah kurma yang disediakan. lepastu gi ambil makanan Dr pilih udang bbq dengan butter with brown sugar. i pilih udang , sayur goreng tepung itu makan 1st round. lepastu i ambil kambing panggang gan nasi beriani, bila dah habis i ambil sambal sotong, udang dan ketam. nak cari kepah goren cili tak ade pulak. round seterusnya makan buah cari strawbery pun takde makan buah rambutan dll. last round masatu perut dah penuh i makan icecream dua scop with chees cake. yang tegelak basar bila i usik Dr dia makan cokodok with icecream..hahaaa


masa sedang makan penyanyi dari Indonesia datang kat meja kami. i pilih lagu 'kekasih gelapku', Dr pilih lagu 'kau lah segala nya' dan azli pilih lagu peter pan tak ingat tajuknya. i ada ambil video pada hp tapi tdi nak load tak boleh pulak. Lepas habis tiga lagu Dr hulur RM50 tapi ada meja yg tak bagi pun kesian jugak coz dia org cari makan gan menyanyi kat situ.


Lepastu Dr citer lagi dia nak gi Korea hari khamis ni gan MTDC UKM staff . Biasa dia naik flight business class tapi UKM sediakan first class tiket dia ketawa besar bila i surah dia photostat tiket masuk dalam album. (ade ke apa punya idea daa). Azli pulak suruh Dr cari tempat jual produk PRADA banyak jual beg, kasut dll. Dulu masa i kat opis lama bila Dr gi luar negeri dia mesti belikan i buah tangan. i penah dpt purse kulit gambar perempuan pakai kimono, masa kat UK dan USA dia belikan Tshirt. kali ni segan nak pesan coz dia dah belanja makan.

Habis makan Dr byr bil RM258.00. Kul 9.45 mlm kami dah keluar Dr ajak duduk kat Lobi tgk show. (nasib baik kat lobi kalau kat hard rock mampus i ) Dulu penah kami masuk hard rock 7orang tiga org pakai tudung semua yang ade kat dalam yg sdg bepeluk peluk tu terkejut ingatkan kami org JAIS apa lagi kita orang gelak gelak lah.

Bila tgk show ini hati i mula gelisah coz tak seronok patut baca quran kat rumah dan sembahyang tarawih ni tgk show yg menghairahkan. tapi ape nak buat kene tunggu jugak lah sampai kul 11mlm. Lepas tu kami balik dan sampai umah sebelum kul 12 mlm. penat jugak tapi kul 4.45pagi masih boleh bagun sahur. lepas subuh tidur sampai kul 10 pagi wawawa.... malasnya.